Tuesday, June 23, 2009

KeJaDiAN MeNYaYaT HaTi Di UKM

Pada pagi yang hening 23 Jun 2009, sekujur tubuh yang sudah tidak lagi bernyawa ditemui di kawasan Parking Kolej Zaaba. Allahyarhamah yang dipercayai jatuh dari beranda tingkat biliknya ditemui oleh oleh seorang pembersih bangunan pada jam 7 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.... Al Fatihah

Berikut berita oleh Bernama:

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

"Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.

"Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.

Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat Sarjana jurusan Sains Kimia.

"Kita telah soal-siasat rakan sebilik mangsa, bagaimanapun rakan sebiliknya tidak mengetahui kejadian itu kerana waktu itu rakannya sedang tidur dan polis tidak menolak kemungkinan ia berlaku seawal pukul 3 pagi," katanya.

Shakarudin berkata kejadian itu telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan punca sebenar kejadian masih disiasat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk dibedah siasat, katanya.

Sumber oleh Bernama

TaG OLeH MeeN EnSeM

Wah!! betul pembayaran hutang tag ni hehe~ kali ini aku ditag oleh meen ensem tapi sekarang dah jadi meen chantek hehe~

4 name that ur frens col u
-Akmal
-Akim
-Kemal
-Along
-A'mal Best

4 things you've done in last 30 minutes
-tengok movie citer face off
-tgk facebook
-baca blog orang
-makan lunch hehe~

4 gifts u wud like 2 receive
-Toyota Harrier
-Jersey Man Utd yang baru (kalau lawa la hehe)
-Yamaha LC 135 cc
-Jacket baru hehe~

4 of ur fav hobbies
-Futsal
-Tenis
-Kacau orang
-dating hehe~

4 places u want 2 go 4 vacation
-Paris
-Alaska
-Miami
-Mekah

4 things alwiz found in ur bag
-henset
-duit
-ic
-kad bank huhu~

top 4 u luv so much
-islam
-famili
-cik nina
-kawan seluruh dunia hehe~

top 4things spesel 4 u
-toshiba satellite
-Jay Bee
-UKM
-Linguistik

top 4 who u wud like 2 answer dis survey
-Cik Lina
-Cik Suriya
-Cik Mus
-En. Mubin

KeNa TaG OleH AzIERa

Aku di tag oleh salah sorang kawan aku masa sekolah, Namenya cik aziera saliman. Yeeee, cik Aziera saya buat tagnye huhu:

1. Nama timangan anda?
- Akim (Family aku dari atuk sampai anak sedare panggil akim huhu)
- Akmal, Kemal, A'mal (Ni kawan2 aku yang panggil dari sekolah rendah sampai masuk U)
- Along ( Aku dapat nama ni dari brader2 yang aku selali join main bola)

2. Anda seorang yang...
- Cool, periang, suka kacau orang, suka marah (dulu la sekarang tak lagi), gila kuasa (orang cakap la tapi tak sebenarnya tak la weh hahaha~

3. Insan Teristimewa.. Describekan dia yang terlalu istimewa di mata anda..
- Alamak ni pun kena nak kena bagitau gak ke huhu~ Jawapannya adalah biarlah rahsia hahaha~

4. Lagu kesukaan anda...
- Zaman sekolah lagu rap
- Sekarang lagu rock huhu~


5. Makanan kesukaan anda.
-Konfem masakan mak aku haha~
-Makanan yang halal (tolak batu, kayu, besi je haha~)

6. Tiga benda mesti ada dalam beg
-Duit
-Henset
-IC (nanti orang ingat indon huhu)

7. Kali terakhir anda menangis dan kenapa?
hahahaha~ malas aku nak ingat takde maknenye pun huhu~

8. Tag 4 rakan anda
- Hmm~ sape yang telah membaca sila buat ye hehe~

PuTaR BeLiT

Salam semua huhu~ Teringin pula nak buat entri selepas membaca satu berita hari ini. Tajuknya ialah "PR menolak Kerajaan Perpaduan". Berita ini mengisahkan Pakatan Rakyat yang semalam mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh PAS sebelum ini. Dalam mesyuarat itu semua pemimpin tertinggi PR hadir bagi membincangkan isu itu kesimpulannya PR menolak cadangan kerajaan perpaduan yang digembar-gemburkan oleh PAS.

Biasanya selepas mesyuarat mesti ada press conference (PC) kan. Masa PC ini lah ada statement yang sangat kelakar. Abdul Hadi Awang mengatakan UMNO cuba memecah belahkan PR dengan idea Kerajaan Perpaduan yang UMNO cadangkan, What???? bukan PAS ke yang sibuk sangat nak buat kerajaan Perpaduan sampai buat Muzakarah PAS UMNO bagai. Kenapa bila idea itu ditolak oleh PR terus PAS salahkan UMNO, pemimpin banyak alasan bukan pemimpin yang baik. Pemimpin Islam sepatutnya kuat. berani dan berkarisma, tapi pimpinan PAS seperti menjadi pak turut kepada DAP dan KEADILAN, cakap nak perjuangkan ISLAM tapi tindakan mereka tidak seperti yang diharapkan. Hmm apabila pemimpin disogokkan dengan kuasa begitulah jadinya.

Manusia bukan semua perfect bukan semua suci, masing2 ada kesilapan & kekhilafan dalam diri masing2, tolonglah jangan cakap orang lain tak betul, orang lain salah, orang lain munafik sedangkan diri anda buat benda yang sama malah lagi teruk hingga sanggup menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat yang bukan boleh menjamin syurga. Renung2 kan lah untuk kebaikan kita semua. Peace, Love & Respect.

Sunday, June 21, 2009

WeeK oF ReViEW

Salam, minggu lepas merupakan minggu yang agak busy, sampai nak layan internet pun macam tak sempat huhu~ dengan assigment yang perlu diselesaikan, dengan program PERMAJ yang banyak menanti sem depan semuanya perlu dimulakan dari sekarang untuk mengelakkan pelbagai masalah dikemudian hari.

Semalam telah berakhirnya program lawatan dari SMK Taman Daya Ke UKM (Sekolah aku dulu daa~) Lawatannya sekejapnya dari pukul 10.30 pagi sampai 3 petang. Dieorang just datang untuk melawat UKM dan Cikgu2 nak tunjuk dekat budak2 upper 6 ni betapa bestnya masuk universiti ni. Memang best kalau masuk tapi kalau tak tahu bawa diri hanyut jugak, culture shock orang cakap. Dapat jugak jumpa budak2 batch aku masa form 6 macam usher, ila, wanie & nadh. Dieorang datang sebagai fasi untuk budak2 upper 6 ni, program motivasi kat genting tu hehe~ Apa2 pun semuanya berjalan lancar, hopely cikgu2 n student2 tu puas hati la dengan apa yang kami mampu berikan sepanjang sesi lawatan singkat mereka di UKM.

Dekat pusanika ada Seminar UPSR yang dianjurkan oleh salah satu bank terkemuka di Malaysia (Lupa la nama bank tu hehe~) dapat tengok la gelagat cilik budak2 yang berumur 12 tahun ni (hahaha aku dah 22 tahun rupenya ingat baru 17 tahun). Nampak gak la perbezaan 12 tahun masa zaman aku & 12 tahun masa zaman dieorang. dulu zaman aku nak tengok budak pakai henset pun payah, kalau ada pun mesti orang cakap anak orang kaya berlagak huhu~ Sekarang boleh dikatakan setiap budak ada henset siap ada yang mengalahkan henset budak UKM hehe~
itulah teknologi mengubah kehidupan manusia. Cuma satu je yang masih tak berubah ialah kenakalan budak2 ni. Still sama macam zaman aku dulu hehe~ Apa2 pun hope budak2 ni bila besar menjadi tonggak harapan ibu ayah, agama, bangsa & negara. Peace, LOve & Respect.

Wednesday, June 10, 2009

KeAmaNaN YanG DiRaGuT


Pada Isnin malam 8 Jun 2009 satu peristiwa menyayat hati telah berlaku dimana telah terjadi satu serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan di Narathiwat, selatan Thailand yang mengorbankan 11 orang termasuk imam serta mencederakan 19 orang lagi yang sedang bersolat Isyak. Ketika kejadian imam sedang membaca Al-Fatihah dalam rakaat kedua. Peritiwa ini didakwa dilakukan oleh penyokong kuat Thaksin yang kini sedang dihapuskan pergerakkanya oleh pihak Kerajaan Thailand dibawah pimpinan Abhisit Vejjajiva. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan serangan ini dilakukan oleh puak pemisah, mafia2 dikawasan sekitar.

Peristiwa ini dikutuk sehebat-hebatnya oleh warga antarabangsa. OIC mengutuk sekeras-kerasnya peristiwa ini dan menyatakan ini merupakan serangan paling dasyhat ke atas masjid di Thailand, Mereka juga mengatakan bahawa ini merupakan satu usaha oleh puak pemisah untuk menakutkan orang Islam daripada menuntut hak mereka. Apa kejadahnya nak takutkan umat Islam ada ke orang yang dibunuh itu menyusahkan anda dan perlu ke membunuh untuk mencapai matlamat.

Aku secara peribadi amat marah & geram dengan serangan yang berlaku. Di mana akal waras manusia, bodoh sangat ke nak menyerang time orang tengah beribadat kepada tuhan, cuba kalau orang lain menyerang kau masa tengah beribadat tak kira agama apa pun kau mesti rasa marah kan kerana serangan seperti ini boleh dikira menghina agama Islam. Aku berharap pihak berkuasa Thailand dapat menyiasat hal ini dan menjatuhkan hukuman yang sekerasnya-kerasnya (zalim pun takpe) kepada mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini. Moga masih ada keamanan di bumi Allah ini. Peace, Love & Respect

Saturday, June 6, 2009

KeNaPa AdA MaSaLaH???

Salam, tajuk pada entri kali berbentuk pertanyaan hehe~ satu kejadian di dalam lif telah menimbulkan aku idea untuk menulis entri ini. Ceritanya aku, zharif, zana, akim dan hafiz telah berpeluang untuk berjumpa dengan Ustaz Syahrin yang merupakan Setiausaha Politik kepada TPM. Kami pergi pun lepas di ajak oleh Abang Rahmat. Ketika kejadian Zharif, Abg Rahmat, Fire telah berada di pejabat Ustaz Syahrin, hafiz n akim masih mencari tempat parking (jauh korang parking penat nak jalan huhu~)

Ketika aku & zana dalam lif kami bersama dengan 2 orang manusia ni lah seorang merupakan ahli keluarga kepada sebuah badan NGO yang terkenal di Malaysia ( tengok muka semua sama je hehe~) seorang lagi P.A dia kot, berikut merupakan perbualan dieorang:

Boss : Betul ke maklumat yang kita dapat ni?
P.A : Betul la takkan dieorang nak tipu pulak kan.
Boss : Ni semua orang JOHOR punya kerja la
............... (apa dia membebel pun aku tak faham)
macam beruk buat kerja.

Wahh!!! kasar bahasa panggil orang JOHOR beruk, kau buta ke dalam lif tu ada 2 anak jati JOHOR, betul tak ada manners punya orang, kalau yee pun ada masalah dengan someone jangan la general sangat sampai nak kutuk JOHOR, awak tu orang yang dikenali dari badan NGO yang terkenal jaga la tatasusila tu sikit, bahasa tu guna yang baik2, kalo orang JOHOR beruk kau pun beruk sekali sebab orang JOHOR manusia kau pun manusia so sama2 beruk la nak macam tu? betul punya kasar bahasa dia.

Bukan nak bersikap assabiyah yeee tapi pada hakikatnya orang JOHOR memang hebat, kenape kau ada masalah ke orang JOHOR hebat? (nak cakap je dengan orang tu tapi dia jalan keluar lif laju la pulak haha~). Semua negeri hebat dan ada keunikan masing2, negeri Kedah umpamanya melahirkan ramai ulama2 terkenal di Malaysia, so perlu ke kutuk negeri orang lain? tak perlu kan "tepuk dada tanya hati" lalala~

Sempat jumpa Abg Rizal kat pejabat Ustaz Syahrin, perjumpaan kami berjalan dengan lancarnya dan kami sangat beruntung sebab dapat berjumpa dengan kak Liza yang pernah berkhidmat dengan 3 orang Perdana Menteri. Wah masih bersemangat dalam melaksanakan social work walaupun usianya telah lanjut chayok2x hehe.. tu je untuk kali ni peace, love & respect


Tuesday, June 2, 2009

MeNanG Ke???

Salam hari ini aku nak cerita pasal politik sikit (lama tak bercerita tentang politik~). Aku nak sentuh tentang keadaan semasa pilihan raya DUN Penanti dan view aku tentang keadaan politik Malaysia. Berikut merupakan keputusan pilihan raya tersebut

N12: PENANTI : 15,384
1. Mansor Othman (PKR) 6,052 undi
2. Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi
Jumlah pengundi 7,100
Peratus 46.15 peratus
Undi rosak 106 undi
Majoriti 5,558 undi.

Wah!!! PKR menang besar dengan majoriti 5558 undi gerek seh, tetapi persoalannya adakah mereka menang dengan peratus yang keluar mengundi hanya 46.15%? Hmm.. bagi aku mereka menang & kalah. Mereka menang sebab dapat DUN Penanti tu la, menang pun sebab lawannya calon Bebas yang tidak mempunyai penyokong yang ramai. Tapi mereka kalah dari segi psikologi, mereka gagal menarik perhatian penduduk Penanti untuk keluar mengundi, yang keluar mengundi pun mungkin penyokong2 tegar PKR @ orang yang memang menggunakan haknya untuk bersuara melalui peti undi.

Yang menarik walaupun Barisan Nasional (BN) tidak bertanding namun BN tetap menjadi sasaran, sampai ada yang berkata kalau BN bertanding BN gila kuasa amal politik wang, tapi bila BN tak bertanding BN takut pengecut dayus, apa cerita macam tu bertanding salah, tak bertanding pun salah, yang lebih menarik dulu akan halang dan tahan bas dari masuk kawasan pengundian kononnya bawa pengundi hantu (Ingat Malaysia Israel ke nak tahan2 tanpa kuasa), kini mereka tahan bas keluar dari Penanti kononya BN membawa pengundi yang sah berdaftar keluar dari kawasan pengundian, apa cerita saudara hidup penuh je dengan alasan, buat ini salah buat tu salah, abis apa yang betul? sokong amerika betul ke macam tu?

Hmm.. Kadang2 aku tertarik dengan politik negara barat kerana bila berkempen mereka akan menonjolkan kredebiliti calon, kebolehan dan kemampuan calon, mereka takkan menyerang peribadi calon lawan (biasa media barat yang suka cari kesalahan orang) Tapi di Malaysia keburukan calon dan parti yang dinaunginya menjadi bahan atau intipati kempen, mentaliti rakyat Malaysia mudah mempercayai sesuatu cerita tanpa mendengar dari pihak yang satu lagi. Ada yang sanggup mengandaikan bangsa & agama sendiri demi kepentingan politik masing2, macam mana bangsa kita nak maju. Kerana kepentingan politik Sultan pun nak derhaka pelik dengan manusia zaman sekarang, kononnya Sultan yang adil kita sanjung, Sultan yang Zalim kita sanggah (Ingat cerita zaman Hang Tuah ke macam tu). Kalau Sultan yang merupakan simbol kedaulatan Malaysia itu disanggah, baik orang yang derhaka tu di buang negara atau di humban dalam penjara.

Teringin nak tengok politik Malaysia kembali seperti dulu dimana pembangunan negara, ekonomi, pembangunan insaniah dan kendiri, pendidikan dan pembangunan sosial serta agama menjadi teras kemajuan negara. Malaysia di pandang tinggi negara lain kerana kemajmukan kaum dan kestabilan politik menjadi tunjang keharmonian negara, Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, Jangan menang sorak tapi kampung tergadai, jangan terlalu fanatik dengan ideologi politik sampai menghalalkan cara sebab bukan itu kita bawa bila mati hanya amal soleh jadi peneman, peace, love & respect.