Tuesday, June 2, 2009

MeNanG Ke???

Salam hari ini aku nak cerita pasal politik sikit (lama tak bercerita tentang politik~). Aku nak sentuh tentang keadaan semasa pilihan raya DUN Penanti dan view aku tentang keadaan politik Malaysia. Berikut merupakan keputusan pilihan raya tersebut

N12: PENANTI : 15,384
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi
Jumlah pengundi 7,100
Peratus 46.15 peratus
Undi rosak 106 undi
Majoriti 5,558 undi.

Wah!!! PKR menang besar dengan majoriti 5558 undi gerek seh, tetapi persoalannya adakah mereka menang dengan peratus yang keluar mengundi hanya 46.15%? Hmm.. bagi aku mereka menang & kalah. Mereka menang sebab dapat DUN Penanti tu la, menang pun sebab lawannya calon Bebas yang tidak mempunyai penyokong yang ramai. Tapi mereka kalah dari segi psikologi, mereka gagal menarik perhatian penduduk Penanti untuk keluar mengundi, yang keluar mengundi pun mungkin penyokong2 tegar PKR @ orang yang memang menggunakan haknya untuk bersuara melalui peti undi.

Yang menarik walaupun Barisan Nasional (BN) tidak bertanding namun BN tetap menjadi sasaran, sampai ada yang berkata kalau BN bertanding BN gila kuasa amal politik wang, tapi bila BN tak bertanding BN takut pengecut dayus, apa cerita macam tu bertanding salah, tak bertanding pun salah, yang lebih menarik dulu akan halang dan tahan bas dari masuk kawasan pengundian kononnya bawa pengundi hantu (Ingat Malaysia Israel ke nak tahan2 tanpa kuasa), kini mereka tahan bas keluar dari Penanti kononya BN membawa pengundi yang sah berdaftar keluar dari kawasan pengundian, apa cerita saudara hidup penuh je dengan alasan, buat ini salah buat tu salah, abis apa yang betul? sokong amerika betul ke macam tu?

Hmm.. Kadang2 aku tertarik dengan politik negara barat kerana bila berkempen mereka akan menonjolkan kredebiliti calon, kebolehan dan kemampuan calon, mereka takkan menyerang peribadi calon lawan (biasa media barat yang suka cari kesalahan orang) Tapi di Malaysia keburukan calon dan parti yang dinaunginya menjadi bahan atau intipati kempen, mentaliti rakyat Malaysia mudah mempercayai sesuatu cerita tanpa mendengar dari pihak yang satu lagi. Ada yang sanggup mengandaikan bangsa & agama sendiri demi kepentingan politik masing2, macam mana bangsa kita nak maju. Kerana kepentingan politik Sultan pun nak derhaka pelik dengan manusia zaman sekarang, kononnya Sultan yang adil kita sanjung, Sultan yang Zalim kita sanggah (Ingat cerita zaman Hang Tuah ke macam tu). Kalau Sultan yang merupakan simbol kedaulatan Malaysia itu disanggah, baik orang yang derhaka tu di buang negara atau di humban dalam penjara.

Teringin nak tengok politik Malaysia kembali seperti dulu dimana pembangunan negara, ekonomi, pembangunan insaniah dan kendiri, pendidikan dan pembangunan sosial serta agama menjadi teras kemajuan negara. Malaysia di pandang tinggi negara lain kerana kemajmukan kaum dan kestabilan politik menjadi tunjang keharmonian negara, Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, Jangan menang sorak tapi kampung tergadai, jangan terlalu fanatik dengan ideologi politik sampai menghalalkan cara sebab bukan itu kita bawa bila mati hanya amal soleh jadi peneman, peace, love & respect.

2 comments:

walker said...

nnti abg akmal join la politik malaysia..

hoho..

saya sokong dato' akmal.

=)

AkMaL BeSt said...

hahaha abg join politik
abis la malaysia huhu~
Dato' Akmal ekh aminnn lalala~