Pada malam sabtu yang lepas aku telah berkesempatan menonton slot cerekarama di tv3, aku bukannya peminat setia drama melayu tapi drama yang dipaparkan banyak memberi pengajaran dan mampu membuat seorang manusia itu muhasabah balik diri dia. Tajuknya simple sahaja tak serupa tapi sama. Drama ini memaparkan kisah 2 keluarga yang sangat berlainan latar belakang dan identiti tetapi berkongsi sikap yang negatif. Nusri lakonan Fizz Fairuz berasal daripada keluarga yang sangat mentaati perintah agama kira keluarga yang sangat alim. Tetapi yang mendukacitakan keluarga mereka tidak mempunyai sikap moral yang baik iaitu meludah sesuka hati, tidak menepati janji, sambil lewa terhadap tugas dan ayah Nusri, Nurjani berlaku kejam terhadap ibu Nusri. Manakala Belinda lakonan Fasha Sandha berasal dari keluarga yang penuh dengan kasih sayang, keluarga mereka sering melakukan kerja-kerja amal dan menolong warga miskin, boleh dikatakan sempurna moral mereka tetapi sedihnya mereka tidak melaksanakan perintah Allah, tidak sembahyang, minum arak, kaki kelab, berdua-duaan dan sebagainya. Konflik bermula apabila Nusri ditugaskan ke KL terpaksa tinggal bersama keluarga Belinda dimana ayah Bel dan emak Nusri merupakan adik beradik angkat. Nusri sangat tidak senang melihat kemungkaran yang dilakukan oleh keluarga Belinda tetapi dia hanya mampu berdiam dan tidak mahu bersuara serta tidak menghormati mereka yang lebih tua. Belinda pula tidak suka melihat sikap nusri yang negatif dan sering menunjukkan reaksi yang menyebalkan. Nak dijadikan cerita Belinda terpaksa melakukan tugasan luar yang memerlukan dia tinggal dirumah keluarga nusri, disinilah bermula perubahan drastik dalam hidup kedua-dua keluarga. Adik nusri yang tidak menyukai belinda kerana belinda mempunyai tatoo dikakinya telah merancang untuk merogol beliau tetapi dengan kuasa Allah doa belinda termakbul, belinda terselamat dari kejadian tersebut manakala adik nusri yang sebenarnya seorang penagih dadah mati dipanah petir, selepas kejadian itu keluarga nusri sudah mula berubah dan mula mengamalkan sikap2 positif dan keluarga belinda pula mula mematuhi perintah agama. apabila melihat perubahan belinda yang ketara. Akhirnya kedua-dua keluarga hidup aman bahagia dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Kesimpulannya tiada manusia yang sempurna dan setiap manusia masih memerlukan tunjuk ajar dan bimbangan. peace, love & respect.
No comments:
Post a Comment