Pada Isnin malam 8 Jun 2009 satu peristiwa menyayat hati telah berlaku dimana telah terjadi satu serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan di Narathiwat, selatan Thailand yang mengorbankan 11 orang termasuk imam serta mencederakan 19 orang lagi yang sedang bersolat Isyak. Ketika kejadian imam sedang membaca Al-Fatihah dalam rakaat kedua. Peritiwa ini didakwa dilakukan oleh penyokong kuat Thaksin yang kini sedang dihapuskan pergerakkanya oleh pihak Kerajaan Thailand dibawah pimpinan Abhisit Vejjajiva. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan serangan ini dilakukan oleh puak pemisah, mafia2 dikawasan sekitar.
Peristiwa ini dikutuk sehebat-hebatnya oleh warga antarabangsa. OIC mengutuk sekeras-kerasnya peristiwa ini dan menyatakan ini merupakan serangan paling dasyhat ke atas masjid di Thailand, Mereka juga mengatakan bahawa ini merupakan satu usaha oleh puak pemisah untuk menakutkan orang Islam daripada menuntut hak mereka. Apa kejadahnya nak takutkan umat Islam ada ke orang yang dibunuh itu menyusahkan anda dan perlu ke membunuh untuk mencapai matlamat.
Aku secara peribadi amat marah & geram dengan serangan yang berlaku. Di mana akal waras manusia, bodoh sangat ke nak menyerang time orang tengah beribadat kepada tuhan, cuba kalau orang lain menyerang kau masa tengah beribadat tak kira agama apa pun kau mesti rasa marah kan kerana serangan seperti ini boleh dikira menghina agama Islam. Aku berharap pihak berkuasa Thailand dapat menyiasat hal ini dan menjatuhkan hukuman yang sekerasnya-kerasnya (zalim pun takpe) kepada mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini. Moga masih ada keamanan di bumi Allah ini. Peace, Love & Respect

No comments:
Post a Comment