Saturday, February 21, 2009

CoUnTDoWn iS NeaR

Seminggu yang sangat memenatkan, sampai nak update blog pun tak sempat hehe~ Dengan PERMAJ, KVC hingga la ke XTreme-C setiap organisasi tersebut ada tugas yang perlu diselesaikan. Kan best kalau tak terikat dengan mana2 & tak involve dalam organisasi tak perlu nak fikir pasal meeting, pasal program & apa2 je la, tapi kalau tak join organisasi mesti bosan duduk dalam UKM ni, Kalau tak join xdapat kutip pengalaman, tak dapat rasa berprogram, tak dapat rasa nak pergi jalan2 & tak dapat kenal dengan ramai kawan sampai dah anggap macam family cewahhh!! Untuk entri kali ini aku akan ceritakan sikit la pasal apa yang berlaku minggu ini huhu~

PERMAJ baru sahaja melantik & membentuk organisasi baru untuk sesi 2008/2009, tahniah buat zharif sebab dah sah sebagai presiden baru PERMAJ, hope kau dapat keluarkan PERMAJ dari segala belenggu masalah & meneruskan kegemilangan PERMAJ (don't worry, aku backup kau punye hoho~). Tahniah jugak buat mus a.k.a orix, lina a.k.a p.p, suriya a.k.a (tengah cari ilham hoho~), zana a.k.a bank negara, suraya a.k.a kena cakap 5 kali & farha a.k.a suksis sebab sudi stay untuk meneruskan legasi PERMAJ yang telah ditinggalkan epong & the geng. banyak benda nak kena buat ni untuk buktikan kemampuan kita kepada semua orang, untuk aku pulak aku kena buktikan yang aku bukan decision maker @ penentu dalam PERMAJ (berani dia cakap macam tu nak kena ni hoho~). Untuk semua exco baru welcome to the family hehe~ kalau tak faham apa2 boleh bertanya kepada kami @ senior yang masih bertapak dalam UKM ni ( don't wory gak, korang pun aku backup hehe~).

KVC pulak masih belum nampak kerjanya lagi, biasa teknikal ni busy time program, so kena la bersabar sekarang. tapi kerja tempahan barang dah nak bermula, so kepada semua pengarah KVC sila2 lah bagi senarai barangan yang anda inginkan, saya akan cuba mendapatkannya untuk anda semua hoho~

XTreme-C lak, kali ni aku jadi pemantau je tapi still kena tolong gak, Karnival Sukan Xtreme-C yang akan mempertandingkan acara futsal, badminton & pes challenge. aku memang nak handle karnival ni tapi sebab dah join KVC & tarikh pun sama maka kena serahkan kepada hadi zabidi, tapi ok la die & the geng memang minat sukan so takde benda yang perlu dirisaukan, sekarang aku tengah menikmati hari2 terakhir sebelum meletakkan jawatan dalam AGM, bilik xtreme pun tadi dah kemas, so aku dah menepati janji, siapa jadi exco teknikal pasni die akan dapat bilik dalam keadaan bersih, hope pasni siapa yang pegang kelab, jaga la kelab dengan baik, buat la program betul2 & jadi pemimpin yang versatil. Lagi 1 xtreme selalu laungkan kalimah "aku sayang kelab" bila join program konfem sayang kelab, bagi aku tak betul statement tu, tak semestinya tak beri full komitmen tak sayang kelab, tak semestinya jarang tak join program tak sayang kelab, sayang kelab datang dari hati hanya kita yang tahu kita sayang kelab ke tak, orang lain tak boleh nilai benda tu, mereka tak boleh tengok isi hati kita, tak boleh jangka dari cara & perbuatan kita, hanya diri sendiri yang tahu kita sayang kelab ke tak, "aku sayang kelab" satu laungan keramat XTreme-C

3 comments:

la~nina said...

akmal a.k.a gg maner?????

Nizam Zahri said...

apakah gg lina?
haha.. aku teka jap?.....
gem...... pak?
x mungkin.. hahah.

verification today: suaggers

Nizam Zahri said...

Lukman Hakim pernah berjalan2 membawa unta bersama anaknya di satu kota.. unta itu kecil dan hanya boleh dinaiki sorang saja pd satu masa.

satu ketika, lukman menaiki unta tetapi anaknya berjalan kaki.. dia terdengar org bercakap, apa punya bapa, sepatutnya anak yang patut menaiki unta sebab masih kecil..

terdengar begitu, lukman pulak berjalan kaki manakala anaknya pula yg menaiki unta, terdengar lagi orang berkata, kenapa anak yang menaiki unta, tidak hormatkah anak, itu kepada bapanya..

selepas itu, lukman dan anaknya berjalan kaki tanpa sesiapa pon menaiki unta. terdengar lagi omongan. Kenapa tidak menaiki unta, apakah rugi dan buang masa saja membawa unta tp tidak menaikinya..

Lukman berkata pd anaknya: lihatlah manusia. tidak pernah berpuas hati dengan setiap perbuatan kita sama ada apa yg kita buat itu salah atau tak..

sekadar nasihat: x semua yg kita buat memuaskan hati org tapi cuba yg terbaik untuk membuatkan org berpuas hati pada kita..

Jika ingin diri kita dihormati, hormat org lain..

sampaikan pesanan ni pd semua..

verification today: tuircu