Hari ini aku pergi jalan2x dengan cik lina a.k.a nina huhu dah lama tak pergi tengok wayang, so sebab dah abis exam aku & cik lina sepakat nak pergi tengok X-Men Origine Wolverine maklumlah Hugh Jackman dengan aku ada bau2x bacang sket, So pergi la support movie die huhu, perjalanan dimulakan jam 10.00 pagi dimana telah terlewat setengah jam dari perancangan asal (Sapa salah tu hehe)
Destinasi pertama Masjid India, sempat la pusing2x jap & dapat rembat sehelai jersi huhu, Perjalanan diteruskan ke berjaya times square destinasinya GSC, kami dapat tiket pukul 1.50 petang, so sementara menunggu sempat pergi lowyat untuk survey2 kamera ( yes tak lama lagi dapat kamera baru lala~) Lepas tu terus pergi KFC untuk lunch, aku telah di paksa untuk share dengan cik lina huhu~ tak pe la daripada membazir kan3x huhu~
Jam menunjukkan pukul 1.50 ptg movie time lalala~ Filem ni memang tak membazirkan masa & duit sebab memang best, setiap masa movie ni adalah best n seronok la tengok movie ni, mengisahkan tentang sejarah Logan a.k.a Wolverine dari mula die hidup sampai sebelum die jumpa Prof Charles Xavier (bukan Prof Zaharani ok warga linguistik huhu~), bagaimana wujudnya senjata itu juga turut dijadikan jalan cerita, action yang ditonjolkan dalam filem ini juga amat menarik, hope lepas ni ada cerita pasal scott a.k.a Cyclope hehe~ Habis tengok movie terus pergi solat dulu sebelum jalan2x sekitar times sebelum balik sempat singgah KL Sentral untuk jalan2x (betul punya jalan huhu~)
Akhirnya kami pulang ke UKM jam 6.00 petang Best hari ni jalan2x, dah lama aku tak pergi jalan2x & tengok wayang sebab takda masa, thanx ye cik lina sebab awak sudi teman saya tengok wayang lalala~ Ok tu je aktiviti untuk hari ni adios,
PeAcE, LoVe & ResPeCT
No comments:
Post a Comment