Sunday, January 11, 2009

KeMPeN BeRmULA

Kesemua calon telah memulakan kempen mereka bagi meraih undi menjelang hari pengundian yang jatuh pada hari khamis 15 Januari 2009, Pelbagai poster, flyers & manifesto yang mendapat kebenaran telah diedarkan kepada seluruh mahasiswa kampus ukm. Pelbagai taktik & strategi telah digunakan oleh calon untuk meraih undi daripada mahasiswa ukm

Gabungan Mahasiswa telah memulakan kempen mereka selepas tamat penamaan calon, sasaran mereka ialah kuliah2 di setiap fakulti & pusanika yang menjadi tumpuan mahasiswa untuk melakukan pelbagai urusan. Mereka juga telah memulakan kempen di kolej2 kediaman setelah mendapat persetujuan daripada pengetua kolej, Pengetua kolej merupakan orang yang paling berkuasa dikolej sepanjang PRK'09, segala keputusan yang berkaitan dengan kolej ditentukan oleh pengetua, jika pengetua cakap tidak maka semua orang perlu menghormati keputusan beliau dan menerima secara profesional.

Setakat maklumat yang diterima mereka telah berkempen di kolej Ibu Zain, Aminuddin Baki, Ibrahim Yaakob, Tun Syed Nasir & Tun dr ismail. Masa yang biasa mereka pilih ialah antara 5 hingga 7 kerana masa itulah mahasiswa biasanya akan berada di kafeteria kolej masing2. Tadi ketika berada di bilik permaj sempat jugak aku terdengar mereka berlatih untuk rapat umum pada hari isnin ini, pada pendengaran aku ada yang memukau pendengaran & tak kurang juga yang masih perlu bekerja keras memperbaiki komunikasi mereka. Perlu diingat seorang mpp perlu berani berkomunikasi & perlu ada skill yang tinggi dalam komunikasi.

Aspirasi juga telah merangkas kempen promosi mereka. mereka telah mensasarkan mahasiswa di setiap fakulti dan tak kurang juga yang menggunakan pusanika untuk berkempen. Tadi pagi mereka telah mengadakan kempen secara agresif di Tun Syed Nasir & Tun Dr. Ismail. Mereka juga akan meneruskan kempen mereka sehingga hari terakhir berkempen berdasarkan jadual yang telah mereka rangka.

Aku pernah jumpa hampir dengan semua calon sebab kebanyakkannya aku kenal, boleh dikatakan kedua2 belah pihak mempunyai calon2 yang mempunyai kredebiliti yang tinggi.
Semoga calon2 mpp kali berjaya mendapatkan apa yang dihajati & jika dipilih dapat menjalankan tugas dengan efisien. peace, love & respect PRK'09 UKM.

1 comment:

Fireroll said...

bagus, maklumat yg lengkap.