Sunday, January 4, 2009

OrAnG MeLaYu oh ORanG MeLAyU

Tiba-tiba terasa nak menulis tentang orang melayu pulak selepas terbaca 1 laman blog ni. Yelah aku pun orang melayu gak walaupun telah diselitkan dengan sedikit darah arab, bugis & minangkabau. Orang melayu sangat terkenal dengan sikap budi bahasanya, sopan santun, hormat-menghormati & sebagainya. Mana taknya berjalan depan orang tua kena tunduk, masuk rumah orang kena beri salam, bila ada majlis rewang 1 kampung turun untuk memastikan majlis berjalan lancar bak kata pepatah berat sama "dipikul ringan sama dijinjing", "bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat". Dahulu bila ada saja remaja yang masuk u majlis kenduri kesyukurannya mesti grand macam majlis kahwin.

Persoalannya adakah amalan orang melayu zaman dahulu masih dipraktikkan pada zaman kini? Pada pendapat aku memang masih ada yang mengamalkannya tapi tak banyak, biasanya golongan yang hidup dikampung & dalam family yang alim, tapi yang tidak mengamalnya pun banyak, nak2 golongan muda yang masih bersekolah, bila masuk rumah reti pulak nak beri salam, dah la tak beri salam jalan pun menongkat dagu depan ibu-bapa, tak ke biadap namanya. Biasanya situasi ini berlaku dalam keluarga golongan berada, ibu bapa manjakan anak mereka dengan duit & mengabaikan aspek agama & kasih sayang. Remaja tersebut mungkin merasakan ibu bapa tak menyayangi mereka maka mereka beranggapan "buat apa nak hormat orang yang tak sayang kita". Kalau zaman dahulu anak2 cukup takut dan sangat menghormati ibu bapa mereka, begitu juga dengan guru2 bila nampak cikgu terus lari tetapi kini cikgu tu siap boleh diugut & disepak terajang. Mana nilai moral yang diajar sejak dari kecil lagi.

Dari aspek perniagaan pulak orang melayu zaman dulu sentiasa membantu antara sama lain supaya perniagaan mereka sama2 maju & berjaya (sebab dulu pengaruh perniagaan antarabangsa tak banyak membantu) tapi kini orang melayu cukup pantang kalau saingannya yang juga melayu lebih maju daripada dia, dia akan buat apa sahaja agar perniagaan saingannya jatuh muflis, itulah kelemahan orang melayu dalam perniagaan sering nak tikam kawan dari belakang. Ada juga orang kita yang mengamalkan rasuah semata-mata nak rebut tender projek berjuta-juta ringgit siap ada yang disogokkan dengan perempuan lagi. Senario diatas berlaku kini dalam segelintir masyarakat melayu di Malaysia tapi kalau dibiarkan akan menjadi barah. Post ni bukan nak menghentam orang melayu @ bersifat perkauman tetapi hanya nak mengingatkan diri ni dan semua orang melayu yang bersatu roboh bercerai roboh.

Namun tanpa disedari masih ada orang melayu yang mengamalkan adab sopan & ada rasa peri kemanusiaan. Contohnya macam semalam ada orang melayu muda yang sanggup bangun didalam kesesakan tren komuter lalu memberi seorang wanita tua cina duduk, ni lah yang dikatakan hidup berbilang bangsa & sanggup bantu membantu. Selain itu daripada aspek perniagaan masih ada usahawan melayu yang sanggup membantu anak2 muda masa kini dengan memberi peluang perniagaan kepada mereka & melahirkan ramai usahawan baru, Contohnya JCorp, Sime Darby & beberapa badan2 korporat lain. Dari aspek kekeluargaan pula masih ada remaja yang jalan tunduk, hormat orang tua dan menyayangi orang tua mereka seadanya. Ini membuktikan adab orang melayu masih ada & belum pupus lagi. Diharap lebih banyak kempen2 budi bahasa ni dijalankan oleh kerajaan agar semua bangsa & rakyat malaysia tidak kira jenis warna kulit, agama @ bangsa dapat mengamalkan semua aspek budi bahasa.

2 comments:

Nizam Zahri said...

akmal.. try buat post dlm bentuk perenggan.. maybe lebih senang dan menarik untuk baca..

AkMaL BeSt said...

ok en.nizam akn d'prbaiki, thanx utk comment nya huhu..