Sunday, June 21, 2009

WeeK oF ReViEW

Salam, minggu lepas merupakan minggu yang agak busy, sampai nak layan internet pun macam tak sempat huhu~ dengan assigment yang perlu diselesaikan, dengan program PERMAJ yang banyak menanti sem depan semuanya perlu dimulakan dari sekarang untuk mengelakkan pelbagai masalah dikemudian hari.

Semalam telah berakhirnya program lawatan dari SMK Taman Daya Ke UKM (Sekolah aku dulu daa~) Lawatannya sekejapnya dari pukul 10.30 pagi sampai 3 petang. Dieorang just datang untuk melawat UKM dan Cikgu2 nak tunjuk dekat budak2 upper 6 ni betapa bestnya masuk universiti ni. Memang best kalau masuk tapi kalau tak tahu bawa diri hanyut jugak, culture shock orang cakap. Dapat jugak jumpa budak2 batch aku masa form 6 macam usher, ila, wanie & nadh. Dieorang datang sebagai fasi untuk budak2 upper 6 ni, program motivasi kat genting tu hehe~ Apa2 pun semuanya berjalan lancar, hopely cikgu2 n student2 tu puas hati la dengan apa yang kami mampu berikan sepanjang sesi lawatan singkat mereka di UKM.

Dekat pusanika ada Seminar UPSR yang dianjurkan oleh salah satu bank terkemuka di Malaysia (Lupa la nama bank tu hehe~) dapat tengok la gelagat cilik budak2 yang berumur 12 tahun ni (hahaha aku dah 22 tahun rupenya ingat baru 17 tahun). Nampak gak la perbezaan 12 tahun masa zaman aku & 12 tahun masa zaman dieorang. dulu zaman aku nak tengok budak pakai henset pun payah, kalau ada pun mesti orang cakap anak orang kaya berlagak huhu~ Sekarang boleh dikatakan setiap budak ada henset siap ada yang mengalahkan henset budak UKM hehe~
itulah teknologi mengubah kehidupan manusia. Cuma satu je yang masih tak berubah ialah kenakalan budak2 ni. Still sama macam zaman aku dulu hehe~ Apa2 pun hope budak2 ni bila besar menjadi tonggak harapan ibu ayah, agama, bangsa & negara. Peace, LOve & Respect.

3 comments:

shueqi_Sue said...

yes org pertama komen..ermmm..mmg ler beza ko ngn budak2 kecik tue..ahhahaha..seronok gak r handle sekolah ko..

AkMaL BeSt said...

hahaha besa skola spe kn..
amacam cun x dak2 skola ak
zarip siap t'pegun lg huhu

shueqi_Sue said...

elehhh..bese2 je..haahahhah..tau le sekolah lame ko..uhhuuu