Tuesday, June 23, 2009

PuTaR BeLiT

Salam semua huhu~ Teringin pula nak buat entri selepas membaca satu berita hari ini. Tajuknya ialah "PR menolak Kerajaan Perpaduan". Berita ini mengisahkan Pakatan Rakyat yang semalam mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh PAS sebelum ini. Dalam mesyuarat itu semua pemimpin tertinggi PR hadir bagi membincangkan isu itu kesimpulannya PR menolak cadangan kerajaan perpaduan yang digembar-gemburkan oleh PAS.

Biasanya selepas mesyuarat mesti ada press conference (PC) kan. Masa PC ini lah ada statement yang sangat kelakar. Abdul Hadi Awang mengatakan UMNO cuba memecah belahkan PR dengan idea Kerajaan Perpaduan yang UMNO cadangkan, What???? bukan PAS ke yang sibuk sangat nak buat kerajaan Perpaduan sampai buat Muzakarah PAS UMNO bagai. Kenapa bila idea itu ditolak oleh PR terus PAS salahkan UMNO, pemimpin banyak alasan bukan pemimpin yang baik. Pemimpin Islam sepatutnya kuat. berani dan berkarisma, tapi pimpinan PAS seperti menjadi pak turut kepada DAP dan KEADILAN, cakap nak perjuangkan ISLAM tapi tindakan mereka tidak seperti yang diharapkan. Hmm apabila pemimpin disogokkan dengan kuasa begitulah jadinya.

Manusia bukan semua perfect bukan semua suci, masing2 ada kesilapan & kekhilafan dalam diri masing2, tolonglah jangan cakap orang lain tak betul, orang lain salah, orang lain munafik sedangkan diri anda buat benda yang sama malah lagi teruk hingga sanggup menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat yang bukan boleh menjamin syurga. Renung2 kan lah untuk kebaikan kita semua. Peace, Love & Respect.

No comments: