Pilihan raya kampus (PRK) UKM merupakan sesuatu yang amat dinantikan oleh kebanyakkan mahasiswa yang aktif dalam berpolitik, manakan tidaknya disinilah medan buat mereka untuk dipilih sebagai wakil mahasiswa dalam menyampaikan suara mahasiswa kepada pihak atasan universiti. Musim prk inilah kita lihat setiap calon tidak kira aspirasi dan gmukm akan memperlihatkan kebolehan mereka untuk memimpin dan menonjolkan diri mereka kepada seluruh warga ukm. Pelbagai taktik dan strategi akan digunakan untuk memastikan mereka menang dalam prk nanti. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai penamaan calon akan diadakan pada 8 januari ini dan proses pengundian akan dijalankan pada 15 januari. Pusat pengundian pula dijangkakan akan diadakan kolej2 kediaman walaupun sebelum ini diuar-uarkan pengundian akan dijalankan di fakulti. Ini kerana pihak fakulti tidak bersedia untuk menjalankan prk di sana. Cara pengundian pula masih samar sama ada menggunakan kertas undi atau e-voting. Keadaan akan bertambah hangat apabila pelajar tahun 1 dibenarkan menjadi calon kerana mereka sudah menduduki peperiksaan. Kita akan lihat sejauh mana kemampuan mereka sebagai pemimpin. Tapi pada pendapat aku mereka pelajar tahun 1 masih mentah dan muda untuk mengetahui senario politik dikampus serta mereka perlu banyak belajar lagi tentang politik kampus. Kadang2 sedih juga bila tengok adik2 1st year ni yang tak tahu apa-apa tentang politik kampus menjadi pak sanggup dengan menyertai pelbagai demonstrasi yang pada pendapat aku tidak bertamadun sedangkan banyak lagi medium yang boleh mereka gunakan. Sejauh mana semua kebenaran ini kita akan ketahui selepas semua calon pulang daripada kursus calon di Melaka. Kita akan lihat siapa yang akan menerajui tampuk pemerintahan pmukm sama ada aspirasi @ gmukm. peace, love & respect.
No comments:
Post a Comment