Showing posts with label permaj. Show all posts
Showing posts with label permaj. Show all posts

Sunday, April 4, 2010

A VeRy LoNG TiMe AGo

Salam geng, lamanya tak update blog, kalau mengikut kiraan ilmu hisap a.k.a matematik dah hampir 4 bulan aku tak update blog ini. Kesibukan dan tiada mood untuk b'blogging m'buatkan blog ini terabai tanpa sebarang post baru, nampaknya aku kena cari semangat balik ni untuk kembali b'blogging, bukan mudah untuk mengekalkan momentum dalam b'blogging ni perlukan k'yakinan diri tahap dewa, idea yang melimpah ruah dan semangat di tahap maksima hehe...

Well sekarang ini hampir masuk waktu exam di UKM dan aku bakal menempuh exam yang terakhir sebagai pelajar degree UKM. Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah 3 tahun aku berada di varsiti tercinta ini. Banyak pengalaman dah aku raih dari kolej ke xtreme-c ke PERMAJ dan ke linguistik. Semuanya membawa sejuta kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Orang kata di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Pengalaman yang diraih ini akan aku cuba gunakan sebaik mungkin apabila aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.


Seperti mana aku bermula 2 bulan selepas masuk UKM begitu juga aku mengakhirinya 2 bulan sebelum keluar UKM iaitu tanpa sebarang jawatan, tanggungjawab dan komitmen hanya yang tinggal study & tesis. Tanggungjawab dan amanah di PERMAJ telah aku dan rakan-rakan laksanakan sebaik mungkin, dengan tenaga manusia yang hanya tinggal 8 orang pada permulaanya, kami cuba sedaya upaya untuk mendidik 26 ahli keluarga baru PERMAJ yang menyertai kami, mereka ibarat kain putih dalam PERMAJ dan kamilah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka dengan bantuan alumni & senior yang banyak membantu macam abg rahmat, abg robin, abg ajis, k.fiza & tak lupa jugak pada epong, apek, faizal, fahemi, nadia, yasmin & lain2. Jika mereka gagal meneruskan legasi maka kami telah gagal mendidik mereka. Mungkin agak melampau kenyataan aku ini, tapi merekalah batch terbaik yang pernah kami kenal rapat dalam PERMAJ, aku dan rakan-rakan tidak pernah menyesal memilih mereka kerana kami tahu mereka akan melakukan yang terbaik walaupun selepas kami meninggalkan mereka. Jika bukan kerana masalah teknikal yang berlaku mungkin semuanya akan berakhir dengan sangat sempurna. Tapi itu semua lumrah & kenyataan kehidupan yang perlu dilalui. Masa tak boleh diputar semula. "That is the facts of life".


Now, tesis perlu disiapkan dan exam perlu dilalui, aku telah mengambil risiko yang amat tinggi dengan memilih tajuk yang belum ada pelajar pernah menghasilkannya dan bidang yang masih baru di Malaysia. Bermula dengan agak perlahan & runsing namun kini sedang memecut laju untuk menyiapkannya. Terima kasih aku ucapkan kepada 2 orang pensyarah yang banyak membantu aku dalam menyiapkan tesis ini, jika pelajar lain ada 1 penyelia, aku pula ada 2 penyelia namun kedua-duanya m'punyai style & ragam tersendiri dan itu cabaran yang perlu aku sahut. 16 April last day aku exam yang last day untuk aku menyiapkan draf penuh tesis aku. "Masa tak menunggu kita, kita yang perlu mengejar masa" ~peace, love & respect~

Saturday, September 5, 2009

MaJLiS BeRBuKa PuAsA PERMAJ

Kepada semua ahli PERMAJ (yang bukan PERMAJ pun boleh join) jom2 ramai menyertai Majlis Berbuka Puasa Anak Johor IPTA Se-Malaysia, pendaftaran tengah macam goreng pisang panas ayam goreng KFC huhu~ Siapa Cepat dia dapat hehe~

Wednesday, August 26, 2009

KeNaNGaN Oh KeNaNGaN

Salam geng, hari ini dah 5 hari kita umat Islam menjalankan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga segala ibadah kita di terima Allah dan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda Insyallah. Puasa pertama & kedua buka dengan family tercinta, puasa ketiga buka puasa bersama orang tersayang & family PERMAJ, puasa keempat buka puasa dengan roomateku, puasa kelima tak sure lagi huhu~. Banyak kenangan dalam bulan puasa dari zaman kanak2 hingga remaja hinggalah dah masuk UKM ni. Kenangan yang sukar dilupakan kot hehe~

Aku start belajar puasa dari umur 6 tahun lagi, tapi biasalah masa tu kanak2 lagi kan maka masuk jam 1 petang aku dah meneguk air sebab dah tak tahan sangat huhu. Nenek selalu cakap tak pe budak2 lagi tapi nanti dah besar jangan minum air tengahari lagi huhu~ Umumnya bulan puasa kanak2 akan penat tapi kenakalannya tak akan hilang begitu juga aku, maka aku akan bergerak ke sana ke sini, lompat sana lompat sini, main sana main sini, bila dah penat buka peti sejuk togak air sejuk huhu~ tu la zaman masa mula2 aku belajar puasa.

Masuk umur 8 tahun aku dah boleh puasa penuh tapi kadang2 kantoi gak huhu~ Balik sekolah penat2, puas main kejar2 kat sekolah tadi, balik buka peti sejuk minum air, lupa yang diri ni puasa, nenek pun sergah "akim puasa lah" aku pun jawab "alamak lupa la" huhu~ Kejadian ini berlaku hingga umur aku 11 tahun, budak2 lagi masa tu kan mana nak ingat kan, dalam kepala bila penat kena cari air, bila dah minum air baru ingat diri ni puasa. Nasib baik tak kantoi dengan mak aku kalau tak, tak merasa lah duit raya huhu~

Aku start puasa penuh masa umur 12 tahun, alhamdulillah setakat ini puasa aku semua penuh kecuali satu tragedi yang mencuit hati yang takkan aku lupa sampai bila2. Masa tu aku form 5 sekolah pagi. tak silap aku 16 Ramadhan, Bulan puasa balik awal 12.30 dah balik, sampai rumah aku terus tidur masa tu aku ingat lagi aku puasa, lepas tu aku bangun pukul 2 petang, dalam keadaan mamai terus pergi dapur buka peti sejuk dan nampak air oren yang sangat sedap, apa lagi terus minum la air tu best3x, pastu aku nampak pizza lak, perut aku dah berdangdut masa tu so pe lagi makan la pizza tu masa tu ada lagi 3 slice aku ratah kesemuanya sekali hahaha~ lepas makan pizza minum air sejuk lak haus gila masa tu hehe~, lepas tu aku pergi sinki nak basuh cawan then bile aku pandang balik tepi peti sejuk tu aku perasan satu kalender berbuka puasa, aku termenung sejenak, masa tu baru aku tahu aku tengah puasa daaaaaaa, aku ketawa sorang2 aku berfikir aku tak sengaja masa tu, so tak batal la kan puasa aku hehe~ tapi perut aku dah sangat kenyang masa tu tekak pun rasa basah je ada lagi perisa air oren hehe~ Sekolah agama dulu ustaz ajar tak sengaja tak batal, macam mana dengan situasi aku pada masa dah kenyang tahap gaban baru ingat tengah puasa hehe~ Peace, Love & Respect.

Tuesday, July 28, 2009

"ThE BeSt" StiLL ALiVe

Salam sudah hampir sebulan lebih blog ini tak berupdate, sejuta kemaafan dimohon kerana kegagalan empunya blog untuk mengupdatenya (aduh ayat haha~). Kekangan tanggungjawab, masa dan sewaktu dengannya menjadi faktor utama blog ini tak berupdate sebenarnya, dengan PERMAJ sedang memecut laju meninggalkan saingannya dalam berprogram, selain melayan ragam manusia tak sedar diri dan suka menyibuk di kolej (nasib baik dah berambus orang tu), dan telinga ini ibarat bernanah mendengar orang yang tiada kaitan langsung dengan PERMAJ cuba menjatuhkan kami (biasa la semakin bagus kita semakin dicemburui oleh hati2 busuk warga UKM) semua itu lumrah alam yang perlu dilalui.

Selama sebulan ini macam2 benda dah aku buat, pertama menyambut kehadiran sekolah tercinta haha~ (yelah dari form 1 sampai form 6 dekat situ). Mendapat kejutan yang tak berapa kejutan daripada lawatan itu huhu~ Sempat la bawa adik2 sekolah pusing 1 UKM dan menyedarkan mereka betapa BEST nya UKM ini. Thanks buat team2 PERMAJ yang membantu sepanjang program berkenaan. Jasamu dikenang selamanya hehe~

Seterusnya Minggu Mesra Pelajar mengambil tempat. Belajar banyak benda baru kat sini dari aspek pengurusan organisasi hingga melihat pelbagai ragam manusia. Tambah lagi ilmu dekat dada ini semoga boleh guna bila bekerja nanti, orang cakap biarlah kerja itu hebat dari hanya mampu cakap berdegar-degar sahaja. Overall MMP meningkatkan prestasi diri ke satu tahap yang lain, MMP BEST hehe~

Habis MMP sesi perkuliahan final year bermula (macam tak percaya dah tahun 3 hehe~). Tesis juga bermula, aku dapat penyelia yang agak sempoi tapi amat mementingkan kualiti kerja hehe~ Kawan2 program pula tahun ini kalau aku lambat 10 minit dah mula call2 msg2 aku, so nak tak nak kenalah datang huhu~ yeeee tahun ini aku tak jadi chipsmore lagi haha~ nanti kita semua pergi UUM sama2 ekh haha~

PERMAJ pula terus menganjurkan program seperti biasa, baru sahaja habis Program Kembara Ilmu, good job tahir sikit2 masalah tu biasalah noprogram is perfect. Minggu Pengenalan Persatuan juga baru je berakhir, tahniah untuk azie sebab urus minggu tu dengan baik, thanks untuk semua yang jaga booth PERMAJ yang tersergam indah tu hehe~ Lepas ini PROBIRO menanti, Mubin you can do it, kami semua dibelakang anda chayok2x. So ini je untuk post kali ini, akhirnya berjaya untuk update blog, peace, love & respect.

Sunday, June 21, 2009

WeeK oF ReViEW

Salam, minggu lepas merupakan minggu yang agak busy, sampai nak layan internet pun macam tak sempat huhu~ dengan assigment yang perlu diselesaikan, dengan program PERMAJ yang banyak menanti sem depan semuanya perlu dimulakan dari sekarang untuk mengelakkan pelbagai masalah dikemudian hari.

Semalam telah berakhirnya program lawatan dari SMK Taman Daya Ke UKM (Sekolah aku dulu daa~) Lawatannya sekejapnya dari pukul 10.30 pagi sampai 3 petang. Dieorang just datang untuk melawat UKM dan Cikgu2 nak tunjuk dekat budak2 upper 6 ni betapa bestnya masuk universiti ni. Memang best kalau masuk tapi kalau tak tahu bawa diri hanyut jugak, culture shock orang cakap. Dapat jugak jumpa budak2 batch aku masa form 6 macam usher, ila, wanie & nadh. Dieorang datang sebagai fasi untuk budak2 upper 6 ni, program motivasi kat genting tu hehe~ Apa2 pun semuanya berjalan lancar, hopely cikgu2 n student2 tu puas hati la dengan apa yang kami mampu berikan sepanjang sesi lawatan singkat mereka di UKM.

Dekat pusanika ada Seminar UPSR yang dianjurkan oleh salah satu bank terkemuka di Malaysia (Lupa la nama bank tu hehe~) dapat tengok la gelagat cilik budak2 yang berumur 12 tahun ni (hahaha aku dah 22 tahun rupenya ingat baru 17 tahun). Nampak gak la perbezaan 12 tahun masa zaman aku & 12 tahun masa zaman dieorang. dulu zaman aku nak tengok budak pakai henset pun payah, kalau ada pun mesti orang cakap anak orang kaya berlagak huhu~ Sekarang boleh dikatakan setiap budak ada henset siap ada yang mengalahkan henset budak UKM hehe~
itulah teknologi mengubah kehidupan manusia. Cuma satu je yang masih tak berubah ialah kenakalan budak2 ni. Still sama macam zaman aku dulu hehe~ Apa2 pun hope budak2 ni bila besar menjadi tonggak harapan ibu ayah, agama, bangsa & negara. Peace, LOve & Respect.

Saturday, June 6, 2009

KeNaPa AdA MaSaLaH???

Salam, tajuk pada entri kali berbentuk pertanyaan hehe~ satu kejadian di dalam lif telah menimbulkan aku idea untuk menulis entri ini. Ceritanya aku, zharif, zana, akim dan hafiz telah berpeluang untuk berjumpa dengan Ustaz Syahrin yang merupakan Setiausaha Politik kepada TPM. Kami pergi pun lepas di ajak oleh Abang Rahmat. Ketika kejadian Zharif, Abg Rahmat, Fire telah berada di pejabat Ustaz Syahrin, hafiz n akim masih mencari tempat parking (jauh korang parking penat nak jalan huhu~)

Ketika aku & zana dalam lif kami bersama dengan 2 orang manusia ni lah seorang merupakan ahli keluarga kepada sebuah badan NGO yang terkenal di Malaysia ( tengok muka semua sama je hehe~) seorang lagi P.A dia kot, berikut merupakan perbualan dieorang:

Boss : Betul ke maklumat yang kita dapat ni?
P.A : Betul la takkan dieorang nak tipu pulak kan.
Boss : Ni semua orang JOHOR punya kerja la
............... (apa dia membebel pun aku tak faham)
macam beruk buat kerja.

Wahh!!! kasar bahasa panggil orang JOHOR beruk, kau buta ke dalam lif tu ada 2 anak jati JOHOR, betul tak ada manners punya orang, kalau yee pun ada masalah dengan someone jangan la general sangat sampai nak kutuk JOHOR, awak tu orang yang dikenali dari badan NGO yang terkenal jaga la tatasusila tu sikit, bahasa tu guna yang baik2, kalo orang JOHOR beruk kau pun beruk sekali sebab orang JOHOR manusia kau pun manusia so sama2 beruk la nak macam tu? betul punya kasar bahasa dia.

Bukan nak bersikap assabiyah yeee tapi pada hakikatnya orang JOHOR memang hebat, kenape kau ada masalah ke orang JOHOR hebat? (nak cakap je dengan orang tu tapi dia jalan keluar lif laju la pulak haha~). Semua negeri hebat dan ada keunikan masing2, negeri Kedah umpamanya melahirkan ramai ulama2 terkenal di Malaysia, so perlu ke kutuk negeri orang lain? tak perlu kan "tepuk dada tanya hati" lalala~

Sempat jumpa Abg Rizal kat pejabat Ustaz Syahrin, perjumpaan kami berjalan dengan lancarnya dan kami sangat beruntung sebab dapat berjumpa dengan kak Liza yang pernah berkhidmat dengan 3 orang Perdana Menteri. Wah masih bersemangat dalam melaksanakan social work walaupun usianya telah lanjut chayok2x hehe.. tu je untuk kali ni peace, love & respect


Monday, May 25, 2009

KaWaN-KaWaN

Dah lama rasenya tak update blog, tapi kali ini bukan sebab takde masa tapi sebab takde idea untuk menaip entri huhu~ Buat pertama kalinya aku ambil semester pendek sem ni, betul cakap orang sem pendek memang bosan, yelah kelasnya sikit tapi masa terluangnya banyak, nasib baik kerja2 PERMAJ banyak lagi perlu disiapkan taklah bosan sangat rasanya huhu~ Yang bestnya masa untuk hangout dengan kawan banyak boleh la ujung minggu balik johor lepak2 dengan dieorang,

Hujung minggu lepas sempat la balik JB jap tu pun atas urusan kerja ada meeting dengan sekolah untuk program PERMAJ ( Tahir pengetua ko memang sempoi + garang + cool haha~). Meeting tersebut berjalan dengan lancarnya dan program itu akan diadakan pertengahan bulan 7 ni. Dah de kat JB pe lagi jumpa kawan2 lama la jawabnya, ada yang hampir 3 tahun tak jumpa pun ada, macam cerita keluar ada yang dah kawin, ada yang dah tunang, ada yang dah kerja, macam2 ada lalala~ Seronok rasenya jumpe kawan2 lama yelah asyik pergi program je masa untuk kawan2 pun berkurang.

Bila lepak2x tu ingat balik kenangan masa sekolah dulu, yelah belajar sama2, main sama2x, nakal sama2x, kena rotan sama2x, seronok & kelakar gak ingat zaman tu, kawan2x yang sentiasa bersama tidak kira senang @ susah, kawan2x yang tak pernah tikam kawan dari belakang, kawan2 yang tak pernah hina, kutuk, pandang rendah, dendam, cemburu kat kawan sendiri, kawan2 yang sentiasa back up & support antara 1 sama lain, itulah kawan2 yang aku ada dari masa sekolah sampai sekarang, walaupun masing2 dah bawa haluan sendiri tapi ikatan persahabatan terus kekal abadi sampai bila2x~

Rindu giler kat dak2 PERMAJ & bosan sebab takde orang untuk dikacau, orang yang biasa dikacau balik umah lak rindu kat die gak huhu~ Nasib baik de cik suriya, cik mus & cik zana boleh kacau dieorang lak haha~ Jangan marah ye lalala~ Next sem program semakin banyak perlu diuruskan, tanggungjawab semakin berat, mulut orang semakin berdegar2 cakap pasal PERMAJ, banyak yang perlu dibuktikan oleh kami semua, Aku boleh katakan 1st year this sesi antara terbest sebab semua masih semangat untuk berprogram & semua masih nak belajar & terus belajar, begitu juga kami yang senior masih perlu belajar & belajar untuk jadi yang terbaik good job guys. Tahir, Mubin, Azie, Wak Kong, Ros, Hadi, Fahmi & Hakim be a good Ketua Pengarah lalala~ PeAcE, LoVe & ReSPeCT

Sunday, May 10, 2009

TRaNsFoRMaSi BeRMuLa



Hari ini telah berakhir program rasmi kedua PERMAJ bagi sem ini iaitu Program Lasbela SABK Al-Attas Al-Arabiah Johor. Tahniah diucapkan kepada semua urusetia kerana telah memberi kerjasama & komitmen yang mantap dalam menjayakan program ini, untuk program ni aku jadi pemantau je tapi penat yang dirasai sama sahaja macam masa aku jadi TTK Opkim Sedili huhu~ Sempat la nak handle night walk yang agak best & mencabar keberanian serta kekuatan fizikal dan mental hehe~ Sempat juga merasai pengalaman yang baru ketika menguruskan night walk bukan selalu tau lalala~

Kepada semua exco PERMAJ aku dah nampak peningkatan dalam kerja anda semua lepas ni kita ada banyak program lagi yang akan buat korang meraih sejuta pengalaman dan aku yakin bila sampai masanya korang akan mahir untuk berprogram, kredit untuk ecah sebab berjaya menjadi KP yang baik & yang aku pasti air mata ecah yang mengiringi post mortem pada petang tadi menandakan sayangnya pada PERMAJ semakin tebal.

Kredit untuk Cik Lina sebab tolong saya sediakan slide untuk slot PERMAJ & multimedia kalau tak tolong tak siap la slide tu semua, kredit untuk suriya sebab berjaya memantau program dengan baik walaupun kadang2 mulutnya mengalahkan KP @ penyelaras lalala~ Kredit untuk raziah zie sebab berjaya menjadi penyelaras yang baik, both of you have done a good job hehe~

Kredit untuk Zharif a.k.a Presiden & Mus a.k.a Timb Presiden sebab sentiasa ada sepanjang masa untuk memantau program ini dan membantu exco2x baru ini untuk belajar & terus belajar, Kredit untuk 1st year, Tahir & syamin program yang baik, Hakim & barisan fasi yang mantap, Zarina & Ros cenderamata yang tersusun, Wak Kong tahniah berjaya buat anda ditakuti, Mubin dah pandai urus penginapan, Anne dah pandai pasal jamuan, Aida TTK barang semua cukup, Kembo teruskan belajar kau dah ada base yang kuat & Hafis a.k.a buncit bagus ada peningkatan boleh ganti aku jadi all rounder dalam PERMAJ dah nampak kau boleh buat banyak kerja dalam 1 masa. Tahniah semua tu je nak cakap dalam entri kali ni, see u all next time,
PeACe, LoVe ReSPeCT

Wednesday, April 29, 2009

KeNaNGaN AbADi VeRSioN 1.0

Lagi 2 bulan aku akan bergelar pelajar final year a.k.a tahun akhir huhu~ Final year mean your last breath in UKM, your last sweet memory with all your friend and your last war to achieve Your goal. Selama 2 tahun kat UKM macam benda dah aku lalui, banyak pengalaman dah di capai dan banyak kejayaan dah di raih. Pelbagai ragam manusia dah aku jumpa, pelbagai rakan sudah aku kenali. Semua memberi kenangan indah dan memori istimewa yang takkan aku lupa. Berikut rangkuman memori istimewa aku di UKM episode 1:

Interaksi Kelab Xtreme-C KUO

Program pertama yang aku join dekat UKM ialah Program Interaksi Xtreme-C dekat Sg. Congkak. Program ini adalah program wajib bagi semua ahli baru kelab Xtreme-C Program ini sangat best sebab aku jadi peserta dan sebab program first aku, group aku masa ini ialah liyana & sarip, kat sini jugak la aku kenal dak2 xtreme yang lain hafis, ammar, wan, nazri, kak nik, sal, peanut, bella, mat lan, ali, lia dan ramai lagi yang kini masih bersama dengan kelab xtreme-c. Program ini takkan aku lupa sebab program ini yang membuat aku sayang kat xtreme-c dan mengenalkan aku pada xtreme-c. Thanx untuk Amir Fahmi sebab bawa aku masuk dalam Xtreme-C ~ esprit de corps~

Program Jalinan Ekspresi Takzim PERMAJ

Program kedua kat UKM ialah Program Jalinan Ekspresi Takzim iaitu interaksi 1st year untuk ahli2 baru PERMAJ. Program ini diadakan kat Gunung Datok, N9. Program ini best sebab aku jumpa member2 dari Johor (I Love Johor lalala~) dan kenal lagi ramai kawan2 kat UKM, group aku masa ini ialah muhaimin, ainie, mus, nok, yaya & aku sendiri la. Selain tu kat sini aku rapat dengan ijam (Ex Roomate), Zarip (Mr Presiden), Aca, dan ramai lagi. Kat sini juga bermula hubungan rapat aku dengan senior PERMAJ macam Epong, Yasmin, Razi, Fahemi, Fire, Apek, dan ramai lagi huhu~ Program ini takkan luput dari ingatan sebab program ini bawa aku dalam PERMAJ dan tunjukkan dekat aku apa itu program lalala~

Operasi Khidmat Masyarakat Sedili PERMAJ

Next Opkim Sedili huhu~ Program Kemasyarakatan pertama aku kat UKM dan Program pertama aku dengan PERMAJ selepas kembali ke dalam PERMAJ. Bukan lari ye tapi masa tu aku tengah gila dengan Kolej lagi, maklumlah nak stay kolej punye pasal hehe~ so jarang join program PERMAJ. Program ini juga aku jadi AJK Tugas2 Khas, bawah my boss Fahemi Arpah hehe~ banyak yang aku belajar dalam program ini seperti cara mintak bus, cara buat banner, dan macam lagi yang berkaitan dengan kerja buruh kasar hihi~ Aku dapat family angkat yang sangat best & sporting, hari2 makan sedap huhu~ Tugas aku on program sangat aku suka iaitu tangkap gambar & video program. Program ini akan kekal di hati sebab berjaya buat aku sayang kat PERMAJ dan buat aku semakin bersemangat untuk berprogram.

XPDC Gunung Besar Hantu Xtreme-C

XPDC Gunung Besar Hantu, aktiviti panjat gunung pertama untuk aku kat ukm, gunung ini sangat menguji jiwa dan raga, sebab treknye agak mencabar dan memenatkan. Korang bayangkan 6 jam panjat baru sampai base camp, lepak2, untuk sampai ke puncak memerlukan dalam 3 jam lagi. Alhamdulilah akhirnya aku & the geng berjaya sampai di puncak kejayaan hehe~ Macam2 aktiviti buat kat sini yang paling best berkayak & of coz panjat gunung tu sendiri, pemandangan juga sangat best contoh macam air terjun lata kijang, setelah penat berjalan turun dari gunung bila lihat pemandangan sebegitu penat semua hilang huhu~ Program ini takkan aku lupa sebab berjaya menimbulkan ukhwah antara kami ahli xtreme-C dan sebab aku jadi hero dalam program ini hehe~

Induksi Exco PERMAJ 2007/2008

Masa untuk pengalaman baru hehe~ Program Induksi Exco PERMAJ merupakan program pertama aku sebagai Exco PERMAJ sesi 2007/2008, Program ini telah diadakan di NPC Skudai. Masa ni aku group dengan Kak Jenap & Uja. Program ni aku tak brape gemar sikit sebab kami dilayan cam budak sekolah hehe~ dan yang paling perit kena jalan kaki dari NPC ke pantai lido, peh rasa nak tercabut lutut ni, tapi disebabkan kami exco berjalan bersama-sama so tak lah rasa penat sangat dan rasa happy sepanjang perjalanan. Kat program ini kami didedahkan dengan skill2 kepimpinan di samping mendapat tunjuk ajar daripada senior2 & alumni. Program ini takkan aku lupa sampai mati haha~ sebab kat sini hubungan kami 37 orang exco terbentuk dan akan kekal sampai bila2 walaupun bila dah tak jadi exco lagi. Kat program ini first time kak jenap marah aku hahaha~


Program Ukhwah Kasih PERMAJ

Program Ukhwah Kasih, program pertama PERMAJ sesi 2007/2008, tadi program exco ni baru betul program PERMAJ, program ini diketuai oleh Lina a.k.a kecik dan diadakan di PKAYIS Batu Pahat dan merupakan program bersama anak yatim, masa ini aku jadi fasi dengan suraya dan dapat group yang sangat happening. Mereka tak malu untuk bercerita sejarah hidup mereka dengan kami, kadang2 bila dengar cerita mereka betapa aku sangat beruntung masih mempunyai ibu dan ayah. Pelbagai aktiviti dah di lakukan sepanjang 3 hari kami berada di sana macam LDK, Xplorace, BBQ, Malam Persembahan dan macam2 lagi, Program ini juga bermula lah kegilaan warga PERMAJ dalam mengambil gambar, mesti ada yang nak interframe hehe~ Masa paling sedih ialah masa perpisahan hampir 80% anak2 yatim ini menitiskan air mata mengiringi kepulangan kami ke UKM masa ini hati aku dah sebak tapi still boleh control macho, idham air mata dah bergenang tapi tak nangis lagi, syafik pula dah banjir bus dek air matanye hehe~ Yang perempuan tak payah cerita dalam bus hampir semua melalak & mengeluarkan air mata huhu~ Nak2 Jannah lalala~ Program ini pun takkan aku lupa sebab banyak memberi erti hidup dan buat aku semakin sayang dengan PERMAJ dan sayang pada ukhwah kami yang terjalin, semoga akan kekal selama-lamanya.

Nantikan Kenangan Abadi Version 2.0, Peace, Love & Respect.

Saturday, April 18, 2009

PeNGeMBaRaaN USM

Minggu lepas 6 April 2009 aku & 14 orang family PERMAJ telah bertolak ke USM untuk memenuhi undangan makan malam daripada IKMAR USM, IKMAR ni kalau sesape tak tahu ialah merupakan organisasi anak Johor yang bertapak dekat sana, seronok rasanya jumpa ramai anak2 Johor daripada universiti yang berlainan. Masa majlis tu PERKASA UPM (anak Johor UPM) turut hadir memberi sokongan kepada majlis tu. Kami 3 organisasi ni sempat jugak la bertukar2 pendapat, idea bagi memantapkan lagi organisasi kami. Perjalanan yang mengambil masa 6 jam itu amat memenatkan, sepanjang perjalanan dihabiskan dengan tidur kecuali aku & hadi (budak ni boleh study dalam bus hoho~). Kami bertolak pukul 11 dan sampai di USM dalam pukul 5 petang, Selepas itu kami terus dibawa ke tempat penginapan kami. Majlis start pukul 8.30 tapi kami punya rajin sampai jam 7.00 ptg. So bagi menghilangkan rasa bosan kami sepakat untuk jalan2 di kompleks Bukit Jambul. Budak2 ni ada pulak yang sempat nak membeli belah, kata dieorang "bukan selalu mal pergi penang" layan kan aje budak2 ni.

So seperti yang dijanjikan majlis bermula jam 8.30 malam tapi lewat start setengah jam kerana menunggu ketibaan perasmi (biasalah semua program jarang punchtual lalala~). Malam tu seronok jugak sebab dapat tengok banyak persembahan Johor, zapin ada, kuda kepang ada & macam2 ada. Tapi malangnya malam itu aku makan dengan sangat sopan (kena makan meja vip daa). Aku melihat di belakang semua mahkluk2 PERMAJ ni makan dengan lahapnya kan best kalau dapat makan camtu hahaha~ Selepas habis majlis biasalah sesi bergambar (Budak PERMAJ memang gila gambar hihi~) & seterusnya kami dibawa ke Queensbay menikmati angin2 malam di samping melihat 1 perlawanan yang sangat hebat (hebat ke? cam haram je huhu~). Esoknya sebelum pulang kami sempat pergi ke Bukit Bendera (Tak sah datang penang kalau tak pergi), & sempat pekene nasi kandar' kat bandar penang. Kami bertolak balik ke UKM jam 12.00 tghari sebelum terjebak dengan kesesakan lalu lintas (Sorry suriya lambat sampai, USM jauh bukan macam pergi UM hehe~). Kami semua selamat tiba di UKM jam 7 malam. Jutaan terima kasih PERMAJ ucapkan kepada IKMAR sebab memberi layanan yang baik sepanjnag kami di sana. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan. Berikut merupakan pengembaraan kami di USM. Peace, Love & Respect~

Aku.Meen.Mubin

5 Pahlawan Melayu

Dinner Time


Bersama warga UKM.USM.UPM

PERMAJ & IKMAR

PERMAJ Teritory

Jejaka Idaman


Ular hoho~

Nasi Kandar Penang

Friday, April 10, 2009

DiNNeR PeRMaJ, AlUmNi & PeNaSiHaT

Semalam dekat puri pujangga telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Anak Johor, lebih kurang macam dinner la, majlis tu diserikan lagi dengan kehadiran alumni2 dan penasihat2 termasuklah Dato' Mohamad Razak, Tuan Hj Jamal Ali, Tuan Hj. Hanfiah Omar dan Dr. Salleh Amat, turut hadir sama Ustaz Syahrin Md Jamaluddin Pengerusi Alumni PERMAJ dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia. Jutaan Terima Kasih kepada semua alumni yang hadir dan memberi sokongan untuk majlis tu dan sekalung tahniah kepada semua exco yang terlibat dalam majlis ini secara langsung @ pun tidak langsung. Berikut merupakan gambar sekitar majlis, let's check it out!!~

Penasihat2 PERMAJ

Exco2 Lelaki PERMAJ

Lagi Exco Lelaki ( Sape lak yang bawa adik ni hmm..)

Dengan Lina


Dengan Zana Bendahari

PERMAJ FAMILIA!!!

Dengan Ustaz Syahrin

DengaN Fahmi SUA (Mamat muka ngantuk)

Dengan Epong ( Hmm.. cam makin putih je)

Saturday, April 4, 2009

MaLaM PeSoNa BiNTanG

Gambar dibawah merupakan gambar semasa Malam Pesona Bintang (Dinner KUO), tak banyak gambar boleh diambil sebab malam tu sibuk dengan menguruskan majlis agar berjalan lancar (wuahhh!! tak banyak gambar) sempat la juga snap beberapa gambar daripada kamera Lina a.k.a kechik. So berikut merupakan calon2 gambar terbaik hoho~

Warga PERMAJ di KUO (macam mana boleh sesat sorang huhu~)

KLCC berada di DECTAR UKM (jangan marah kechik hoho~)

Manusia rabun PERMAJ + Ungku Omar

Lagi manusia rabun hihi~

Macam mana boleh hampir sama tinggi ni? (hmm..musykil sekejap haha~)

Zharif ensem dengan Akmal Cute hahaha~ (Zharif tak jadi MC malam tu!)

Secara keseruluhan malam itu berjalan dengan baik sekali, aku boleh berbangga jugak la (bukan bangga diri) dengan hasil kerja aku walaupun ada sedikit masalah yang berlaku, namun dah jadi lumrah mana2 kita pergi mesti akan ada dugaan menanti, tahun depan dinner aku nak amik lebih banyak gambar sebagai balasan untuk tahun ini dan sebagai kenangan tahun akhir aku di universiti. Sebelum aku tinggalkan dewan dectar tu hati aku berdetik, dah 2 tahun aku abdikan diri aku untuk buat macam2 benda, urus macam2 program, untuk raih pelbagai pengalaman, dari pilihan raya, kvc, permaj, xtreme-c semuanya dah aku lalui, segala pengalaman yang aku kutip selama ini telah aku gunakan untuk menguruskan dinner kuo, ada suara yang mengatakan bintang ke dinner aritu? bagi aku ada bintangnya walaupun tak bersinar tapi cukup untuk menyinari dewan dectar malam tu, aku keluar dari dectar dengan penuh kepuasan, aku telah gunakan segala yang aku ada agar majlis malam itu berjalan lancar dari aspek teknikal. Alhamdulilah. Namun sempat aku berfikir sebelum balik, adakah aku perlu berhenti sekarang? @ teruskan apa yang telah aku mulakan sejak awal? @ dah sampai masa aku mendahulukan keperluan diri aku sendiri lebih dari keperluan orang lain? @ ada lagikah peluang untuk aku handle program pada masa depan? @ dah sampaikah masa untuk aku mengejar dia? persoalan yang masih belum aku jumpa jawapannya...
~PEACE, LOVE & RESPECT~

Tuesday, March 10, 2009

NeW GeNeRaTioN

Picture di atas merupakan 34 orang exco penerus legasi kegemilangan PERMAJ, yang akan berusaha memastikan PERMAJ sentiasa gah dan hebat , yang akan berusaha menghasilkan program2 yang memberi pelbagai input kepada semua insan khususnya masyarakat, yang akan berusaha bersungguh-sungguh menjadi manusia yang terbaik yang insyallah dipenuhi dengan keimanan dan ketakwaan, dan juga melahirkan insan yang berkaliber dan dinamik. Yang akan menyahut segala cabaran yang hadir dan mengatasi apa jua rintangan yang datang demi menjadikan PERMAJ sebuah persatuan yang disegani.. PeAcE, LoVe & ResPeCT!!!

Saturday, February 21, 2009

CoUnTDoWn iS NeaR

Seminggu yang sangat memenatkan, sampai nak update blog pun tak sempat hehe~ Dengan PERMAJ, KVC hingga la ke XTreme-C setiap organisasi tersebut ada tugas yang perlu diselesaikan. Kan best kalau tak terikat dengan mana2 & tak involve dalam organisasi tak perlu nak fikir pasal meeting, pasal program & apa2 je la, tapi kalau tak join organisasi mesti bosan duduk dalam UKM ni, Kalau tak join xdapat kutip pengalaman, tak dapat rasa berprogram, tak dapat rasa nak pergi jalan2 & tak dapat kenal dengan ramai kawan sampai dah anggap macam family cewahhh!! Untuk entri kali ini aku akan ceritakan sikit la pasal apa yang berlaku minggu ini huhu~

PERMAJ baru sahaja melantik & membentuk organisasi baru untuk sesi 2008/2009, tahniah buat zharif sebab dah sah sebagai presiden baru PERMAJ, hope kau dapat keluarkan PERMAJ dari segala belenggu masalah & meneruskan kegemilangan PERMAJ (don't worry, aku backup kau punye hoho~). Tahniah jugak buat mus a.k.a orix, lina a.k.a p.p, suriya a.k.a (tengah cari ilham hoho~), zana a.k.a bank negara, suraya a.k.a kena cakap 5 kali & farha a.k.a suksis sebab sudi stay untuk meneruskan legasi PERMAJ yang telah ditinggalkan epong & the geng. banyak benda nak kena buat ni untuk buktikan kemampuan kita kepada semua orang, untuk aku pulak aku kena buktikan yang aku bukan decision maker @ penentu dalam PERMAJ (berani dia cakap macam tu nak kena ni hoho~). Untuk semua exco baru welcome to the family hehe~ kalau tak faham apa2 boleh bertanya kepada kami @ senior yang masih bertapak dalam UKM ni ( don't wory gak, korang pun aku backup hehe~).

KVC pulak masih belum nampak kerjanya lagi, biasa teknikal ni busy time program, so kena la bersabar sekarang. tapi kerja tempahan barang dah nak bermula, so kepada semua pengarah KVC sila2 lah bagi senarai barangan yang anda inginkan, saya akan cuba mendapatkannya untuk anda semua hoho~

XTreme-C lak, kali ni aku jadi pemantau je tapi still kena tolong gak, Karnival Sukan Xtreme-C yang akan mempertandingkan acara futsal, badminton & pes challenge. aku memang nak handle karnival ni tapi sebab dah join KVC & tarikh pun sama maka kena serahkan kepada hadi zabidi, tapi ok la die & the geng memang minat sukan so takde benda yang perlu dirisaukan, sekarang aku tengah menikmati hari2 terakhir sebelum meletakkan jawatan dalam AGM, bilik xtreme pun tadi dah kemas, so aku dah menepati janji, siapa jadi exco teknikal pasni die akan dapat bilik dalam keadaan bersih, hope pasni siapa yang pegang kelab, jaga la kelab dengan baik, buat la program betul2 & jadi pemimpin yang versatil. Lagi 1 xtreme selalu laungkan kalimah "aku sayang kelab" bila join program konfem sayang kelab, bagi aku tak betul statement tu, tak semestinya tak beri full komitmen tak sayang kelab, tak semestinya jarang tak join program tak sayang kelab, sayang kelab datang dari hati hanya kita yang tahu kita sayang kelab ke tak, orang lain tak boleh nilai benda tu, mereka tak boleh tengok isi hati kita, tak boleh jangka dari cara & perbuatan kita, hanya diri sendiri yang tahu kita sayang kelab ke tak, "aku sayang kelab" satu laungan keramat XTreme-C

Sunday, February 8, 2009

ThE BeSt AmOnG ThE BeSt

Petang tadi sempena AGM permaj, beberapa exco permaj telah diberikan pengiktirafan diatas segala usaha, kerja keras, dedikasi serta komitmen mereka dalam memastikan program permaj serta nama permaj itu sendiri terus gah & gemilang serta tak mati ditelan dek zaman, berikut merupakan profil mereka dari kaca mata aku & tahniah kepada semua penerima hoho~

1) Nurul Zainap Ramli a.k.a Kak Jenap a.k.a KJ

Dah abis belajar & dah mula bekerja di KL, masa kat UKM merupakan pelajar FEP majoring marketing, bergiat aktif dalam permaj selama 3 tahun, jawatan tertinggi dalam permaj merupakan timbalan presiden 1, sangat berdedikasi & merupakan sumber rujukan utama bagi barisan exco permaj, aku merupakan insan yang paling banyak kena marah dengan K.jenap (kak jenap cakap marah tandanya sayang) tapi hasil dari kena marah tu aku jadi seorang yang tahu macam mana nak berorganisasi dengan baik, bagi kami barisan exco merasakan kak jenap hadir tepat pada masanya untuk membawa kami keluar dari kegelapan (epong jangan terasa aku tak cakap kau pun hehe~) Pengalaman yang ada pada beliau dicurahkan sepenuhnya kepada kami & input yang diberikan oleh beliau sangat mempengahruhi kami hingga mencengkam sanubari (peh ayat!!!). Beliau merupakan penerima anugerah khas permaj sesi 2007/2008. Jasamu dikenang selamanya.




2) Fahemi Arpah a.k.a boss a.k.a bb

Antara produk exco permaj yang berkaliber & berkebolehan yang pernah dilahirkan permaj, pelajar tahun 3 fssk jurusan pembangunan manusia beliau merupakan manusia yang tak reti nak marah & tak pernah merungut bila dapat sesuatu kerja. Jarang menolak jika ada orang yang inginkan bantuan dari beliau & hasil kerjanya tidak pernah mengecewakan. Antara exco sukan yang berjaya dalam permaj kerana tidak pernah putus idea untuk mengadakan aktiviti sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, bowling dan pes. Merupakan peminat setia kumpulan AxL & hobinya ialah tidur. Digelar bb oleh lina a.k.a kecik yang membawa maksud botak & buncit. Beliau merupakan exco siswa terbaik permaj sesi 2007/2008.

3) Nur Nadia a.k.a dak study

Seorang yang sangat rajin, pandai & tak pernah merungut, pelajar tahun 3 fst jurusan kimia, kenal dia masa kat opkim, aku panggil die akak masa tu sebab tak tau umur die berapa, tapi bila dah tau sebaya tak de maknenya nak panggil akak hehe~, kejayaan terbesar sesi ni berjaya mengumpulkan ramai ahli 1st year untuk menyertai kelab fasi. penuh bilik kuliah kat fssk, tu semua hasil usaha nadia yang tak kenal erti putus asa walaupun mengetuai sekretariat pembangunan sumber manusia seorang diri, sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan & boleh jadi bendahari yang baik hoho~, tengah ada gosip hangat dengan fahemi a.k.a bb, yang lain tentang nadia? pk la sendiri (nadia sendiri cakap). Beliau merupakan exco siswi terbaik permaj sesi 2007/2008


4) Muslimah Mispan a.k.a musi a.k.a orix

Seorang yang garang, tegas, berkomited. pasal komitmen tak payah cerita la, beliau sangat komited dengan tugas sebagai suk permaj, pelajar tahun 2 fpend jurusan tesl. sanggup melakukan apa sahaja demi permaj, dalam program jawatan paling banyak die pegang ialah s/u nama pun suk permaj huhu~, hobi suka menconteng bilik permaj, suka pukul orang (sakit tu kena pukul dengan die), ada skill komunikasi yang tinggi, bila bercakap biasa suara kasar giler, tapi bila berkomunikasi dengan menteri2 suara macam pijak semut pun tak mati lembut giler, dari segi pengalaman tak kurang hebatnya pernah join konvo & kapreza sebelum mengabdikan diri kepada permaj, beliau merupakan exco siswi harapan permaj sesi 2007/2008.

BeRaKhIrNyA SaTu LeGaSi

Setelah 12 bulan mengharungi segala cabaran, mengutip segala pengalaman berharga, berpenat lelah, bergembira, bersedih, bersemangat membuat program & mencipta kenangan terindah akhirnya kesemua 37 orang barisan exco permaj meletakkan jawatan petang tadi dengan penuh rasa terhormat. Kegembiraan sebagai sebuah family dapat dilihat dalam wajah setiap exco yang hadir, gelak tawa, gurauan manja menghiasi saat2 terakhir sebelum kami meletak jawatan sebagai exco permaj sesi 2007/2008. Kesedihan pula dapat dilihat dalam wajah exco yang akan menamatkan pengajian pada hujung semester ini, segala kenangan bersama permaj bermain di minda mereka, segala kenangan manis terbit semula di sanubari mereka, itu menjadi tanda betapa mereka sangat menyayangi permaj.

Pelbagai pengalaman, suka duka, kegembiraan, keterujaan telah aku rasa sepanjang sesi ini, dari induksi exco, ukhwah kasih, lasbela, prospek, sish, mbp, prokaj, opkim, hingga ke gunung datok setiap program ada keistimewaan sendiri, setiap program ada cerita di sebaliknya, setiap program ada pengalaman berharga. banyak benda telah aku belajar dari sekecil kuman hingga sebesar planet, tapi itu belum cukup banyak benda yang perlu aku belajar, banyak program yang perlu dilaksanakan, aku & kawan2 dah bersedia untuk menyahut cabaran mendatang.

Tahniah diucapkan kepada nizam a.k.a mr presiden kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali, walaupun ada silap dan salah serta masalah yang ditimbulkan oleh beliau namun kami sebagai exco tetap menhormati beliau sebagai presiden & pemimpin kami. epong you have done a good job. Untuk K.jenap tahniah gak kerana telah menjadi kakak kepada kami (walaupun kadang2 rasa macam akak tiri lak huhu~) kalau kak jenap tak ada maybe kami tak kan dapat mengharungi season yang penuh dengan kejadian tragik hoho~ jasamu dikenang selamanya.

Untuk apek & pejal pulak kerana mulut dieorang yang laser ni lah yang membuat kami exco2 baru belajar sesuatu yang berharga, belajar cara nak buat program, belajar nak buat marketing dan macam2 lagi, walaupun kadang2 rasa geram & marah tapi bila fikir2 balik ada gak kebaikan ada orang macam mereka dalam organisasi, sentiasa membantu & menegur jika ada sebarang kesalahan. thank you guys. Untuk fahemi a.k.a boss a.k.a bb thanx gak kerana telah memberi tunjuk ajar sepanjang mengendalikan sekretariat sukan & rekreasi, diharap pelapis selepas ini dapat meneruskan legasi sekretariat sukan & rekreasi dalam melahirkan exco yang berkemampuan dan berkaliber seperti fahemi.

Now untuk 10 orang yang dipertanggungjawabkan bagi membentuk barisan kepimpinan baru, banyak kerja yang perlu kita lakukan, banyak benda yang perlu kita tumpukan, banyak perkara yang perlu dikorbankan so untuk aku sendiri, mus, zarip, zana, lina, suriya, suraya, fahmi, hakim & zarina marilah sama2 kita menyahut cabaran untuk memastikan permaj terus gah dimata dunia & tidak membenarkan permaj mati di zaman kita. peace, love & respect.

Thursday, January 22, 2009

HoLiDaY TiMe

Hari ini merupakan hari terakhir berada di UKM, esok aku akan bergerak balik ke JB sempena cuti raya cina, patutnya cuti ni aku tak balik sebab biasanya aku akan pergi panjat gunung dengan budak2 xtreme-c tapi atas urusan keluarga yang perlu diselesaikan aku perlu balik dengan segera, sorry geng aku tak boleh ikut korang panjat gunung tebu, family come first.

suku pertama semester dah pun nak berakhir, banyak aktiviti yang dah berlaku dalam jangka masa itu, paling tak boleh dilupakan ofcoz pilihan raya kampus, aku ingat dieorang power sangat sampai boleh gegar UKM tapi silap still sama je macam semut, macam yang dah dijangka bila kalah ada je alasan, jppel & ppp masuk campur la, calon sistem la, apa2 la dah naik muak dengar alasan dieorang. hasilnya tak de, so kepada calon yang menang selamat menjalankan tugas & tolong jangan calarkan nama anda & nama side yang anda wakili, kerana kalau anda buat kesilapan besar confirm kena kutuk dalam blog hehe~

Tentang study pula, aku masih belum rasa terbeban, tak ada asignment pun lagi kelas pun macam ada & tak de je, masih ada 1 kelas lagi belum start & 1 kelas baru start tadi, agak relax la untuk masa ini boleh tumpukan pada tugas lain, tapi lepas naik cuti ni konfem banyak asignment & tugas2 menanti, so pasni aku kena tumpukan pada study untuk mengejar target 4 flet sem ni hehe~ insyaallah tercapai impian aku.

sekarang luahan hati pulak, aku seorang yang sangat aktif, join tu join ini macam2 aku join, paling utama ofcoz permaj & xtreme-c, aku pernah cakap aku akan bagi komitmen aku seimbang di kedua2 organisasi, tapi aku rasa semenjak 2 menjak ni aku gagal melaksanakan apa yang aku cakap, ntahlah aku macam hilang arah sikit, aku macam dah tumpukan sepenuh perhatian aku pada permaj. bukan tak sayang xtreme tapi ada sesuatu yang hilang dalam xtreme & aku tak tau apa die, nak cakap aku bukan kuasa besar dalam xtreme & suara aku pun bukan didengar sangat. dalam permaj pulak aku rasa sedikit tekanan sebab banyak benda nak di satlekan, nak2 musim agm yang bakal menjelang, kadang2 rasa happy, kadang2 rasa upset pada diri sendiri pun ada, susah untuk dijelaskan, aku just harap dapat melalui semua ini dengan baik & dapat apa yang aku inginkan pada akhirnya.

tu je post aku untuk kali, selamat bercuti & happy chinese new year peace, love & respect your job~

Monday, January 12, 2009

ReALiTi BuKaN FaNTaSi

Sewaktu entri ini ditulis aku baru sahaja balik dari tengok bola, team favourite ku Man Utd menang 3-0 mengatasi Chelsea. Sampai bilik terus buka laptop & surf internet nak tengok esok kelas pukul berapa, sambil2 tu aku sempat gak membelek gambar2 masa opkim endau yang berjaya disedut dari laptop faizal a.k.a gori lalala, dik cik, musi & azhar a.k.a dak suka amik gambar sendiri. Sambil2 tgk tu terdetik dekat hati kenapa aku boleh jadi rapat dengan permaj, apa yang permaj ada sampai aku rasa senang hati bila berada dengan permaj, kenapa aku rasa bertuah sangat join permaj? Berikut merupakan fakta yang aku rasa pasal permaj.

1. Bila dengan permaj aku rasa macam dalam family sendiri. Gurau senda, gelak ketawa, usik mengusik buat aku rasa selesa je bila dalam permaj. Walaupun kadang2 gurauan tu agak kasar tapi tak rasa apa2 pasal dah kenal lama antara 1 sama lain.

2. Aku banyak belajar pasal ukm dari permaj, cara nak buat program, cara nak jemput menteri, cara nak urus majlis hampir semuanya pasal organisasi aku dapat dari permaj. Terima kasih la kat K.J sebab ajar banyak benda & boleh tahan dengan perangai gila seorang exco bernama akmal yang selalu buat havoc ni.

3. Bila buat kerja aku tak rasa nak lari dari tanggungjawab, tipu la kalau tak tension bila kena marah @ kerja lambat disiapkan, tapi tak pernah lagi aku rasa nak tinggalkan kerja tu terkontang-kanting, walau macam mana pun kerja tu mesti disiapkan. Profesional tu perlu ada bila berorganisasi.

4. Orang2 dalam permaj tu sendiri yang buat aku rasa aku tak boleh tinggalkan permaj, epong orang yang bertanggungjawab tarik aku masuk, K.J, apek & fahemi org yang ajar aku banyak benda & banyak beri dorongan, budak2 batch aku zharif (permaj selamatkan persahabatan yang pernah keruh dahulu), mus, lina, suriya (mangsa buli merangkap pemegang rahsia kerajaan aku), syafiq (orang yang mampu buat aku berfikir dua kali sebelum ambil tindakan) & semua barisan exco sesi 2007/2008 yang buat aku rasa ada dalam family sendiri.

5. Permaj boleh terima aku seadanya tu yang paling penting sekali bagi aku. Aku tak pernah rasa terpinggir dalam permaj, aku tak pernah rasa macam loser @ kambing hitam dalam permaj (main pes kalah tu adat namanya huhu), aku tak pernah rasa terbeban dalam permaj, aku tak pernah rasa macam dibuang dari permaj, permaj boleh terima aku seadanya seorang manusia yang tak sempurna, yang bukan bagus sangat pun tapi bila aku buat sesuatu aku rasa dihargai & hanya permaj yang buat aku rasa dihargai dalam whatever yang aku buat. Bila aku bersuara @ melontarkan pendapat permaj tak pernah memperkecilkan aku @ buat aku rasa terhina macam aku rasa 2 malam lepas. Tu la pertama kali bila aku bersuara ada seorang manusia ni perkecilkan aku & aku tak pernah rasa sebegitu bila dengan permaj.

Mustahil untuk aku lupakan permaj setelah apa permaj lakukan kepada aku, jasa permaj terlalu banyak untuk aku.Thanx permaj coz make me a better person & appreciate what I always do.
Peace, love & respect my family.

Saturday, January 10, 2009

MiNgGu YaNG SiBuK

sudah 2 hari tak update blog, bukan tak nak update tetapi tiada kesempatan & keluangan masa. Minggu ni merupakan minggu yang sibuk bagi semua mahasiswa termasuk aku. Yelah minggu ni merupakan minggu pertama perkuliahan jadi semua orang agak sibuk untuk menyusun jadual dan sibuk pergi ke kelas. Setakat ini hari yang agak menyeksakan bagi aku ialah rabu & khamis. Penat juga 2 hari ni terpaksa ke hulur & kehilir.

Pada khamis lalu PERMAJ UKM telah membawa rombongan seramai 40 orang ke rumah Datuk Abdul Razak (s/u politik kementerian dalam negeri) untuk memenuhi jemputan beliau bagi majlis bacaan yasin dan tahlil. Ini merupakan kunjungan kedua bagi permaj ke rumah datuk. Datuk juga sempat berkongsi kisah hidup beliau, latar belakang beliau & kami sempat bertukar pendapat dengan datuk tentang isu-isu semasa. Kami dijamukan dengan pelbagai makanan arab yang bukan selalu kami jumpa. Terima kasih kepada datuk razak & sekeluarga kerana menjemput kami & memberi layanan yang baik kepada kami.

Pada hari jumaat pula PERMAJ UKM telah mengadakan majlis solat hajat & bacaan yasin di surau ptsl bagi memohon kesejahteraan & keselamatan rakyat palestin yang sedang bergelut dengan masalah penindasan & kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis. Diharap doa & ibadah kami diterima & semoga Allah membantu rakyat palestin daripada terus menjadi mangsa kekejaman zionis. Majlis ini disertai oleh 20 orang peserta meliputi exco dan ahli. Majlis bermula dengan solat maghrib dan diteruskan dengan majlis solat hajat & bacaan yasin. Majlis diakhiri dengan solat isyak berjemaah. Selepas itu semua hadirin telah menikmati jamuan yang disediakan. Menu pada malam itu ialah roti canai dan teh 'o panas.

Pada pagi tadi pula satu operasi telah dijalankan. Operasi yang dimaksudkan ialah operasi gotong royong mengemas bilik permaj hehe. Bilik tu memang dah layak untuk dibersihkan. Yelah telah menjadi kebiasaan setiap naik cuti bilik tu pasti bersepah. Operasi hari ini disertai oleh aku, zharif, K.J, apek, emi, suriya, nisa, kelli, k.lili, jemi & nani. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong royong pagi tadi. Nampak luas sikit la bilik permaj sampai boleh memuatkan hampir semua 37 exco. So kepada semua exco & ahli2 permaj anda dijemput untuk memeriahkan lagi bilik permaj. Peace, love & respect.

Wednesday, January 7, 2009

PaLeStIN DiAmBaNG KeHanCuRaN

Rakyat palestin terus menderita dan tersiksa dibumi dan tanah air sendiri. Ini semua disebabkan oleh kekejaman dan kezaliman rejim zionis yang mendapat sokongan daripada Amerika yang hanya menjadi anjing israel semata-mata. Semakin hari semakin ramai rakyat palestin yang maut & cedera, semakin ramai anak2 menjadi yatim piatu, semakin ramai ibu bapa kehilangan anak2 tersayang & semakin angkuh & ego zionis meragut nyawa tidak berdosa. Pemimpin2 eropah yang pro israel seperti meyokong & hanya menutup mata mereka, ini semua demi menjaga hubungan baik dengan syaitan dunia itu. Segala bantuan daripada duni luar dari segi ubat ubatan, rawatan kesihatan dan sebagainya tidak dapat disalurkan kerana israel masih berdegil untuk tidak melakukan gencatan senjata. Kononnya kalau hamas tidak menghentikan serangan peluru berpandu mereka tidak akan melakukan gencatan senjata.

Persoalannya zionis yang memulakan serangan & membunuh ramai rakyat palestin tetapi kenapa hamas yang dipersalahkan. Jika keadaan ini berterusan impian israel untuk memiliki sepenuhnya semenanjung Gaza akan tercapai & semua rakyat palestin akan menjadi pelarian. Dimana suara antarabangsa, dimana pertubuhan bangsa2 bersatu (PBB), mereka sepatutnya telah dapat menyelesaikan masalah ini lebih awal lagi. Mereka sepatutnya boleh mendakwa israel kerana melakukan keganasan antarabangsa. Aku bukan pandai sangat tentang undang-undang antarabangsa tetapi setakat yang diketahui israel boleh didakwa. Kenapa PBB perlu tunduk pada Amerika mereka bukan penetap segala keputusan mereka hanya pemegang kuasa veto.

Seluruh penduduk dunia terutama masyarakat islam mengecam keras kekejaman yang dilakukan israel ini, pelbagai demonstrasi & tunjuk perasaan dilakukan namun hasilnya masih belum dapat dijelmakan. Begitu juga banyak solat hajat telah dilaksanakan untuk memohon keselamatan & kesejahteraan rakyat palestin, insyaallah dengan kuasa Allah kejahatan israel akan dibalas oleh Allah. PERMAJ UKM juga tidak ketinggalan dalam memperjuangkan masalah palestin ini. Insyaallah permaj akan mengadakan solat hajat & bacaan yasin pada hari jumaat selepas maghrib. Semoga Allah memakbulkan semua doa2 orang islam & rakyat palestin akan terlepas daripada belenggu zionis yang kejam, peace, love & respect!!!