Setelah 12 bulan mengharungi segala cabaran, mengutip segala pengalaman berharga, berpenat lelah, bergembira, bersedih, bersemangat membuat program & mencipta kenangan terindah akhirnya kesemua 37 orang barisan exco permaj meletakkan jawatan petang tadi dengan penuh rasa terhormat. Kegembiraan sebagai sebuah family dapat dilihat dalam wajah setiap exco yang hadir, gelak tawa, gurauan manja menghiasi saat2 terakhir sebelum kami meletak jawatan sebagai exco permaj sesi 2007/2008. Kesedihan pula dapat dilihat dalam wajah exco yang akan menamatkan pengajian pada hujung semester ini, segala kenangan bersama permaj bermain di minda mereka, segala kenangan manis terbit semula di sanubari mereka, itu menjadi tanda betapa mereka sangat menyayangi permaj.
Pelbagai pengalaman, suka duka, kegembiraan, keterujaan telah aku rasa sepanjang sesi ini, dari induksi exco, ukhwah kasih, lasbela, prospek, sish, mbp, prokaj, opkim, hingga ke gunung datok setiap program ada keistimewaan sendiri, setiap program ada cerita di sebaliknya, setiap program ada pengalaman berharga. banyak benda telah aku belajar dari sekecil kuman hingga sebesar planet, tapi itu belum cukup banyak benda yang perlu aku belajar, banyak program yang perlu dilaksanakan, aku & kawan2 dah bersedia untuk menyahut cabaran mendatang.
Tahniah diucapkan kepada nizam a.k.a mr presiden kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali, walaupun ada silap dan salah serta masalah yang ditimbulkan oleh beliau namun kami sebagai exco tetap menhormati beliau sebagai presiden & pemimpin kami. epong you have done a good job. Untuk K.jenap tahniah gak kerana telah menjadi kakak kepada kami (walaupun kadang2 rasa macam akak tiri lak huhu~) kalau kak jenap tak ada maybe kami tak kan dapat mengharungi season yang penuh dengan kejadian tragik hoho~ jasamu dikenang selamanya.
Untuk apek & pejal pulak kerana mulut dieorang yang laser ni lah yang membuat kami exco2 baru belajar sesuatu yang berharga, belajar cara nak buat program, belajar nak buat marketing dan macam2 lagi, walaupun kadang2 rasa geram & marah tapi bila fikir2 balik ada gak kebaikan ada orang macam mereka dalam organisasi, sentiasa membantu & menegur jika ada sebarang kesalahan. thank you guys. Untuk fahemi a.k.a boss a.k.a bb thanx gak kerana telah memberi tunjuk ajar sepanjang mengendalikan sekretariat sukan & rekreasi, diharap pelapis selepas ini dapat meneruskan legasi sekretariat sukan & rekreasi dalam melahirkan exco yang berkemampuan dan berkaliber seperti fahemi.
Now untuk 10 orang yang dipertanggungjawabkan bagi membentuk barisan kepimpinan baru, banyak kerja yang perlu kita lakukan, banyak benda yang perlu kita tumpukan, banyak perkara yang perlu dikorbankan so untuk aku sendiri, mus, zarip, zana, lina, suriya, suraya, fahmi, hakim & zarina marilah sama2 kita menyahut cabaran untuk memastikan permaj terus gah dimata dunia & tidak membenarkan permaj mati di zaman kita. peace, love & respect.
1 comment:
bagus akmal....
semangat begini yg permaj mahu....
supaya permaj tidak akan mati untuk beberapa tahun selepas itu, jika ko dpt bagi komitmen dan sumbangan yang baik kepada permaj dan mengajar exco junior dalam berorganisasi cara permaj yang best.
biar timbul rasa cinta dan sayang pada permaj sampai bila2, walaupun dah berkeluarga kelak.
good luck untuk sesi kepimpinan yang baru, bentuklah organisaso yg mantop supaya dapat laksanakan prgrm yang berkualiti walaupun kecik.
Post a Comment