Monday, December 7, 2009

68 Tahun Selepas Serangan Pearl Harbour

Hari ini genap la 68 tahun selepas serangan Jepun terhadap pangkalan tentera Amerika di Pearl Harbour. Serangan ini telah membuka mata pihak barat betapa kuatnya tentera Jepun, So marilah kita lihat sejarah serangan Pearl Harbour. Pada 26 November 1941 angkatan merangkumi enam kapal induk diperintah oleh Laksamana Madya Chuichi Nagumo. Jepun meninggalkan Teluk Hitokappu di Kepulauan Kuril dan menuju ke Pearl Harbor tanpa melakukan sebarang perhubungan melalui radio.

Pada pagi 7 Disember 1941, kapal terbang angkatan tersebut mengebom kesemua pengkalan tentera Amerika Syarikat di kepulauan Hawai (terbesar merupakan pengkalan udara tentera darat Amerika Syarikat di pengkalan udara Tentera Udara Hickam), dan kebanyakan kapal yang berlabuh di pelabuhan Pearl, termasuk "Barisan Kapal Tempur". Hampir kesemua kapal terbang Amerika dimusnahkan di atas tanah; hanya beberapa pejuang berjaya berlepas dan bertempur. Dua belas kapal perang dan kapal lain ditenggelamkan atau rosak., 188 kapal terbang dimusnahkan, 155 telah rosak dan 2,403 Amerika kehilangan nyawa mereka. Kapal perang USS Arizona meletup dan tenggelam menyebabkan 1,100 orang kehilangan nyawa, hampir separuh daripada orang Amerika yang mati. Badan kapal kekal menjadi tugu peringatan kepada mereka yang terkorban pada hari itu, kebanyakan mereka kekal di dalam kapal tersebut.

Tembakan Amerika pertama dilepaskan pada Perang Dunia II dan mangsa pertama serangan Pearl Harbor sebenarnya berlaku apabila USS Ward menyerang dan menenggelamkan kapal selam Mini Jepun. Terdapat lima kapal selam Mini kelas Ko-hyoteki yang merancang untuk mentorpedo kapal Amerika Syarikat apabila pengeboman bermula. Tidak satupun kapal selam tersebut berjaya kembali, dan hanya empat daripada lima yang dijumpai semenjak itu. Daripada sepuluh kelasi kapal selam tersebut, sembilan mati dan hanya seorang selamat , Kazuo Sakamaki, yang ditangkap; dia merupakan tahanan perang pertama ditangkap oleh pihak Amerika dalam Perang Dunia II.

Analisa gambar terkini oleh Institute Laut Amerika Syarikat - United States Naval Institute menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan besar salah sebuah kapal selam Mini telah berjaya memasuki pelabuhan, dan berjaya menembak torpedo kepada USS West Virginia. Kedudukan terakhir kapal selam ini tidak diketahui. Kapal induk Jepun yang terbabit dalam serangan tersebut adalah: Akagi, Hiryu, Kaga, Shokaku, Soryu, Zuikaku. Kesemua mereka memiliki sejumlah 441 kapal terbang, termasuk pejuang, pengebom-torpedo, pengebom junam dan pengebom-pejuang (fighter-bombers).

Dari jumlah tersebut, 29 musnah dalam pertempuran. Kapal terbang menyerang dalam dua gelombang, dan Nagumo memutuskan untuk membatalkan serangan ketiga untuk berundur. Serangan pertama terhadap Pearl Harbor adalah pada 07:53 7 Disember, Masa Hawai ataupun 03:23 8 Disember Masa Piawaian Jepun (lihat Nota Pasukan Penyerang Pearl Harbor Strike). Tentera Jepun mula memasuki sempadan Jajahan Baru Hong Kong pada subuh 8 Disember 8 1941. Hong Kong Time adalah satu jam belakang Masa Piawaian Jepun, dengan itu serangan pada Pearl Harbor merupakan sebahagian perperangan pentas luas "theater warfare-wide" serangan hampir serentak dan bukannya permulaan —24 jam sebelum serangan di Asia— gambaran yang mungkin kelihatan jika sekilas pandang tarikh.