Tuesday, July 28, 2009

H1N1 : SaTu UJiaN @ SaTu KeSeMPaTaN

Salam, sekarang heboh tentang wabak H1N1 yang menyerang IPTA/S seluruh Malaysia. Setakat ini UITM, UUM, UPM yang terbaru sekali, Politeknik dan beberapa lagi institut yang ditutup gara2 wabak ini. KTSN juga telah tutup semalam angkara terdapat 50 orang mahasiswa daripada beribu-ribu warga KTSN yang DISYAKI dijangkiti penyakit ini. Persoalannya kenapa tidak kuarantin 50 orang itu sahaja tetapi menutup terus KTSN selama seminggu, dimanakah kerelevenannya. Begitu juga di UUM, universiti itu ditutup dan mahasiswa/i diarah pulang, jika pelajar yang pulang katakan lah pulang ke JB & pelajar itu ada H1N1 maka adakah 1 JB akan ditutup? tidakkan, hanya pelajar itu sahaja yang dikuarantin. Kenapa pihak Universiti tidak menggunakan cara itu, adakah mereka kemaruk sangat nak cuti dan menjadikan H1N1 sebagai senjata terhebat untuk bercuti huhu~

Aku ada terbaca 1 blog ini, cara dia menulis macam mengatakan KTSN itu beribu-ribu orang yang kena H1N1 sedangkan hanya 50 orang itu pun disyaki sahaja. Kenapa mentaliti mahasiswa itu sangat singkat, sebelum tulis kaji dulu maklumat yang diterima jangan main bedal je. Selain itu wabak ini juga boleh dijadikan mainan politik oleh sesetengah individu, hello saudara wabak ini ujian Allah pada kita supaya kita insaf & kembali ke jalan yang benar bukan dijadikan bahan untuk menyalahkan orang demi kepentingan politik, manusia2.

H1N1 memang mudah berjangkit tetapi boleh dicegah jika kita mengambil langkah yang sepatutnya supaya tidak dijangkiti penyakit ini. Sesetengah orang bila selsema & demam sahaja terus cakap H1N1, habis kalau 2 juta orang dekat Malaysia ini demam & selsema maka semua orang itu dijangkiti H1N1 macam tu ke? Itulah fungsinya saringan & kemudahan kesihatan yang beribu dekat Malaysia ni, jika rasa ada simptom H1N1 terus pergi buat saringan & jika keputusannya negatif maka tiada apa yang perlu dirisaukan, jika positif maka ambil lah langkah yang sepatutnya. Semoga UKM Bangi tidak ditutup kerana ia menyusahkan mahasiswa/i sahaja. Peace, LOve & Respect.

"ThE BeSt" StiLL ALiVe

Salam sudah hampir sebulan lebih blog ini tak berupdate, sejuta kemaafan dimohon kerana kegagalan empunya blog untuk mengupdatenya (aduh ayat haha~). Kekangan tanggungjawab, masa dan sewaktu dengannya menjadi faktor utama blog ini tak berupdate sebenarnya, dengan PERMAJ sedang memecut laju meninggalkan saingannya dalam berprogram, selain melayan ragam manusia tak sedar diri dan suka menyibuk di kolej (nasib baik dah berambus orang tu), dan telinga ini ibarat bernanah mendengar orang yang tiada kaitan langsung dengan PERMAJ cuba menjatuhkan kami (biasa la semakin bagus kita semakin dicemburui oleh hati2 busuk warga UKM) semua itu lumrah alam yang perlu dilalui.

Selama sebulan ini macam2 benda dah aku buat, pertama menyambut kehadiran sekolah tercinta haha~ (yelah dari form 1 sampai form 6 dekat situ). Mendapat kejutan yang tak berapa kejutan daripada lawatan itu huhu~ Sempat la bawa adik2 sekolah pusing 1 UKM dan menyedarkan mereka betapa BEST nya UKM ini. Thanks buat team2 PERMAJ yang membantu sepanjang program berkenaan. Jasamu dikenang selamanya hehe~

Seterusnya Minggu Mesra Pelajar mengambil tempat. Belajar banyak benda baru kat sini dari aspek pengurusan organisasi hingga melihat pelbagai ragam manusia. Tambah lagi ilmu dekat dada ini semoga boleh guna bila bekerja nanti, orang cakap biarlah kerja itu hebat dari hanya mampu cakap berdegar-degar sahaja. Overall MMP meningkatkan prestasi diri ke satu tahap yang lain, MMP BEST hehe~

Habis MMP sesi perkuliahan final year bermula (macam tak percaya dah tahun 3 hehe~). Tesis juga bermula, aku dapat penyelia yang agak sempoi tapi amat mementingkan kualiti kerja hehe~ Kawan2 program pula tahun ini kalau aku lambat 10 minit dah mula call2 msg2 aku, so nak tak nak kenalah datang huhu~ yeeee tahun ini aku tak jadi chipsmore lagi haha~ nanti kita semua pergi UUM sama2 ekh haha~

PERMAJ pula terus menganjurkan program seperti biasa, baru sahaja habis Program Kembara Ilmu, good job tahir sikit2 masalah tu biasalah noprogram is perfect. Minggu Pengenalan Persatuan juga baru je berakhir, tahniah untuk azie sebab urus minggu tu dengan baik, thanks untuk semua yang jaga booth PERMAJ yang tersergam indah tu hehe~ Lepas ini PROBIRO menanti, Mubin you can do it, kami semua dibelakang anda chayok2x. So ini je untuk post kali ini, akhirnya berjaya untuk update blog, peace, love & respect.