Wednesday, April 7, 2010

EGo : SeMua OraNG AdA EGo TeRSeNDiRi


Ego merupakan perkataan yang biasa aku dengar sejak dari bangku sekolah lagi. Orang mengatakan kebiasaanya ego ini lebih ketara pada lelaki berbanding perempuan. Ada orang kata ego ini mampu membawa kejayaan kepada seseorang begitu juga sebaliknya kadang kala ego ini mampu menghancurkan seseorang. Namun tiada siapa yang boleh menolak hakikat bahawa semua orang ada egonya yang tersendiri, cuma yang membezakan adalah bagaimana mereka mengadaptasi ego mereka dengan keadaan sekeliling.

Ramai yang menganggap ego ini negatif, namun jika betul caranya ia sangat positif. Contohnya dalam situasi apabila kita menghulurkan bantuan kepada seseorang namun bantuan tersebut ditolak dengan alasan dia mahu cuba dahulu berusaha sendiri. Bila berlaku keadaan sebegini sesetengah orang akan melabel orang yang menolak bantuan itu sebagai bodoh sombong atau bajet bagus, namun pada pandangan aku orang itu mempunyai ego untuk membuktikan dia mampu membuat sesuatu perkara dengan jayanya. Dia yakin dia mampu melaksanakannya dan berani mengambil risiko atas tindakkannya. Jika mengalami kegagalan maka dia berani bertanggungjawab atas apa jua tindakannya. Dia menggunakan egonya untuk belajar memperbaiki diri dan mengenal potensi diri yang mampu dia lakukan.

Nasihat orang tua2 kegagalan akan mengajar manusia mengenal erti kehidupan sebenar, So apalah salahnya jika kita orang yang menghulurkan bantuan itu memberi peluang kepada dia untuk membuat kesilapan agar selepas ini dia tidak akan membuat kesilapan yang sama lagi. Jika dia berjaya melaksanakannya maka satu kredit untuk dia kerana berusaha dan membuktikan bahawa dia boleh melakukannya. Tapi bila dah berjaya kita masih kena menerima nasihat dan pandangan orang kerana kita belum bagus mana, orang kat luar tu ramai yang lagi bagus.

Ego yang negatif pula boleh dilihat apabila orang itu dah mula menempa kejayaan yang gemilang atau orang yang lebih matang & berusia. Bila seseorang itu dah berjaya, dia akan mempunyai egonya yang tersendiri seperti "aku memang hebat" hinggakan dia tak mahu mengaku kesalahannya sedangkan dia memang salah dan yang lebih teruk lagi dia tidak mahu menerima nasihat langsung itulah di mana ego telah memakan diri. Orang yang lebih matang @ berusia ini dia sering berkata "aku makan garam lebih dari kau so kau kena dengar cakap aku" pada pandangan aku betul la dia lagi tua so terima la nasihat dia, tapi bila dia cakap "aku lagi tua dari kau, buat apa aku nak dengar cakap kau, aku lagi betul" itulah yang kurang sedap didengar. Memanglah dia lagi tua tapi apakah dosanya mendengar pandangan orang kalau kau tak suka jangan ambil pot.

Sememangnya ego adalah benda yang subjektif, orang dulu-dulu pernah berkata orang lain boleh menilai diri kita, namun ego adalah benda yang sukar dinilai mana la kita tau ego dia berniat baik @ tak, yang tau hanya diri kita sendiri. Untuk renungan bersama, cuba jadikan ego anda sepositif yang boleh sebab semua orang ada ego, tak payah nak bedek cakap "aku mana ada ego", pemimpin negara pun ada ego tersendiri. sebab dia tahu dia bagus tapi dia tak pernah cakap "aku tak perlukan nasihat dari rakyat" sebab dia tahu tanpa rakyat yang mengundi dia tak kan berada diposisi tersebut. ~peace, love & respect~

p/s : idea timbul dari sebuah movie yang menyayat hati

No comments: