Tuesday, June 23, 2009

KeJaDiAN MeNYaYaT HaTi Di UKM

Pada pagi yang hening 23 Jun 2009, sekujur tubuh yang sudah tidak lagi bernyawa ditemui di kawasan Parking Kolej Zaaba. Allahyarhamah yang dipercayai jatuh dari beranda tingkat biliknya ditemui oleh oleh seorang pembersih bangunan pada jam 7 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.... Al Fatihah

Berikut berita oleh Bernama:

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

"Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.

"Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.

Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat Sarjana jurusan Sains Kimia.

"Kita telah soal-siasat rakan sebilik mangsa, bagaimanapun rakan sebiliknya tidak mengetahui kejadian itu kerana waktu itu rakannya sedang tidur dan polis tidak menolak kemungkinan ia berlaku seawal pukul 3 pagi," katanya.

Shakarudin berkata kejadian itu telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan punca sebenar kejadian masih disiasat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk dibedah siasat, katanya.

Sumber oleh Bernama

3 comments:

ejan said...

takziah.. huhuhu

AkMaL BeSt said...

semoga polis dapat merungkai misteri kes ni

shahrin yusof said...

Takziah....