Friday, March 20, 2009

KeHiLaNGaN YaNG AbAdI

Minggu ini merupakan minggu yang agak muram sbb aku menerima dua berita sedih, pertama kawan aku ammar baru sahaja kehilangan ayahandanya yang tersayang pada malam 18 Mac yang lalu. Ammar merupakan mantan ydp kelab xtreme-c dan merupakan manusia yang berjaya memujuk aku untuk terus kekal dalam xtreme-c. Berita ini tentunya amat mengejutkan beliau dan mengejutkan kami juga kawan2 beliau, semoga roh arwah ayahmu dicucuri rahmat daripada Allah amin, takziah dariku untuk ammar sekeluarga.

Satu lagi berita sedih ialah kawan baik suriya baru sahaja kehilangan ayahandanya pada malam 17 Mac yang lalu. Yang menambahkan lagi kesedihan tersebut ialah kawannya itu kini anak yatim piatu setelah kehilangan ibunya beberapa tahun yang lalu. Semua budak permaj yang ada masa itu dapat lihat betapa sedihnya suriya mengenangkan nasib kawannya itu, terlintas di fikiran aku adakah aku mampu mengharungi saat itu jika ia terjadi padaku? suatu persoalan yang tak mampu aku jawab. Kehilangan orang yang tersayang amat perit untuk kita tanggung tapi itulah takdir yang perlu kita terima.

Aku juga pernah mengharungi saat itu iaitu kehilangan nenek yang sangat aku sayang, yang menjaga aku sejak aku melihat dunia ini, yang membelai aku ketika ibu dan ayah aku keluar mencari rezeki, dia yang menghantar aku ke sekolah dulu, yang melihat cucunya ini membesar dan mengecapi kejayaan di sekolah, yang back up aku jika aku ditimpa masalah, yang tak pernah marah aku walaupun aku salah, yang sentiasa ada jika aku perlukan seseorang. Masa dia pergi dulu memang aku sangat sedih, sebab lepas ini dia tak de lagi kat sisi aku untuk lihat aku berjaya. Aku pernah berazam bila aku dah ada karier aku nak jaga die & mak ayah aku. Tapi nampaknya aku takkan dapat laksanakannya. aku tak dapat nak tunaikan impian aku yang satu ini, aku tak dapat nak buat dia bangga kat aku. Memang satu yang sangat mengejutkan masa nenek aku pergi dulu, mak aku, abah aku, adik aku, semua family aku menangis terkenangkan saat itu. kini dah 10 tahun nenek aku pergi namun memori dan saat indah dengan dia masih segar dalam ingatan. mustahil untuk aku lupakan, life must go on, aku akan teruskan hidup aku seperti biasa dan kejar impian aku seperti yang aku buat semasa nenek aku masih ada lagi. semoga rohnya dicucuri rahmat oleh yang maha esa, Al-Fatihah...


Tuesday, March 10, 2009

KaRNiVaL SuKaN XtReMe-C

NeW GeNeRaTioN

Picture di atas merupakan 34 orang exco penerus legasi kegemilangan PERMAJ, yang akan berusaha memastikan PERMAJ sentiasa gah dan hebat , yang akan berusaha menghasilkan program2 yang memberi pelbagai input kepada semua insan khususnya masyarakat, yang akan berusaha bersungguh-sungguh menjadi manusia yang terbaik yang insyallah dipenuhi dengan keimanan dan ketakwaan, dan juga melahirkan insan yang berkaliber dan dinamik. Yang akan menyahut segala cabaran yang hadir dan mengatasi apa jua rintangan yang datang demi menjadikan PERMAJ sebuah persatuan yang disegani.. PeAcE, LoVe & ResPeCT!!!