Saturday, February 14, 2009

BuKaN MuDaH

Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang
Bukan mudah untuk menjaga perasaan semua orang
Bukan mudah untuk melihat orang bersedih
Bukan mudah untuk mengembirakan hati yang bersih

Bukan mudah untuk membuat keputusan
Bukan mudah untuk menerima hakikat kenyataan
Bukan mudah untuk menolak kehadiran seorang insan
Bukan mudah untuk menerima kehadiran seseorang kawan

Bukan mudah untuk berkasih dan menyayangi
Bukan mudah untuk meninggalkan kekasih sehidup semati
Bukan mudah untuk memberi kepercayaan
Bukan mudah untuk mengkhianati persahabatan

Bukan mudah apabila kecewa merana
Bukan mudah apabila suka gembira
Bukan mudah bila menjadi sempurna
Bukan mudah bila ada cacat dan cela

Bukan mudah bila mendapat perhatian
Bukan mudah bila dipinggirkan
Bukan mudah bila berkorban
Bukan mudah bila menjadi korban

Bukan mudah bila tidak dihargai
Bukan mudah bila diri terlalu dihargai

Fikir2lah entri diatas ni, hidup tak selalu indah, kadang2 nak kena rasa sedih & hiba baru boleh belajar erti kehidupan sebenar, tak semua yang kita inginkan & hajati akan menjadi milik kita, bak kata orang biar apa yang kita impikan itu bebas pergi, jika ia kembali pada kita maka ia akan menjadi milik kita selamanya. peace, love & respect yourself..

3 comments:

mie said...

bukan mudah ...

musz said...

erm...mdalam maksudnyer...
sjk biler pandai berpuitis plak ni..

AkMaL BeSt said...

mmg bkn mudah
ye ke m'dlm hoho~
haha~ blh r sket2 tulis puisi