Sunday, February 8, 2009

ThE BeSt AmOnG ThE BeSt

Petang tadi sempena AGM permaj, beberapa exco permaj telah diberikan pengiktirafan diatas segala usaha, kerja keras, dedikasi serta komitmen mereka dalam memastikan program permaj serta nama permaj itu sendiri terus gah & gemilang serta tak mati ditelan dek zaman, berikut merupakan profil mereka dari kaca mata aku & tahniah kepada semua penerima hoho~

1) Nurul Zainap Ramli a.k.a Kak Jenap a.k.a KJ

Dah abis belajar & dah mula bekerja di KL, masa kat UKM merupakan pelajar FEP majoring marketing, bergiat aktif dalam permaj selama 3 tahun, jawatan tertinggi dalam permaj merupakan timbalan presiden 1, sangat berdedikasi & merupakan sumber rujukan utama bagi barisan exco permaj, aku merupakan insan yang paling banyak kena marah dengan K.jenap (kak jenap cakap marah tandanya sayang) tapi hasil dari kena marah tu aku jadi seorang yang tahu macam mana nak berorganisasi dengan baik, bagi kami barisan exco merasakan kak jenap hadir tepat pada masanya untuk membawa kami keluar dari kegelapan (epong jangan terasa aku tak cakap kau pun hehe~) Pengalaman yang ada pada beliau dicurahkan sepenuhnya kepada kami & input yang diberikan oleh beliau sangat mempengahruhi kami hingga mencengkam sanubari (peh ayat!!!). Beliau merupakan penerima anugerah khas permaj sesi 2007/2008. Jasamu dikenang selamanya.




2) Fahemi Arpah a.k.a boss a.k.a bb

Antara produk exco permaj yang berkaliber & berkebolehan yang pernah dilahirkan permaj, pelajar tahun 3 fssk jurusan pembangunan manusia beliau merupakan manusia yang tak reti nak marah & tak pernah merungut bila dapat sesuatu kerja. Jarang menolak jika ada orang yang inginkan bantuan dari beliau & hasil kerjanya tidak pernah mengecewakan. Antara exco sukan yang berjaya dalam permaj kerana tidak pernah putus idea untuk mengadakan aktiviti sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, bowling dan pes. Merupakan peminat setia kumpulan AxL & hobinya ialah tidur. Digelar bb oleh lina a.k.a kecik yang membawa maksud botak & buncit. Beliau merupakan exco siswa terbaik permaj sesi 2007/2008.

3) Nur Nadia a.k.a dak study

Seorang yang sangat rajin, pandai & tak pernah merungut, pelajar tahun 3 fst jurusan kimia, kenal dia masa kat opkim, aku panggil die akak masa tu sebab tak tau umur die berapa, tapi bila dah tau sebaya tak de maknenya nak panggil akak hehe~, kejayaan terbesar sesi ni berjaya mengumpulkan ramai ahli 1st year untuk menyertai kelab fasi. penuh bilik kuliah kat fssk, tu semua hasil usaha nadia yang tak kenal erti putus asa walaupun mengetuai sekretariat pembangunan sumber manusia seorang diri, sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan & boleh jadi bendahari yang baik hoho~, tengah ada gosip hangat dengan fahemi a.k.a bb, yang lain tentang nadia? pk la sendiri (nadia sendiri cakap). Beliau merupakan exco siswi terbaik permaj sesi 2007/2008


4) Muslimah Mispan a.k.a musi a.k.a orix

Seorang yang garang, tegas, berkomited. pasal komitmen tak payah cerita la, beliau sangat komited dengan tugas sebagai suk permaj, pelajar tahun 2 fpend jurusan tesl. sanggup melakukan apa sahaja demi permaj, dalam program jawatan paling banyak die pegang ialah s/u nama pun suk permaj huhu~, hobi suka menconteng bilik permaj, suka pukul orang (sakit tu kena pukul dengan die), ada skill komunikasi yang tinggi, bila bercakap biasa suara kasar giler, tapi bila berkomunikasi dengan menteri2 suara macam pijak semut pun tak mati lembut giler, dari segi pengalaman tak kurang hebatnya pernah join konvo & kapreza sebelum mengabdikan diri kepada permaj, beliau merupakan exco siswi harapan permaj sesi 2007/2008.

1 comment:

Fireroll said...

bagus kerana sesi kepimpinan yang baru lepaskan jawatan ni masih mengekalkan anugerah exco yang aku cipta dan mulakan dalam agm yang lepas (di mana aku yg lepaskan jawatan). ada beberapa hikmah bila kita hargai mereka semua, bukannya semua tidak baik dan bagus, semua bagus sebagai satu kumpulan, tapi cuba jadikan mereka yang menang anugerah ini sebagai pendorong dan role model untuk kita menjadi mcm mereka.

zaman skg dan zama dulu lain, anda boleh kata itu yg terbaik dan itu yang terbagus. menjadi seorang pemimpin bukannya senang, perlu banyak belajar dan sentiasa belajar. semua orang adalah produk terbaik yang pernah dilahirkan permaj, membezakannya apabila bagaimana mereka menggunakan gaya dan cara kepimpinannya selepas itu.

lagi satu, dalam banyak-banyak kemampuan dan skill yang kita ada adalah hasil tunjuk ajar dari senior2 dan alumni. sebenarnya mereka bukannya ajar mcm mana nak wat itu wat ini, tetapi lebih kepada pembentukan kepribadian ke arah melahirkan seorang pemimpin yg berkaliber.

hayatilah kata2ku ini. semoga berjaya.