Saturday, January 10, 2009

PRK '09 UKM

Satu lagi peristiwa yang semakin hangat diperkatakan di dalam kampus UKM Bangi ialah pilihan raya kampus bagi memilih calon yang layak memegang tampuk pemerintahan PMUKM, telah menjadi tradisi pilihan raya kampus (PRK) akan menemukan calon2 dari aspirasi & gabungan mahasiswa. Pada tahun ini dilihat persaingan antara kedua2 belah pihak nampak sangat terbuka & mana2 calon mempunyai peluang yang sama rata untuk menang. Ditambah lagi dengan keadaan pelajar tahun 1 yang ambil endah tak endah tentang PRK dan pelajar tahun 1 yang kononnya arif tentang PRK namun pada hakikatnya mereka hanya watak picisan yang perlu banyak belajar tentang situasi sebenar PRK. Keadaan ini akan bertambah hangat kerana undi pelajar tahun 1 biasanya menjadi penentu kemenangan calon2 mpp.

Yang menarik perhatian aku ialah boleh dikatakan ramai kawan2 aku yang bertanding dalam pilihan raya kali ini tidak kira dari aspirasi @ gmukm. antara mereka ialah syafiq, fikah, hakim, muzammil dan ramai lagi yang aku kenal. Mereka ini mempunyai kekuatan & kelemahan masing2 & aku berharap jika mereka terpilih menjadi mpp mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik serta tidak hangat2 tahi ayam.

Satu keadaan yang agak menyedihkan aku ialah sikap boikot sesetengah mahasiswa, kerana ideologi mereka sanggup memutuskan tali persahabatan dengan kawan sendiri & menegakkan benang yang basah. Bagi aku mereka sangat tidak profesional & tak berguna. Aku terdengar aduan dari seorang calon wanita ini, dia telah diboikot oleh kawan-kawan dia sendiri yang rata2 menyokong pro mahasiswa dan pelajar fpi & fpend. Kalau dikutkan latar belakang masalah boikot ini tidak patut wujud sebab agama islam sendiri melarang umatnya daripada memutuskan tali persaudaraan (persahabatan). So ape cerita ni? aku pun ada kawan yang berlainan ideologi malah dia calon tetapi persahabatan kami masih berterusan & bila sampai tentang tugas kami sangat profesional. kalau ye pun nak memuja sangat ideologi tu jangan la sampai kawan tu dipinggirkan hanya atas dasar dia bukan calon dari pihak anda, kan tidak bijak namanya tu.

Isu pelajar tahun 1 sesi kali ini amat berlainan dari sesi yang lalu. Ini kerana terdapat pelajar tahun 1 yang menjadi calon kerana mereka telah mengambil peperiksaan akhir semester.
Selain itu terdapat pelajar tahun 1 yang menjadi penghasut & pembuat kacau. Mereka seolah2 mengetahui segalanya tentang PRK & UKM. Hinggakan dengan beraninya menyatakan sokongan secara terbuka & menghasut pelajar tahun 1 untuk bersama-sama dengannya. 1 masalah yang dapat dikesan ialah pelajar sesi ini terlampau berpuak2 hingga mereka akan menurut apa sahaja kata ketua mereka tanpa memikirkan bahana yang akan mereka terima.
Bahaya sikap tu dik, silap langkah boleh makan diri. Jika itu terjadi sia-sia sahaja masuk ukm.

Lastly aku just berharap PRK kali ini akan menjadi lebih aman daripada sesi lalu & setiap pengundi mahasiswa dapat memilih dengan bijak. Peace, love & respect

2 comments:

Fireroll said...

aku perlukan bantuan ko dlm mengahrungi musim prk ini....
papehal aku akan contact ko..

AkMaL BeSt said...

insyaallah kalo de pape yg blh d'bntu ak cuba bantu..