Monday, May 25, 2009

KaWaN-KaWaN

Dah lama rasenya tak update blog, tapi kali ini bukan sebab takde masa tapi sebab takde idea untuk menaip entri huhu~ Buat pertama kalinya aku ambil semester pendek sem ni, betul cakap orang sem pendek memang bosan, yelah kelasnya sikit tapi masa terluangnya banyak, nasib baik kerja2 PERMAJ banyak lagi perlu disiapkan taklah bosan sangat rasanya huhu~ Yang bestnya masa untuk hangout dengan kawan banyak boleh la ujung minggu balik johor lepak2 dengan dieorang,

Hujung minggu lepas sempat la balik JB jap tu pun atas urusan kerja ada meeting dengan sekolah untuk program PERMAJ ( Tahir pengetua ko memang sempoi + garang + cool haha~). Meeting tersebut berjalan dengan lancarnya dan program itu akan diadakan pertengahan bulan 7 ni. Dah de kat JB pe lagi jumpa kawan2 lama la jawabnya, ada yang hampir 3 tahun tak jumpa pun ada, macam cerita keluar ada yang dah kawin, ada yang dah tunang, ada yang dah kerja, macam2 ada lalala~ Seronok rasenya jumpe kawan2 lama yelah asyik pergi program je masa untuk kawan2 pun berkurang.

Bila lepak2x tu ingat balik kenangan masa sekolah dulu, yelah belajar sama2, main sama2x, nakal sama2x, kena rotan sama2x, seronok & kelakar gak ingat zaman tu, kawan2x yang sentiasa bersama tidak kira senang @ susah, kawan2x yang tak pernah tikam kawan dari belakang, kawan2 yang tak pernah hina, kutuk, pandang rendah, dendam, cemburu kat kawan sendiri, kawan2 yang sentiasa back up & support antara 1 sama lain, itulah kawan2 yang aku ada dari masa sekolah sampai sekarang, walaupun masing2 dah bawa haluan sendiri tapi ikatan persahabatan terus kekal abadi sampai bila2x~

Rindu giler kat dak2 PERMAJ & bosan sebab takde orang untuk dikacau, orang yang biasa dikacau balik umah lak rindu kat die gak huhu~ Nasib baik de cik suriya, cik mus & cik zana boleh kacau dieorang lak haha~ Jangan marah ye lalala~ Next sem program semakin banyak perlu diuruskan, tanggungjawab semakin berat, mulut orang semakin berdegar2 cakap pasal PERMAJ, banyak yang perlu dibuktikan oleh kami semua, Aku boleh katakan 1st year this sesi antara terbest sebab semua masih semangat untuk berprogram & semua masih nak belajar & terus belajar, begitu juga kami yang senior masih perlu belajar & belajar untuk jadi yang terbaik good job guys. Tahir, Mubin, Azie, Wak Kong, Ros, Hadi, Fahmi & Hakim be a good Ketua Pengarah lalala~ PeAcE, LoVe & ReSPeCT

Monday, May 11, 2009

HaTi SeORaNg IBu

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"
"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

"SELAMAT HARI IBU"

Sunday, May 10, 2009

TRaNsFoRMaSi BeRMuLa



Hari ini telah berakhir program rasmi kedua PERMAJ bagi sem ini iaitu Program Lasbela SABK Al-Attas Al-Arabiah Johor. Tahniah diucapkan kepada semua urusetia kerana telah memberi kerjasama & komitmen yang mantap dalam menjayakan program ini, untuk program ni aku jadi pemantau je tapi penat yang dirasai sama sahaja macam masa aku jadi TTK Opkim Sedili huhu~ Sempat la nak handle night walk yang agak best & mencabar keberanian serta kekuatan fizikal dan mental hehe~ Sempat juga merasai pengalaman yang baru ketika menguruskan night walk bukan selalu tau lalala~

Kepada semua exco PERMAJ aku dah nampak peningkatan dalam kerja anda semua lepas ni kita ada banyak program lagi yang akan buat korang meraih sejuta pengalaman dan aku yakin bila sampai masanya korang akan mahir untuk berprogram, kredit untuk ecah sebab berjaya menjadi KP yang baik & yang aku pasti air mata ecah yang mengiringi post mortem pada petang tadi menandakan sayangnya pada PERMAJ semakin tebal.

Kredit untuk Cik Lina sebab tolong saya sediakan slide untuk slot PERMAJ & multimedia kalau tak tolong tak siap la slide tu semua, kredit untuk suriya sebab berjaya memantau program dengan baik walaupun kadang2 mulutnya mengalahkan KP @ penyelaras lalala~ Kredit untuk raziah zie sebab berjaya menjadi penyelaras yang baik, both of you have done a good job hehe~

Kredit untuk Zharif a.k.a Presiden & Mus a.k.a Timb Presiden sebab sentiasa ada sepanjang masa untuk memantau program ini dan membantu exco2x baru ini untuk belajar & terus belajar, Kredit untuk 1st year, Tahir & syamin program yang baik, Hakim & barisan fasi yang mantap, Zarina & Ros cenderamata yang tersusun, Wak Kong tahniah berjaya buat anda ditakuti, Mubin dah pandai urus penginapan, Anne dah pandai pasal jamuan, Aida TTK barang semua cukup, Kembo teruskan belajar kau dah ada base yang kuat & Hafis a.k.a buncit bagus ada peningkatan boleh ganti aku jadi all rounder dalam PERMAJ dah nampak kau boleh buat banyak kerja dalam 1 masa. Tahniah semua tu je nak cakap dalam entri kali ni, see u all next time,
PeACe, LoVe ReSPeCT

Friday, May 8, 2009

MeMoRiaLaBLe DaY



Hari ini aku pergi jalan2x dengan cik lina a.k.a nina huhu dah lama tak pergi tengok wayang, so sebab dah abis exam aku & cik lina sepakat nak pergi tengok X-Men Origine Wolverine maklumlah Hugh Jackman dengan aku ada bau2x bacang sket, So pergi la support movie die huhu, perjalanan dimulakan jam 10.00 pagi dimana telah terlewat setengah jam dari perancangan asal (Sapa salah tu hehe)

Destinasi pertama Masjid India, sempat la pusing2x jap & dapat rembat sehelai jersi huhu, Perjalanan diteruskan ke berjaya times square destinasinya GSC, kami dapat tiket pukul 1.50 petang, so sementara menunggu sempat pergi lowyat untuk survey2 kamera ( yes tak lama lagi dapat kamera baru lala~) Lepas tu terus pergi KFC untuk lunch, aku telah di paksa untuk share dengan cik lina huhu~ tak pe la daripada membazir kan3x huhu~

Jam menunjukkan pukul 1.50 ptg movie time lalala~ Filem ni memang tak membazirkan masa & duit sebab memang best, setiap masa movie ni adalah best n seronok la tengok movie ni, mengisahkan tentang sejarah Logan a.k.a Wolverine dari mula die hidup sampai sebelum die jumpa Prof Charles Xavier (bukan Prof Zaharani ok warga linguistik huhu~), bagaimana wujudnya senjata itu juga turut dijadikan jalan cerita, action yang ditonjolkan dalam filem ini juga amat menarik, hope lepas ni ada cerita pasal scott a.k.a Cyclope hehe~ Habis tengok movie terus pergi solat dulu sebelum jalan2x sekitar times sebelum balik sempat singgah KL Sentral untuk jalan2x (betul punya jalan huhu~)

Akhirnya kami pulang ke UKM jam 6.00 petang Best hari ni jalan2x, dah lama aku tak pergi jalan2x & tengok wayang sebab takda masa, thanx ye cik lina sebab awak sudi teman saya tengok wayang lalala~ Ok tu je aktiviti untuk hari ni adios,
PeAcE, LoVe & ResPeCT

Monday, May 4, 2009

CiNTa, SaYaNG, MiNaT & SuKa

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Friday, May 1, 2009

Award~

Dapat award dari Tyrah thanx sis huhu, So dah dapat kena ikut rules dia lalala~

Rule:
1. Put this badge in your awesome blog.

2. Award this badge to 10 blogger whom you think are inspirational and friendly.

3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.

4. Let them know about this

Mr. Dream Achiever

My Personal Asistant a.k.a S/U hehe~

My Guardian Angel huhu~

My Sister hehe~

My Blog Advicer

My Big Boss 3

My Little Brother

Most Friendly Person

My Craziest Junior hehe~

Most Informative Blog