Saturday, August 29, 2009

LeMBu DaPaT NaMa

Semalam lepas Solat Jumaat di Shah Alam telah berlaku satu perarakan ke Pejabat Pentadbiran Negeri Selangor bagi membantah pembinaan Kuil di kawasan Seksyen 22 Shah Alam. Bantahan dilakukan kerana kawasan tersebut 80% majoriti merupakan penghuni Islam dan penghuni yang beragama hindu hanya minoriti. Betul sepatutnya kuil tersebut tidak boleh dibina di kawasan berkenaan bagi menghormati sensitiviti dalam beragama. Cuma tindakan gila kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim yang membenarkan pembinaan kuil tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk di kawasan berkenaan.

Perarakan yang dipelopori oleh penduduk2 seksyen 23 serta beberapa badan NGO Melayu dimulakan dari Masjid negeri, destinasinya ialah Pejabat pentadbiran Negeri Selangor, Apabila sampai di pintu masuk pejabat, mereka telah meletakkan kepala lembu yang masih belum kering darahnya sebagai tanda protes dan sebagai tanda kedunguan, kebodohan dalam kerajaan Selangor yang tidak menghormati sensitiviti dalam beragama. Namun aku secara peribadi tidak bersetuju dengan perarakan tersebut kerana ia tidak menunjukkan semangat patriotik selain tidak profesional dalam menjalankan sesuatu.

Betul kerajaan Selangor seperti memperlekehkan agama kerana mengendahkan masyarakat setempat dengan membuat keputusan membuta tuli dalam pembinaan kuil berkenaan, serta perarakan itu berlaku kerana kerajaan Selangor tidak mengambil suara penduduk area berkenaan walaupun setelah diadukan hingga menimbulkan kemarahan membuak-buak penduduk seksyen 23. Tetapi masih ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah berkenaan melalui saluran yang betul, seperti menghantar petisyen, memorandum, campur tangan kerajaan Pusat dan beberapa jalan lain yang mengambarkan keprofesionalan masyarakat Malaysia. Maksudnya bila kita mengambil sesuatu tindakan kita perlu mengetahui baik buruk sesuatu tindakan dan kita perlu menjaga sensitiviti dan semangat kepatriotikan masyarakat Malaysia.

Oleh itu kerajaan Khalid Ibrahim perlu mengambil iktibar daripada demonstrasi ini dan tolanglah menjaga sensitiviti masyarakat Islam, ingat awak itu pun Islam juga, dulu Isu Pusat Khinzir Raksasa, selepas itu Isu Arak halal di Selangor, Sekarang isu Kuil pula, semua ini melibatkan sensitiviti dalam beragama tindakan anda seperti tidak menghormati agama sedangkan anda penganut agama itu. Satu lagi tolonglah berhenti menyalahkan orang lain seperti menyalahkan UMNO yang konon anda katakan menghasut penduduk untuk membuat demonstrasi, perbaiki diri anda yang banyak kesalahan sebelum menyalahkan orang lain. Peace,Love & Respect.

Wednesday, August 26, 2009

KeNaNGaN Oh KeNaNGaN

Salam geng, hari ini dah 5 hari kita umat Islam menjalankan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga segala ibadah kita di terima Allah dan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda Insyallah. Puasa pertama & kedua buka dengan family tercinta, puasa ketiga buka puasa bersama orang tersayang & family PERMAJ, puasa keempat buka puasa dengan roomateku, puasa kelima tak sure lagi huhu~. Banyak kenangan dalam bulan puasa dari zaman kanak2 hingga remaja hinggalah dah masuk UKM ni. Kenangan yang sukar dilupakan kot hehe~

Aku start belajar puasa dari umur 6 tahun lagi, tapi biasalah masa tu kanak2 lagi kan maka masuk jam 1 petang aku dah meneguk air sebab dah tak tahan sangat huhu. Nenek selalu cakap tak pe budak2 lagi tapi nanti dah besar jangan minum air tengahari lagi huhu~ Umumnya bulan puasa kanak2 akan penat tapi kenakalannya tak akan hilang begitu juga aku, maka aku akan bergerak ke sana ke sini, lompat sana lompat sini, main sana main sini, bila dah penat buka peti sejuk togak air sejuk huhu~ tu la zaman masa mula2 aku belajar puasa.

Masuk umur 8 tahun aku dah boleh puasa penuh tapi kadang2 kantoi gak huhu~ Balik sekolah penat2, puas main kejar2 kat sekolah tadi, balik buka peti sejuk minum air, lupa yang diri ni puasa, nenek pun sergah "akim puasa lah" aku pun jawab "alamak lupa la" huhu~ Kejadian ini berlaku hingga umur aku 11 tahun, budak2 lagi masa tu kan mana nak ingat kan, dalam kepala bila penat kena cari air, bila dah minum air baru ingat diri ni puasa. Nasib baik tak kantoi dengan mak aku kalau tak, tak merasa lah duit raya huhu~

Aku start puasa penuh masa umur 12 tahun, alhamdulillah setakat ini puasa aku semua penuh kecuali satu tragedi yang mencuit hati yang takkan aku lupa sampai bila2. Masa tu aku form 5 sekolah pagi. tak silap aku 16 Ramadhan, Bulan puasa balik awal 12.30 dah balik, sampai rumah aku terus tidur masa tu aku ingat lagi aku puasa, lepas tu aku bangun pukul 2 petang, dalam keadaan mamai terus pergi dapur buka peti sejuk dan nampak air oren yang sangat sedap, apa lagi terus minum la air tu best3x, pastu aku nampak pizza lak, perut aku dah berdangdut masa tu so pe lagi makan la pizza tu masa tu ada lagi 3 slice aku ratah kesemuanya sekali hahaha~ lepas makan pizza minum air sejuk lak haus gila masa tu hehe~, lepas tu aku pergi sinki nak basuh cawan then bile aku pandang balik tepi peti sejuk tu aku perasan satu kalender berbuka puasa, aku termenung sejenak, masa tu baru aku tahu aku tengah puasa daaaaaaa, aku ketawa sorang2 aku berfikir aku tak sengaja masa tu, so tak batal la kan puasa aku hehe~ tapi perut aku dah sangat kenyang masa tu tekak pun rasa basah je ada lagi perisa air oren hehe~ Sekolah agama dulu ustaz ajar tak sengaja tak batal, macam mana dengan situasi aku pada masa dah kenyang tahap gaban baru ingat tengah puasa hehe~ Peace, Love & Respect.

Friday, August 14, 2009

JLP 3502 DaLaM KeNaNGaN


Pada jam 6.45 petang 11 Ogos 2009 aku parking motor Lagenda ZR aku ditempat biasa, seperti biasa tutup tempat kunci & mangga tayar macam biasa. Bila dah pasti aku kunci motor aku pun naik ke bilik. Pada jam 7.45 petang hari yang sama sejam kemudian aku turun dari tangga dalam keadaan bingung, "mana motor aku?" yang ada disitu hanya epong. Epong yang melihat aku dalam kemamaian bertanya pada aku :

Epong : Kenapa muka kau macam tu, mamai ke?
Akmal : Mana motor aku?
Epong : Tanya aku lak mana aku tau kau yang parking kan.
Akmal : Sebab kau diri kat tempat aku parking motor.
Epong : Kau biar betul kau salah parking kot.

Masa tu baru aku sedar motor aku telah hilang dirembat pencuri. Wuahhhhhhh terkedu giler aku time tu sedih3x huhu~ Lepas tu terus pergi pondok guard kat pintu masuk untuk buat report tapi dia suruh aku wat report kat wisma aman, sampai wisma aman aku bertambah terkedu & celaru sebab guard tu buat macam relax je bila aku buat report, macam kes motor hilang ni perkara kecil, lepas tu terus pergi Balai Polis Bangi untuk buat report polis tetapi polis mengada2 nak geran & insurans lak, so terpaksa lah beritahu mak aku pasal kes ilang motor ni, kenalah bebel sekejap & esok paginya baru mak aku faks segala dokumen.

Lepas itu aku dengan mus sempat pusing sekitar bangi & kajang untuk cari motor aku tapi tetap tak jumpa. Sedih giler aku sebab motor tu baru berusia 3 bulan macam2 benda aku tak buat lagi dengan motor tu renovate pun belum tak sempat pasang alarm & suis lagi la tak sempat huhu~ Esoknya aku pergi buat report kat balai polis kajang, sarjan mejar tu terkejut bila aku cakap aku dah pergi balai polis BBB tapi orang tu cakap tak boleh buat report, aku tertanya2 sebentar, kalau motor hilang kat warta ke pkns ke pun kena bawa geran semua tu ke?

Aku rasa sekarang motor aku mesti dah barai dikerjakan dek pencuri tu, cctv yang ada kat uo ni pun tak leh pakai, ada ke orang wisma aman cakap cctv tu display je belum beroperasi lagi, panas je hati ni dengar, kalau boleh guna cctv tu biarlah motor aku dah barai tapi dapat pencuri tu aku barai kan dia pulak. Tapi tak pe takde rezeki agaknya tu, kenalah tunggu 4-6 bulan untuk dapat motor baru dengan no plat yang baru. Tapi tak sama dengan kenangan JLP 3502.

Monday, August 10, 2009

TeKNiKaL & SuKaN

Salam Geng, semalam baru sahaja tamatnya dua program, pertama Program Sehari Bersama PERMAJ yang diadakan seperti hari keluarga, agak santai dan selesa, walaupun diadakan sederhana tapi agak meriah dan sempoi, Majlis kami diserikan dengan kehadiran TNC HEPA yang merupakan penasihat kehormat PERMAJ, aku tabik spring kat TNC sebab beliau sangat sempoi & santai, memang mesra pelajar & sangat memahami konsep kami semalam, terima kasih banyak2 Dato' atas sokongan yang diberikan. Aku berpuas hati dengan exco-exco yang berkerja keras untuk program ini tanpa pantauan aku, mus & suriya, Sorry ye cik lina sebab kena ganti tenaga kami bertiga hehe~ Kemana hilangnya kami bertiga?

Kami telah join satu lagi program iaitu Selangkah Ke Menara Gading (SEMEGA) anjuran PMUKM sebagai urusetia, Su & Mus sebagai program manakala aku sebagai teknikal. Sepatutnya PERMAJ takde program masa itu tapi sebab kena ganti program yang ditangguhkan maka terjadilah PRIMAJ semalam. Kami dengan berat hati terpaksa menumpukan perhatian pada SEMEGA sebab tanggungjawab & amanah telah lama diberikan. SEMEGA satu program yang agak besar & berjaya mencapai matlamatnya semalam iaitu memberikan motivasi kepada pelajar2 ini. So aku agak happy join program ini sebab dapat menimba satu lagi pengalaman berharga dalam organisasi.

Berbalik pada tajuk Teknikal & Sukan, aku dalam sejarah berorganisasi di UKM kerja yang paling banyak aku dapat ialah dari sektor teknikal & sukan. Kadang2 berfikir sebentar muka aku ada macam orang teknikal ke yang buat wirering2 tu? huhu~ kalau sukan sememangnya menjadi bidang aku sejak sekolah lagi tapi teknikal sejak masuk UKM inilah baru aku terlibat secara aktif dalam teknikal. Sukan bermula di PERMAJ kemudian bersambung ke KVC masa aku 1st year diteruskan di KSX'09 semasa 2nd year dan yang terbesar Minggu Mesra Pelajar (MMP) masa nak masuk 3rd year & satu lagi projek dalam perancangan.

Teknikal bermula di Xtreme-C bersambung di MTAQ medan pertama aku belajar teknikal secara besar besaran, seterusnya di Buka Puasa PERMAJ (kerja teknikal aku paling teruk), bersambung di KVC (my best teknikal work) & semalam di SEMEGA (Kerja teknikal yang matang sebab aku tak emosi sepanjang program). Sememangnya benar kata orang sesuatu kerja itu jika dibuat berterusan ia akan mematangkan kita, teknikal sememangnya semakin sebati dengan aku & aku nak buat kerja teknikal untuk event yang lebih besar, hope i get that chance.

Credit untuk Epong sebab letak aku ditempat yang sepatutnya dalam PERMAJ semasa aku 1st year sehingga aku belajar banyak benda yang kini memudahkan aku dalam pelbagai urusan, Credit untuk abg ehsan sebab bagi peluang dekat saya untuk handle 2 event besar kolej iaitu KVC & MTAQ yang semakin membuka jalan kepada aku, special credit untuk Kak fadilah juga sebab bagi peluang kat saya handle teknikal KVC yang telah mempakarkan saya dalam bidang teknikal & Credit untuk MMP & SEMEGA sebab telah menjadi medan untuk aku mengeksperimen kebolehan aku dalam Sukan & Teknikal. Hasil Kerja aku? hanya orang disekeliling sahaja yang mampu menilainya, aku hanya menjalankan kerja yang diberikan. Peace, Love & Respect.

Wednesday, August 5, 2009

SeTeM VS G.I JoE

Berdasarkan tajuk untuk entri kali ini mesti semua dah dapat agak apa itu Setem & G.I Joe lalala~ Ia merupakan 2 movie yang baru ditayangkan orang cakap masih hangat di pasaran gitu & aku telah menonton kedua2 buah filem yang sangat menarik dan gerek3x huhu. Kira aku telah membelanjakan duit ke jalan yang benar dengan melihat 2 filem yang berkualiti tinggi.


Setem arahan Kabir Bhatia merupakan filem yang agak simple tetapi mempunyai jalan cerita dan plot yang menarik. Ditambah dengan lakonan hebat daripada pelakon2 kegemaran aku seperti Afdlin Syauki, Rashidi Ishak, Que Haidar, Vanida Imran filem itu boleh dikatakan cukup rempah dan ramuan serta lengkap dengan rasanya sekali. Dengan hanya bermodalkan Setem, Kabir Bhatia telah berjaya mengadunkan filem ini hingga berjaya menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Jalan ceritanya simple sekali yang menceritakan bagaimana 2 orang anak yatim iaitu Joe (Afdlin) dan Sid (Rashidi) ingin mencuri Setem klasik yang berharga 4 juta ringgit tetapi impian mereka dihalang oleh banyak pihak yang ingin juga mencuri setem berkenaan, Ending filem ini juga menarik dimana berlaku satu kejutan yang tak disangka2, untuk tahu kesudahan cerita ini silalah menonton di pawagam berdekatan huhu~


G.I Joe juga merupakan filem yang menarik dari segi grafik dan CGI nye, tanpa memerlukan pelakon2 yang bernama besar, filem ini mampu menjadi antara filem terbaik dengan jalan cerita yang penuh aksi dan konflik. Cerita yang diadaptasi dari komik hasbro ini telah berjaya menghasilkan sesuatu yang hebat dan berteknologi tinggi. 8/10 bintang aku beri untuk filem ini, So kepada semua pergi la ke pawagam untuk melihat 2 filem hebat ini, Peace Love & Respect

BeTaPa MaNuSia TiDaK BeRTaMaDuN

Pada Sabtu yang lepas sekali lagi telah terjadi sesuatu yang memang aku sangat memandang hina tindakan tersebut iaitu berlakunya perhimpunan haram. Isu kali ini yang cuba dibangkitkan ialah mereka yang agak kurang pandai ini ingin memansuhkan ISA. Kononnya akta ini menzalimi dan menganayai manusia. Tetapi sedarkah mereka orang2 yang bodoh ini bahawa perhimpunan haram ini juga sebenarnya telah menzalimi dan menganayai manusia.

Kita semua sedar bagaimana ribuan manusia yang tidak berdosa yang tak ingin pun nak menyertai perhimpunan haram ini terperangkap didalam puluhan ribu manusia yang tak bertamadun yang menjadikan nafsu sebagai landasan untuk mencapai matlamat yang sia2 ini. Bagaimana orang tua yang sakit yang ingin melintas jalan, kanak2 yang air matanya jatuh berguguran, kerisauan ibu bapa tentang keselamatan keluarga, peniaga yang mengalami kerugian beribu2 ringgit, warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman menjenguk ibu dan ayah, dan seluruh masyarakat yang bertamadun di belenggu rasa ketakutan melihat puluhan ribu manusia yang bodoh, yang mengikut perasaan dan menjadi pengikut suruhan orang yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini mengadakan perhimpunan haram.

Aku secara peribadi amat mengutuk tindakan tersebut kerana melambangkan masyarakat Malaysia sudah tidak bertamadun lagi dan sudah tidak menggunakan akal kewarasan untuk berfikir. ISA satu isu yang kononnya akta itu mengancam keselamatan negara. Tapi bagi aku mereka juga sama, mengadakan perhimpunan haram yang lagi mengancam keselamatan negara. Aku dah bosan melayan segelintir manusia yang kononya pemimpin mahasiswa yang menyokong tindakan yang tak bertamadun ini. Sepatutnya seorang pemimpin perlu bersikap profesional, berfikiran rasional dan memberikan idea yang bernas bukan mengutuk & mencaci pihak berkuasa yang ingin menjaga keamanan nasional.

Banyak lagi saluran yang boleh dilakukan, kerajaan bukannya kejam sangat sampai tak boleh dibawa berbincang, maybe orang yang mengadakan perhimpunan ini takut nak bersemuka dengan menteri2 secara bersendirian oleh itu dia carilah orang suruhan kononnya mewakilli semua rakyat Malaysia. Betullah rakyat Malaysia semakin bertindak mengikut nafsu, nilai asia yang diterapkan oleh ibu dan ayah sudah tidak lagi dipraktikkan apabila syaitan dan nafsu menguasai diri, menghalalkan segala cara menjadi pedoman, manusia semakin lalai mengejar sesuatu yang sia2.

Aku hanya berharap manusia2 yang tak bertamadun ini sedar betapa mereka juga sama seperti ISA yang mereka katakan. Mereka juga menzalimi, menganayai dan mengancam keselamatan negara, semoga keamanan masih ada di Malaysia, Peace, LOve & Respect