Saturday, January 3, 2009

JaLaN-JaLaN CaRi KaSuT

Diiringi oleh hujan yang sekejap ada sekejap takde (macam chipsmore la pulak) aku & mus a.k.a akak tiri yang baik telah bergerak ke pertama shopping complex (tempat ni cadangan zulhilmi a.k.a Apek). Aku seperti biasa ingin mencari kasut futsal yang telah lama aku idamkan setelah kasut lamaku dirompak manakala akak mus kita ni nak mencari beg deuter. Kami bergerak dari UKM pukul 10.00 pagi dan sampai di pertama dalam pukul 11.10. Seperti biasa setiap hujung minggu tren komuter pasti dipenuhi oleh umat manusia yang ingin mengisi masa hujung minggu mereka di shopping2 complex sekitar KL (dah takde aktiviti lain agaknye).

Tempat pertama kami tuju ialah kedai beg, penat jugak tunggu si mus ni pilih beg (perempuan kan cerewet sikit huhu). Setelah memilih2 beg akhirnya cik mus berjaya mendapatkan beg yang menepati spesifikasi yang dia nak & berjaya menjimatkan budget. selepas tu giliran aku pulak nak mencari kasut futsal tapi masalah timbul apabila kedai yang dicari gagal ditemui , penat tu berjalan dekat 30 minit (dalam hati cakap nanti balik nak sedut lemak si Apek ni huhu). akan tetapi sekumpulan manusia yang memakai pakaian sukan menarik perhatian aku (dak sukan msti lepak kedai sukan). Akhirnya kedai sukan yang dicari berjaya dijejak aku tanpa membuang masa terus memilih kasut yang dikehendaki, pening gak nak memilih banyak pilihan, dalam masa 15 minit finally aku berjaya memiliki kasut baru (aku nak pawang kasut ni biar power aku main & tak hilang lagi).

Kami pun terus bergerak ke Sogo & keadaan diluar masih hujan. Aku mencari gak mana tau ada baju superman ke batman ke tapi takde la pulak (Sogo sikit punya besar pun takde ke). Si mus pulak mentang2 cukup bajet telah membeli sehelai sweater (yelah sogo tengah sale). Jam menunjukkan pukul 1.15 perut aku dah berdangdut tandanya makan time hehe.. Kami pun apa lagi mencari McD lah (budak2 permaj memang hantu McD). Setelah selesai makan kami bergerak pulang ke UKM, masa dalam komuter aku perasan satu situasi dimana seorang perempuan muda memberi orang tua tempat duduknya (hati terdetik ada lagi rupanya orang muda yang berperi kemanusiaan & ada nilai simpati pada orang lain).

Kami tiba di UKM jam 3.00 petang & hujan masih belum berhenti (hujan itu rahmat). Sampai saje bilik aku terus solat zohor & lepas tu tertidur la pulak disebelah kasut baru huhu. Sekian post kali ni peace, love & respect harta benda anda & jangan sampai hilang.

1 comment:

AkMaL BeSt said...

aku dh pawang kasut aku, wait n c huhu...