Wednesday, January 7, 2009

PaLeStIN DiAmBaNG KeHanCuRaN

Rakyat palestin terus menderita dan tersiksa dibumi dan tanah air sendiri. Ini semua disebabkan oleh kekejaman dan kezaliman rejim zionis yang mendapat sokongan daripada Amerika yang hanya menjadi anjing israel semata-mata. Semakin hari semakin ramai rakyat palestin yang maut & cedera, semakin ramai anak2 menjadi yatim piatu, semakin ramai ibu bapa kehilangan anak2 tersayang & semakin angkuh & ego zionis meragut nyawa tidak berdosa. Pemimpin2 eropah yang pro israel seperti meyokong & hanya menutup mata mereka, ini semua demi menjaga hubungan baik dengan syaitan dunia itu. Segala bantuan daripada duni luar dari segi ubat ubatan, rawatan kesihatan dan sebagainya tidak dapat disalurkan kerana israel masih berdegil untuk tidak melakukan gencatan senjata. Kononnya kalau hamas tidak menghentikan serangan peluru berpandu mereka tidak akan melakukan gencatan senjata.

Persoalannya zionis yang memulakan serangan & membunuh ramai rakyat palestin tetapi kenapa hamas yang dipersalahkan. Jika keadaan ini berterusan impian israel untuk memiliki sepenuhnya semenanjung Gaza akan tercapai & semua rakyat palestin akan menjadi pelarian. Dimana suara antarabangsa, dimana pertubuhan bangsa2 bersatu (PBB), mereka sepatutnya telah dapat menyelesaikan masalah ini lebih awal lagi. Mereka sepatutnya boleh mendakwa israel kerana melakukan keganasan antarabangsa. Aku bukan pandai sangat tentang undang-undang antarabangsa tetapi setakat yang diketahui israel boleh didakwa. Kenapa PBB perlu tunduk pada Amerika mereka bukan penetap segala keputusan mereka hanya pemegang kuasa veto.

Seluruh penduduk dunia terutama masyarakat islam mengecam keras kekejaman yang dilakukan israel ini, pelbagai demonstrasi & tunjuk perasaan dilakukan namun hasilnya masih belum dapat dijelmakan. Begitu juga banyak solat hajat telah dilaksanakan untuk memohon keselamatan & kesejahteraan rakyat palestin, insyaallah dengan kuasa Allah kejahatan israel akan dibalas oleh Allah. PERMAJ UKM juga tidak ketinggalan dalam memperjuangkan masalah palestin ini. Insyaallah permaj akan mengadakan solat hajat & bacaan yasin pada hari jumaat selepas maghrib. Semoga Allah memakbulkan semua doa2 orang islam & rakyat palestin akan terlepas daripada belenggu zionis yang kejam, peace, love & respect!!!

No comments: