Wednesday, April 14, 2010

HuLu SeLaNGoR OH HuLu SeLaNGoR

Kawasan Hulu Selangor menjadi hangat sejak 2 3 menjak ni, Semuanya bertitik tolak daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor yang akan dijalankan pada 25 Mac ini berikutan kematian penyandangnya sebelum ini iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad yang mengalami barah otak. Yang kurang enaknya, arwah masih belum dikebumikan lagi tapi PKR & BN dah sibuk2 cerita pasal PRK, Kok ye pun teruja bawa2 bersama. Mengapa PRK ini penting dan menjadi perhatian ??? Adakah sebab dalam negeri pembangkang ??? atau BN begitu teruja ingin menakluk kembali Parlimen Hulu Selangor ???

Uniknya belum penamaan calon lagi sudah timbul pelbagai cerita yang kontroversi dan menarik. Yang paling mencuit perhatian aku ialah pemilihan calon. PKR sudah menamakan calonnya iaitu Datuk Zaid Ibrahim bagi meneruskan tampuk pemerintahan PKR di Hulu Selangor (Kalau menang la). Yang menjadi persoalan mengapa PKR tak pilih calon dari orang tempatan tetapi memilih calon orang luar yang pernah lompat parti. Sebaiknya pilihlah calon yang berasal dari kawasan berkenaan barulah rakyat boleh membuat pilihan yang bijak dari kalangan yang mereka kenal rapat.

BN pula masih belum menamakan calon mereka tetapi mereka hanya menyatakan calon mereka dari MIC. Dua nama yang sedang hangat diperdebatkan untuk menjadi calon ialah G. Palanivel iaitu Timb. Presiden MIC dan V. Mugilan Timbalan Ketua Pemuda MIC. Palanivel mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi MIC manakala Mugilan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi UMNO dan MCA. Terdapat cerita yang mengatakan UMNO Hulu Selangor mahukan Mugilan sebagai calon dengan alasan beliau orang tempatan, peramah, ahli perniagaan dan orang muda. Mereka tidak mahu Palanivel kerana rekod Palanivel dikatakan kurang bagus selama 4 penggal memegang Hulu Selangor.

Pada pendapat aku penentuan calon yang tepat oleh BN akan menentukan kejayaan mereka di Hulu Selangor. PKR hantar Datuk Zaid kalau nak fair & square BN kena hantar Datuk Palanivel baru adil. Tetapi kalau BN memilih Mugilan maka suatu advantage untuk BN kerana Mugilan orang tempatan dan baik dengan orang Melayu yang merupakan pengundi teramai dalam Parlimen Hulu Selangor serta masih muda & memahami golongan2 muda di kawasan berkenaan. So kita tunggulah siapa yang akan dihantar oleh BN untuk menentang Datuk Zaid a.k.a Si Pelompat Parti ~ peace, love & respect ~

No comments: