Monday, January 12, 2009

3 HaRi LaGi

Khamis ini 15 Januari 2009 seluruh mahasiswa UKM sudah tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi menentukan pemimpin pelajar yang akan menjadi suara & telinga mahasiswa untuk disampaikan kepada pentadbiran UKM. Perang banner, poster & flyers semakin hangat & agresif di kalangan calon2 yang bertanding, Kempen2 dikolej2 juga semakin hebat & semua calon mula mempertaruhkan manifesto masing2 untuk meraih undi. Di dewan2 kuliah juga boleh dikatakan hebat kempennya, semakin dekat hari pengundian semakin semua calon merasakan bahang pilihan raya kampus, namun yang mendukacitakan masih terdapat mahasiswa yang tidak mengetahui tarikh prk ukm, pelik rasanya kerana ukm telah mengantung banyak banner yang mengingatkan tentang tarikh pilihan raya.

Malam ini kolej ungku omar akan mengadakan rapat umum yang akan menemukan semua calon diatas satu pentas. Majlis ini dilakukan untuk memberi platform & medium kepada semua calon untuk menyampaikan manifesto masing2. kita akan lihat semua calon menunjukkan kredebiliti mereka dalam menyampaikan manifesto disamping memperkenalkan diri kepada mahasiswa ungku omar. diharap semua warga ungku omar dapat turun sendiri untuk melihat calon anda supaya anda melakukan pilihan yang bijak ketika hari pengundian. Rapat umum itu akan bermula pada jam 9.00 malam di dataran ungku omar.

Bahang PRK'09 semakin hangat kita akan lihat siapakah yang akan menjadi ahli majlis perwakilan pelajar UKM dalam masa 3 hari lagi, sekali lagi diharap semua mahasiswa dapat menilai dengan bijak & fikirlah masa depan demi karier & kerjaya anda, kerana semua itu turut dipengahruhi oleh siapa yang anda pangkah. peace, love & respect masa depan anda.

No comments: