Tuesday, January 20, 2009

ReVieW Of ThE WeeK

Akhirnya setelah seminggu melayari hari2 yang penuh dengan kerja, kuliah, pilihan raya, sukan, permaj, xtreme-c aku dapat juga nak update blog, bukan tak nak update tapi kekangan masa mengatasi segalanya hehe~ baiklah dalam entri ini aku akan ceritakan apa yang telah berlaku selama seminggu ini dalam hidup aku..

Isnin telah berlangsung Malam Manifesto KUO sempena PRK '09 UKM. Pada malam itu seramai 33 calon daripada Aspirasi dan GMUKM telah berkumpul di KUO untuk menyampaikan manifesto @ lebih familiar sebagai janji2 manismu hehe~ Majlis malam itu berlangsung dengan penuh jayanya tanpa sebarang masalah. Sempat jugak aku jumpa dengan kawan2 yang menjadi calon seperti safar, syafiq, fikah dan ramai lagi kenalan aku, mereka yang hadir pada malam itu boleh tahan & kebanyakkan mereka merupakan penyokong GMUKM tapi tak heran lah KUO memang merupakan kolej yang melahirkan ramai mahasiswa pembangkang huhu~ tapi secara keseruluhan semua berjalan dengan lancar.

Selasa pulak aku sibuk ke kelas & terpaksa bekejar ke bendahari UKM untuk menyelesaikan sesuatu urusan, tapi hampeh bendahari UKM belum ambil apa2 tindakan pun, orang kat pangkor tu dah bising2 tu huhu~ Malam pula aku sibuk di bilik jentera KUO, nak2 musim pilihanraya ni, tak abis2 meeting, sentri, meeting, sentri tapi tu la tanggungjawab seorang jentera kena buat bila dah terima tugas tu.

Rabu pulak pagi sampai petang penuh dengan kuliah & tutor, penat tu tapi kena pergi kelas gak kalau tak pergi macam mana nak dekan & score 4 flet (pesanan itu untuk zharif haha~) Malam itu merupakan malam paling penting bagi aspirasi & gmukm kerana itu adalah malam terakhir untuk berkempen, tapi malam itu kesabaran aku diragut sebab apa? pada jam 8 malam berlaku 1 kemalangan membabitkan 2 calon gmukm teruk jugak la sampai terserat kat bus stop depan UKM, 2 jam selepas itu budak2 motor penyokong gmukm telah mengegarkan ukm dengan deruman bunyi motor yang macam haram, aku agak marah malam itu sebab dah tau member kemalangan masuk HUKM masih nak merempit kononnya nak tunjuk student power, memang hampeh la leader die orang ni. ditambah pula ada seorang calon ni tiba nak beli prepaid pukul 1 pagi masa itu jentera KUO tengah ada taklimat dengan pengetua, dengan muka berlagaknya telah menunding jari pada jentera, aku rasa macam nak patahkan gigi mamat tu (gimik je tu hehe~) nasib baik ada pengetua & kawan aku syafiq, kalau tak satle mamat tu ehehe.

Khamis pula hari pengundian seluruh UKM telah turun dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, masa pengundian adalah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang & pengumuman keputusan secara rasmi telah diumumkan di KTAMS pada jam 12.00, malam tu ak, epong, yasmin & beberapa jaksa serta jentera telah sepakat untuk melihat keputusan rasmi, ak rasa lain bila ada kat situ, yelah melihat gelagat aspirasi, gmukm, melihat syafiq kalah dan kepoyoan seseorang calon itu kalau menang majoriti besar tak pe tapi setakat 31 je majoriti tak payah lah nak berbual peace (tapi orang cakap menang gak la), aku rasa terbit satu keinsafan dalam diri aku untuk buat satu yang membanggakan, sebab tak guna kita cakap berapi tapi hasilnya satu sen pun tak ada, baik kita sedikit pasif tapi aktif & hasilnya akan mengegarkan alam semesta ini, tu bagi aku adalah pemimpin yang baik.

tu je kot setakat ni & itulah perkara penting yang berlaku dalam hidup aku sepanjang minggu lalu, so akhir kata peace, love & respect diri anda

1 comment: