Friday, January 2, 2009

ZiOniS MeLaMPaUi BaTaS KeManUsIaAN





Dunia dikejutkan dengan berita yang sudah tidak asing lagi dari pendengaran kita iaitu apabila Rejim Zionis melakukan serangan besar-besaran keatas Semenanjung Gaza. Serangan yang dilakukan melalui udara itu telah dimulakan pada hari sabtu yang lepas hingga kini masih belum dihentikan. Setakat ini serangan tersebut sudah mengorbankan lebih 440 orang pejuang hamas dan penduduk gaza serta lebih 1900 orang cedera. Serangan ini mendapat tentangan daripada pelusuk dunia dan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) telah mengarahkan rejim zionis untuk menghentikan serangan. Namun zionis dengan angkuhnya tidak mengendahkan kecaman dunia malah terus merancang untuk melakukan serangan udara dalam jangka masa terdekat ini.

Semua penduduk dunia di negara kuasa-kuasa besar dunia telah melakukan tunjuk perasaan untuk mengecam tindakan zalim dan tidak berperi kemanusiaan zionis ini seperti di London tunjuk perasaan dilakukan dihadapan kedutaan israel, penunjuk perasaan telah membakar bendera israel sebagai tanda protes. Zionis sebenarnya ingin menghapuskan pemimpin utama hamas buktinya mereka telah berjaya membunuh antara pemimpin utama hamas iaitu Nizar Rayan 52. Turut terkorban dalam serangan itu 4 isterinya dan 4 daripada 12 anaknya. Zionis juga telah menolak gencatan senjata dengan kata lain mereka tidak membenarkan bantuan kemanusiaan membantu rakyat palestin dengan menyifatkan idea peranchis sebagai tidak realistik.

Pada pendapat aku PBB telah gagal sebagai badan pertubuhan antarabangsa apabila gagal melaksanakan permintaan dunia arab yang telah menghantar resolusi agar serangan udara zionis dihentikan. Kadang - Kadang aku terfikir apalah gunanya ada undang-undang antarabangsa berkaitan dengan pengganas sedangkan zionis yang merupakan pengganas yang wajib dilenyapkan dari muka bumi ini masih bermaharajalela dengan membunuh manusia tidak berdosa. Dimanakah tanggungjawab pemimpin kuasa besar dunia untuk menghalang serangan tersebut @ mereka juga merupakan hamba abdi israel, Amerika secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada israel dengan mengatakan serangan tersebut untuk menghapuskan pengganas sedangkan merekalah pengganas yang harus dihapuskan.

Aku berdoa agar kekejaman ini dapat dihentikan dan PBB sebagai badan antarabangsa dapat mencari resolusi dalam kadar yang segera supaya lebih ramai rakyat palestin dapat diselamatkan daripada rejim zionis. peace, love & respect rakyat palestin.

No comments: