Saturday, January 10, 2009

MiNgGu YaNG SiBuK

sudah 2 hari tak update blog, bukan tak nak update tetapi tiada kesempatan & keluangan masa. Minggu ni merupakan minggu yang sibuk bagi semua mahasiswa termasuk aku. Yelah minggu ni merupakan minggu pertama perkuliahan jadi semua orang agak sibuk untuk menyusun jadual dan sibuk pergi ke kelas. Setakat ini hari yang agak menyeksakan bagi aku ialah rabu & khamis. Penat juga 2 hari ni terpaksa ke hulur & kehilir.

Pada khamis lalu PERMAJ UKM telah membawa rombongan seramai 40 orang ke rumah Datuk Abdul Razak (s/u politik kementerian dalam negeri) untuk memenuhi jemputan beliau bagi majlis bacaan yasin dan tahlil. Ini merupakan kunjungan kedua bagi permaj ke rumah datuk. Datuk juga sempat berkongsi kisah hidup beliau, latar belakang beliau & kami sempat bertukar pendapat dengan datuk tentang isu-isu semasa. Kami dijamukan dengan pelbagai makanan arab yang bukan selalu kami jumpa. Terima kasih kepada datuk razak & sekeluarga kerana menjemput kami & memberi layanan yang baik kepada kami.

Pada hari jumaat pula PERMAJ UKM telah mengadakan majlis solat hajat & bacaan yasin di surau ptsl bagi memohon kesejahteraan & keselamatan rakyat palestin yang sedang bergelut dengan masalah penindasan & kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis. Diharap doa & ibadah kami diterima & semoga Allah membantu rakyat palestin daripada terus menjadi mangsa kekejaman zionis. Majlis ini disertai oleh 20 orang peserta meliputi exco dan ahli. Majlis bermula dengan solat maghrib dan diteruskan dengan majlis solat hajat & bacaan yasin. Majlis diakhiri dengan solat isyak berjemaah. Selepas itu semua hadirin telah menikmati jamuan yang disediakan. Menu pada malam itu ialah roti canai dan teh 'o panas.

Pada pagi tadi pula satu operasi telah dijalankan. Operasi yang dimaksudkan ialah operasi gotong royong mengemas bilik permaj hehe. Bilik tu memang dah layak untuk dibersihkan. Yelah telah menjadi kebiasaan setiap naik cuti bilik tu pasti bersepah. Operasi hari ini disertai oleh aku, zharif, K.J, apek, emi, suriya, nisa, kelli, k.lili, jemi & nani. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gotong royong pagi tadi. Nampak luas sikit la bilik permaj sampai boleh memuatkan hampir semua 37 exco. So kepada semua exco & ahli2 permaj anda dijemput untuk memeriahkan lagi bilik permaj. Peace, love & respect.

No comments: