Salam geng, lamanya tak update blog, kalau mengikut kiraan ilmu hisap a.k.a matematik dah hampir 4 bulan aku tak update blog ini. Kesibukan dan tiada mood untuk b'blogging m'buatkan blog ini terabai tanpa sebarang post baru, nampaknya aku kena cari semangat balik ni untuk kembali b'blogging, bukan mudah untuk mengekalkan momentum dalam b'blogging ni perlukan k'yakinan diri tahap dewa, idea yang melimpah ruah dan semangat di tahap maksima hehe...
Well sekarang ini hampir masuk waktu exam di UKM dan aku bakal menempuh exam yang terakhir sebagai pelajar degree UKM. Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah 3 tahun aku berada di varsiti tercinta ini. Banyak pengalaman dah aku raih dari kolej ke xtreme-c ke PERMAJ dan ke linguistik. Semuanya membawa sejuta kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Orang kata di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Pengalaman yang diraih ini akan aku cuba gunakan sebaik mungkin apabila aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.
Seperti mana aku bermula 2 bulan selepas masuk UKM begitu juga aku mengakhirinya 2 bulan sebelum keluar UKM iaitu tanpa sebarang jawatan, tanggungjawab dan komitmen hanya yang tinggal study & tesis. Tanggungjawab dan amanah di PERMAJ telah aku dan rakan-rakan laksanakan sebaik mungkin, dengan tenaga manusia yang hanya tinggal 8 orang pada permulaanya, kami cuba sedaya upaya untuk mendidik 26 ahli keluarga baru PERMAJ yang menyertai kami, mereka ibarat kain putih dalam PERMAJ dan kamilah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka dengan bantuan alumni & senior yang banyak membantu macam abg rahmat, abg robin, abg ajis, k.fiza & tak lupa jugak pada epong, apek, faizal, fahemi, nadia, yasmin & lain2. Jika mereka gagal meneruskan legasi maka kami telah gagal mendidik mereka. Mungkin agak melampau kenyataan aku ini, tapi merekalah batch terbaik yang pernah kami kenal rapat dalam PERMAJ, aku dan rakan-rakan tidak pernah menyesal memilih mereka kerana kami tahu mereka akan melakukan yang terbaik walaupun selepas kami meninggalkan mereka. Jika bukan kerana masalah teknikal yang berlaku mungkin semuanya akan berakhir dengan sangat sempurna. Tapi itu semua lumrah & kenyataan kehidupan yang perlu dilalui. Masa tak boleh diputar semula. "That is the facts of life".
Now, tesis perlu disiapkan dan exam perlu dilalui, aku telah mengambil risiko yang amat tinggi dengan memilih tajuk yang belum ada pelajar pernah menghasilkannya dan bidang yang masih baru di Malaysia. Bermula dengan agak perlahan & runsing namun kini sedang memecut laju untuk menyiapkannya. Terima kasih aku ucapkan kepada 2 orang pensyarah yang banyak membantu aku dalam menyiapkan tesis ini, jika pelajar lain ada 1 penyelia, aku pula ada 2 penyelia namun kedua-duanya m'punyai style & ragam tersendiri dan itu cabaran yang perlu aku sahut. 16 April last day aku exam yang last day untuk aku menyiapkan draf penuh tesis aku. "Masa tak menunggu kita, kita yang perlu mengejar masa" ~peace, love & respect~
2 comments:
aku doakan ko berjaya : )
huhu tq2x, semoga ko pun turut b'jaya
Post a Comment