Thursday, October 14, 2010

6 Bulan Mencari Jalan Yang Lurus

Boleh buka lagi rupanya blog aku ni, ingat dah berkubur dek penangan facebook "muka buku" ni, Sejak facebook mula menguasai alam maya ni, laman2 seperti blogspot, wordpress, friendster, tagged sudah mula ketinggalan zaman dan dilupakan. Kira ni zaman gemilang facebook & twitter (Org Politik Suka Guna Twitter) maybe lepas ni kalo ada laman yang lebih hebat dari facebook, facebook juga akan dilupakan dan tenggalam dalam kemajuan arus perdana ~

Tajuk hiperbola betul "6 Bulan Mencari Jalan Yang Lurus" maybe sebab aku dah 6 bulan tak update blog kot hehe ~ atau 6 bulan merangka impian dan masa depan, well tak dapat dinafikan lepas graduasi ni bukan senang untuk mencari kerajaan, aku ni boleh kira sangat beruntung sudah mempunyai pekerjaan sedangkan rakan2 yang lain masih bertarung untuk mendapatkan pekerjaan, aku doakan semoga mereka mencapai apa saja impian yang mereka inginkan ~ Ramai yang mengatakan mahasiswa sekarang memilih pekerjaan tu kira jawapan klise masyarakat la namun faktanya sekarang memang susah nak dapatkan pekerjaan dalam swasta swasta & apa kan lagi kerajaan memang payah, So diharap pembentangan bajet esok akan ada khabar gembira untuk fresh graduate ni ~

Org cakap memang susah kalau kita nak keluar dari kebiasaan kita, ia perlukan semangat yang kuat untuk tinggalkan benda yang banyak bersama dengan kita selama ini. Maybe ini masa yang sangat tepat, it's time to move on ~ masa untuk meninggalkan junk food, makanan kolestrol, fast food, masa untuk mula exercise seperti dulu kala ~ I want my life back haha ~ Dulu lepas keluar dari UKM aku pernah berazam nak tinggalkan antara benda yang paling berharga dalam hidup ni namun sangat susah dan sangat payah, tapi inilah masanya untuk tinggalkan semua tu, start a new life & masa untuk memikirkan tentang diri sendiri ~

Wednesday, April 14, 2010

HuLu SeLaNGoR OH HuLu SeLaNGoR

Kawasan Hulu Selangor menjadi hangat sejak 2 3 menjak ni, Semuanya bertitik tolak daripada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor yang akan dijalankan pada 25 Mac ini berikutan kematian penyandangnya sebelum ini iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad yang mengalami barah otak. Yang kurang enaknya, arwah masih belum dikebumikan lagi tapi PKR & BN dah sibuk2 cerita pasal PRK, Kok ye pun teruja bawa2 bersama. Mengapa PRK ini penting dan menjadi perhatian ??? Adakah sebab dalam negeri pembangkang ??? atau BN begitu teruja ingin menakluk kembali Parlimen Hulu Selangor ???

Uniknya belum penamaan calon lagi sudah timbul pelbagai cerita yang kontroversi dan menarik. Yang paling mencuit perhatian aku ialah pemilihan calon. PKR sudah menamakan calonnya iaitu Datuk Zaid Ibrahim bagi meneruskan tampuk pemerintahan PKR di Hulu Selangor (Kalau menang la). Yang menjadi persoalan mengapa PKR tak pilih calon dari orang tempatan tetapi memilih calon orang luar yang pernah lompat parti. Sebaiknya pilihlah calon yang berasal dari kawasan berkenaan barulah rakyat boleh membuat pilihan yang bijak dari kalangan yang mereka kenal rapat.

BN pula masih belum menamakan calon mereka tetapi mereka hanya menyatakan calon mereka dari MIC. Dua nama yang sedang hangat diperdebatkan untuk menjadi calon ialah G. Palanivel iaitu Timb. Presiden MIC dan V. Mugilan Timbalan Ketua Pemuda MIC. Palanivel mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi MIC manakala Mugilan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi UMNO dan MCA. Terdapat cerita yang mengatakan UMNO Hulu Selangor mahukan Mugilan sebagai calon dengan alasan beliau orang tempatan, peramah, ahli perniagaan dan orang muda. Mereka tidak mahu Palanivel kerana rekod Palanivel dikatakan kurang bagus selama 4 penggal memegang Hulu Selangor.

Pada pendapat aku penentuan calon yang tepat oleh BN akan menentukan kejayaan mereka di Hulu Selangor. PKR hantar Datuk Zaid kalau nak fair & square BN kena hantar Datuk Palanivel baru adil. Tetapi kalau BN memilih Mugilan maka suatu advantage untuk BN kerana Mugilan orang tempatan dan baik dengan orang Melayu yang merupakan pengundi teramai dalam Parlimen Hulu Selangor serta masih muda & memahami golongan2 muda di kawasan berkenaan. So kita tunggulah siapa yang akan dihantar oleh BN untuk menentang Datuk Zaid a.k.a Si Pelompat Parti ~ peace, love & respect ~

Friday, April 9, 2010

DiSKRiMiNaSi KaNaK-KaNaK

Wow aku mengupdate blog lagi ??? Semangat update blog nampaknya sedang m'buak-buak seiring dengan semangat m'yiapkan final draf tesis hehe~ Maybe t'lalu penat m'gadap tesis hingga m'merlukan s'suatu untuk dilakukan & blogging m'jadi pilihan hati buat masa ini. Well isu yang ingin dibawakan kali ialah Penindasan Terhadap Kanak2. Penindasan ni banyak kategorinya tapi kali ini aku ingin khususkan pada peminta sedekah kanak2 yang semakin berleluasa di area Bangi & KL. Bukan cakap besar namun JB sangat kurang peminta sedekah kanak2 yang ramai adalah orang2 asing dan orang tua yang tidak dijaga.


Cuma di JB peminta sedekah kanak2 ini bukan dari golongan orang melayu tetapi kanak2 warga asing yang tak tau cakap Melayu tapi beragama Islam. Ada satu insiden masa tu aku tengah makan dekat Larkin JB adalah seorang kanak2 ini tiba datang ke table aku dan menghulurkan tangannya tanpa b'kata sepatah haram pun perkataan. Aku sedikit pelik kenapa budak ni tak bercakap macam "abang nak minta sedekah" @ yang sewaktu dengannya rupa-rupanya budak ni warga nepal yang dikerah oleh satu sindiket. Macam mana aku tahu ??? kebetulan masa tu polis & JKM tengah buat ambush untuk menahan budak2 yang meminta sedekah ni ramai jugak yang kena tahan dalam 10 orang. Polis tu cakap sindiket ini bawak budak2 dari nepal khusus untuk minta sedekah siap dia cakap lagi ini kira ok la ada tangan kaki, ada budak tu kaki ilang sebelah, jari ilang 5 sebab dipotong oleh sindiket ini untuk meraih simpati. Damn manusia macam tu pun ada ke??? itulah manusia yang berhati binatang yang perlu disumbatkan dalam kandang rimau untuk m'jadi santapan si raja belang huh....

Well back to Bangi, selama 3 tahun aku berada disini tahun ni la baru aku nampak sangat ramai peminta sedekah kanak2, dulu tak ramai sangat. Trendnya biasa mereka akan menanti di depan pintu bank, mapley2 area bangi, kfc, mcd, pizza hut & sebagainya yang ramai orang. Dengan membawa kalender, kismis @ pil untuk jadi pandai serta resit mereka akan jumpa setiap orang untuk minta sedekah, hati siapa tak luluh tengok budak2 comel ini dipergunakan oleh orang tak bertanggungjawab untuk minta sedekah. Dengan muka kesian, baju compang-camping, selipar sebelah lain kaler, meredah hujan panas, ribut petir s'mata-mata untuk mendapat duit. Budak2 ni patut pergi sekolah untuk menuntut ilmu tetapi digunakan sebagai alat untuk meraih simpati.

Aku tertanya-tanya siapakah yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini, untuk membela nasib budak2 ni, Macam mana masa depan negara kalau kanak2 ni awal2 lagi telah dirosakkan pemikirannya dengan perkara yang mengarut ni. Aku tertarik dengan satu NGO yang menyediakan makanan untuk peminta-peminta sedekah di area KL maybe pandangan aku mereka boleh menyediakan shelter untuk kanak2 ini berteduh, mendapat ilmu & makanan ??? Maybe JKM boleh memperbesarkan kemudahan mereka untuk menampung budak2 yang kurang b'nasib baik ni, Dana kerajaan kan banyak apa salahnya peruntukkan permata pintar disumbangkan sedikit untuk membantu budak2 ini dari terus dirundung malang. Mereka juga permata negara mereka juga aset negara yang perlu dididik ~ peace, love & respect ~

Wednesday, April 7, 2010

EGo : SeMua OraNG AdA EGo TeRSeNDiRi


Ego merupakan perkataan yang biasa aku dengar sejak dari bangku sekolah lagi. Orang mengatakan kebiasaanya ego ini lebih ketara pada lelaki berbanding perempuan. Ada orang kata ego ini mampu membawa kejayaan kepada seseorang begitu juga sebaliknya kadang kala ego ini mampu menghancurkan seseorang. Namun tiada siapa yang boleh menolak hakikat bahawa semua orang ada egonya yang tersendiri, cuma yang membezakan adalah bagaimana mereka mengadaptasi ego mereka dengan keadaan sekeliling.

Ramai yang menganggap ego ini negatif, namun jika betul caranya ia sangat positif. Contohnya dalam situasi apabila kita menghulurkan bantuan kepada seseorang namun bantuan tersebut ditolak dengan alasan dia mahu cuba dahulu berusaha sendiri. Bila berlaku keadaan sebegini sesetengah orang akan melabel orang yang menolak bantuan itu sebagai bodoh sombong atau bajet bagus, namun pada pandangan aku orang itu mempunyai ego untuk membuktikan dia mampu membuat sesuatu perkara dengan jayanya. Dia yakin dia mampu melaksanakannya dan berani mengambil risiko atas tindakkannya. Jika mengalami kegagalan maka dia berani bertanggungjawab atas apa jua tindakannya. Dia menggunakan egonya untuk belajar memperbaiki diri dan mengenal potensi diri yang mampu dia lakukan.

Nasihat orang tua2 kegagalan akan mengajar manusia mengenal erti kehidupan sebenar, So apalah salahnya jika kita orang yang menghulurkan bantuan itu memberi peluang kepada dia untuk membuat kesilapan agar selepas ini dia tidak akan membuat kesilapan yang sama lagi. Jika dia berjaya melaksanakannya maka satu kredit untuk dia kerana berusaha dan membuktikan bahawa dia boleh melakukannya. Tapi bila dah berjaya kita masih kena menerima nasihat dan pandangan orang kerana kita belum bagus mana, orang kat luar tu ramai yang lagi bagus.

Ego yang negatif pula boleh dilihat apabila orang itu dah mula menempa kejayaan yang gemilang atau orang yang lebih matang & berusia. Bila seseorang itu dah berjaya, dia akan mempunyai egonya yang tersendiri seperti "aku memang hebat" hinggakan dia tak mahu mengaku kesalahannya sedangkan dia memang salah dan yang lebih teruk lagi dia tidak mahu menerima nasihat langsung itulah di mana ego telah memakan diri. Orang yang lebih matang @ berusia ini dia sering berkata "aku makan garam lebih dari kau so kau kena dengar cakap aku" pada pandangan aku betul la dia lagi tua so terima la nasihat dia, tapi bila dia cakap "aku lagi tua dari kau, buat apa aku nak dengar cakap kau, aku lagi betul" itulah yang kurang sedap didengar. Memanglah dia lagi tua tapi apakah dosanya mendengar pandangan orang kalau kau tak suka jangan ambil pot.

Sememangnya ego adalah benda yang subjektif, orang dulu-dulu pernah berkata orang lain boleh menilai diri kita, namun ego adalah benda yang sukar dinilai mana la kita tau ego dia berniat baik @ tak, yang tau hanya diri kita sendiri. Untuk renungan bersama, cuba jadikan ego anda sepositif yang boleh sebab semua orang ada ego, tak payah nak bedek cakap "aku mana ada ego", pemimpin negara pun ada ego tersendiri. sebab dia tahu dia bagus tapi dia tak pernah cakap "aku tak perlukan nasihat dari rakyat" sebab dia tahu tanpa rakyat yang mengundi dia tak kan berada diposisi tersebut. ~peace, love & respect~

p/s : idea timbul dari sebuah movie yang menyayat hati

Sunday, April 4, 2010

A VeRy LoNG TiMe AGo

Salam geng, lamanya tak update blog, kalau mengikut kiraan ilmu hisap a.k.a matematik dah hampir 4 bulan aku tak update blog ini. Kesibukan dan tiada mood untuk b'blogging m'buatkan blog ini terabai tanpa sebarang post baru, nampaknya aku kena cari semangat balik ni untuk kembali b'blogging, bukan mudah untuk mengekalkan momentum dalam b'blogging ni perlukan k'yakinan diri tahap dewa, idea yang melimpah ruah dan semangat di tahap maksima hehe...

Well sekarang ini hampir masuk waktu exam di UKM dan aku bakal menempuh exam yang terakhir sebagai pelajar degree UKM. Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik dah 3 tahun aku berada di varsiti tercinta ini. Banyak pengalaman dah aku raih dari kolej ke xtreme-c ke PERMAJ dan ke linguistik. Semuanya membawa sejuta kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan. Orang kata di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Pengalaman yang diraih ini akan aku cuba gunakan sebaik mungkin apabila aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.


Seperti mana aku bermula 2 bulan selepas masuk UKM begitu juga aku mengakhirinya 2 bulan sebelum keluar UKM iaitu tanpa sebarang jawatan, tanggungjawab dan komitmen hanya yang tinggal study & tesis. Tanggungjawab dan amanah di PERMAJ telah aku dan rakan-rakan laksanakan sebaik mungkin, dengan tenaga manusia yang hanya tinggal 8 orang pada permulaanya, kami cuba sedaya upaya untuk mendidik 26 ahli keluarga baru PERMAJ yang menyertai kami, mereka ibarat kain putih dalam PERMAJ dan kamilah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka dengan bantuan alumni & senior yang banyak membantu macam abg rahmat, abg robin, abg ajis, k.fiza & tak lupa jugak pada epong, apek, faizal, fahemi, nadia, yasmin & lain2. Jika mereka gagal meneruskan legasi maka kami telah gagal mendidik mereka. Mungkin agak melampau kenyataan aku ini, tapi merekalah batch terbaik yang pernah kami kenal rapat dalam PERMAJ, aku dan rakan-rakan tidak pernah menyesal memilih mereka kerana kami tahu mereka akan melakukan yang terbaik walaupun selepas kami meninggalkan mereka. Jika bukan kerana masalah teknikal yang berlaku mungkin semuanya akan berakhir dengan sangat sempurna. Tapi itu semua lumrah & kenyataan kehidupan yang perlu dilalui. Masa tak boleh diputar semula. "That is the facts of life".


Now, tesis perlu disiapkan dan exam perlu dilalui, aku telah mengambil risiko yang amat tinggi dengan memilih tajuk yang belum ada pelajar pernah menghasilkannya dan bidang yang masih baru di Malaysia. Bermula dengan agak perlahan & runsing namun kini sedang memecut laju untuk menyiapkannya. Terima kasih aku ucapkan kepada 2 orang pensyarah yang banyak membantu aku dalam menyiapkan tesis ini, jika pelajar lain ada 1 penyelia, aku pula ada 2 penyelia namun kedua-duanya m'punyai style & ragam tersendiri dan itu cabaran yang perlu aku sahut. 16 April last day aku exam yang last day untuk aku menyiapkan draf penuh tesis aku. "Masa tak menunggu kita, kita yang perlu mengejar masa" ~peace, love & respect~