Monday, May 4, 2009

CiNTa, SaYaNG, MiNaT & SuKa

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Friday, May 1, 2009

Award~

Dapat award dari Tyrah thanx sis huhu, So dah dapat kena ikut rules dia lalala~

Rule:
1. Put this badge in your awesome blog.

2. Award this badge to 10 blogger whom you think are inspirational and friendly.

3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.

4. Let them know about this

Mr. Dream Achiever

My Personal Asistant a.k.a S/U hehe~

My Guardian Angel huhu~

My Sister hehe~

My Blog Advicer

My Big Boss 3

My Little Brother

Most Friendly Person

My Craziest Junior hehe~

Most Informative Blog

Wednesday, April 29, 2009

KeNaNGaN AbADi VeRSioN 1.0

Lagi 2 bulan aku akan bergelar pelajar final year a.k.a tahun akhir huhu~ Final year mean your last breath in UKM, your last sweet memory with all your friend and your last war to achieve Your goal. Selama 2 tahun kat UKM macam benda dah aku lalui, banyak pengalaman dah di capai dan banyak kejayaan dah di raih. Pelbagai ragam manusia dah aku jumpa, pelbagai rakan sudah aku kenali. Semua memberi kenangan indah dan memori istimewa yang takkan aku lupa. Berikut rangkuman memori istimewa aku di UKM episode 1:

Interaksi Kelab Xtreme-C KUO

Program pertama yang aku join dekat UKM ialah Program Interaksi Xtreme-C dekat Sg. Congkak. Program ini adalah program wajib bagi semua ahli baru kelab Xtreme-C Program ini sangat best sebab aku jadi peserta dan sebab program first aku, group aku masa ini ialah liyana & sarip, kat sini jugak la aku kenal dak2 xtreme yang lain hafis, ammar, wan, nazri, kak nik, sal, peanut, bella, mat lan, ali, lia dan ramai lagi yang kini masih bersama dengan kelab xtreme-c. Program ini takkan aku lupa sebab program ini yang membuat aku sayang kat xtreme-c dan mengenalkan aku pada xtreme-c. Thanx untuk Amir Fahmi sebab bawa aku masuk dalam Xtreme-C ~ esprit de corps~

Program Jalinan Ekspresi Takzim PERMAJ

Program kedua kat UKM ialah Program Jalinan Ekspresi Takzim iaitu interaksi 1st year untuk ahli2 baru PERMAJ. Program ini diadakan kat Gunung Datok, N9. Program ini best sebab aku jumpa member2 dari Johor (I Love Johor lalala~) dan kenal lagi ramai kawan2 kat UKM, group aku masa ini ialah muhaimin, ainie, mus, nok, yaya & aku sendiri la. Selain tu kat sini aku rapat dengan ijam (Ex Roomate), Zarip (Mr Presiden), Aca, dan ramai lagi. Kat sini juga bermula hubungan rapat aku dengan senior PERMAJ macam Epong, Yasmin, Razi, Fahemi, Fire, Apek, dan ramai lagi huhu~ Program ini takkan luput dari ingatan sebab program ini bawa aku dalam PERMAJ dan tunjukkan dekat aku apa itu program lalala~

Operasi Khidmat Masyarakat Sedili PERMAJ

Next Opkim Sedili huhu~ Program Kemasyarakatan pertama aku kat UKM dan Program pertama aku dengan PERMAJ selepas kembali ke dalam PERMAJ. Bukan lari ye tapi masa tu aku tengah gila dengan Kolej lagi, maklumlah nak stay kolej punye pasal hehe~ so jarang join program PERMAJ. Program ini juga aku jadi AJK Tugas2 Khas, bawah my boss Fahemi Arpah hehe~ banyak yang aku belajar dalam program ini seperti cara mintak bus, cara buat banner, dan macam lagi yang berkaitan dengan kerja buruh kasar hihi~ Aku dapat family angkat yang sangat best & sporting, hari2 makan sedap huhu~ Tugas aku on program sangat aku suka iaitu tangkap gambar & video program. Program ini akan kekal di hati sebab berjaya buat aku sayang kat PERMAJ dan buat aku semakin bersemangat untuk berprogram.

XPDC Gunung Besar Hantu Xtreme-C

XPDC Gunung Besar Hantu, aktiviti panjat gunung pertama untuk aku kat ukm, gunung ini sangat menguji jiwa dan raga, sebab treknye agak mencabar dan memenatkan. Korang bayangkan 6 jam panjat baru sampai base camp, lepak2, untuk sampai ke puncak memerlukan dalam 3 jam lagi. Alhamdulilah akhirnya aku & the geng berjaya sampai di puncak kejayaan hehe~ Macam2 aktiviti buat kat sini yang paling best berkayak & of coz panjat gunung tu sendiri, pemandangan juga sangat best contoh macam air terjun lata kijang, setelah penat berjalan turun dari gunung bila lihat pemandangan sebegitu penat semua hilang huhu~ Program ini takkan aku lupa sebab berjaya menimbulkan ukhwah antara kami ahli xtreme-C dan sebab aku jadi hero dalam program ini hehe~

Induksi Exco PERMAJ 2007/2008

Masa untuk pengalaman baru hehe~ Program Induksi Exco PERMAJ merupakan program pertama aku sebagai Exco PERMAJ sesi 2007/2008, Program ini telah diadakan di NPC Skudai. Masa ni aku group dengan Kak Jenap & Uja. Program ni aku tak brape gemar sikit sebab kami dilayan cam budak sekolah hehe~ dan yang paling perit kena jalan kaki dari NPC ke pantai lido, peh rasa nak tercabut lutut ni, tapi disebabkan kami exco berjalan bersama-sama so tak lah rasa penat sangat dan rasa happy sepanjang perjalanan. Kat program ini kami didedahkan dengan skill2 kepimpinan di samping mendapat tunjuk ajar daripada senior2 & alumni. Program ini takkan aku lupa sampai mati haha~ sebab kat sini hubungan kami 37 orang exco terbentuk dan akan kekal sampai bila2 walaupun bila dah tak jadi exco lagi. Kat program ini first time kak jenap marah aku hahaha~


Program Ukhwah Kasih PERMAJ

Program Ukhwah Kasih, program pertama PERMAJ sesi 2007/2008, tadi program exco ni baru betul program PERMAJ, program ini diketuai oleh Lina a.k.a kecik dan diadakan di PKAYIS Batu Pahat dan merupakan program bersama anak yatim, masa ini aku jadi fasi dengan suraya dan dapat group yang sangat happening. Mereka tak malu untuk bercerita sejarah hidup mereka dengan kami, kadang2 bila dengar cerita mereka betapa aku sangat beruntung masih mempunyai ibu dan ayah. Pelbagai aktiviti dah di lakukan sepanjang 3 hari kami berada di sana macam LDK, Xplorace, BBQ, Malam Persembahan dan macam2 lagi, Program ini juga bermula lah kegilaan warga PERMAJ dalam mengambil gambar, mesti ada yang nak interframe hehe~ Masa paling sedih ialah masa perpisahan hampir 80% anak2 yatim ini menitiskan air mata mengiringi kepulangan kami ke UKM masa ini hati aku dah sebak tapi still boleh control macho, idham air mata dah bergenang tapi tak nangis lagi, syafik pula dah banjir bus dek air matanye hehe~ Yang perempuan tak payah cerita dalam bus hampir semua melalak & mengeluarkan air mata huhu~ Nak2 Jannah lalala~ Program ini pun takkan aku lupa sebab banyak memberi erti hidup dan buat aku semakin sayang dengan PERMAJ dan sayang pada ukhwah kami yang terjalin, semoga akan kekal selama-lamanya.

Nantikan Kenangan Abadi Version 2.0, Peace, Love & Respect.

Tuesday, April 28, 2009

EmAk, IBu, BoNDa, uMi, MaMa

Seorang anak mendapatkan ibunya yang
sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron
menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum
memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,
dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -
PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sunday, April 26, 2009

RaHSiA PeRGeRaKaN JaRi

Percayakah anda bahawa setiap tindakan dan segala gerak badan kita ini sebenarnya sedikit sebanyak mempamerkan perangai dan sikap kita. Di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis pergerakan tangan dan apakah yang boleh kita ramal tentang perangai dan sikap si pelakunya.


Memicit atau memegang hidung

  • Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
  • Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

  • Suka ikut kepala sendiri.
  • Pentingkan diri sendiri.
  • Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat.

Bermain dgn tangannya

  • Mempunyai tahap humor yang tinggi.
  • Pandai berjenaka.
  • Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati.
  • Jenis open minded.

Mematahkan jari jemarinya

  • Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain.
  • Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku

  • Gugup dan gementar bila berbicara.
  • Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut

  • Suka berkhayal.
  • Sukar diperdayakan.
  • Keras kepala.

Menongkat dagu

  • Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
  • Suka mendengar masalah teman2.
  • Setia dlm persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja

  • Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri.
  • Peramah.
  • Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan

  • Ramah dan berfikiran matang.
  • Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2.
  • Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu.

Memutar cincin

  • Sangat menepati janji.
  • Berhati2 dlm tutur kata.
  • Gemar hidup yang teratur.

Friday, April 24, 2009

PeLuaNG, GaGaL, KeJaYaaN MaiNaN KeHiDuPaN

Hari ini dah seminggu warga UKM menjalani exam final semester, ada yang mampu menjawab dengan cemerlang, ada yang sederhana, dan ada juga yang tewas & angkat bendera putih di awal peperangan. Itu semua lumrah ketika berada di alam universiti, suka @ tidak kita kena lalui semua itu dengan tabah, Kebanyakkan student telah menghabiskan 4 hingga 5 paper tapi ada jugak yang baru bermula & baru 2 paper. Aku pula telah habiskan 4 paper dalam minggu ini 2 dengan jaya, 1 sederhana, 1 susah untuk digambarkkan hmm~ tapi masih boleh lagi. Tinggal 3 paper lagi untuk diselesaikan & lepas abis exam ni maka bermula pula short sem (kena amik nak kurang unit huhu).

Aku jarang blank ketika tengah exam tapi kali ni tiba2 terblank ditengah2 peperangan, aku terlupa beberapa fakta penting, dah last soalan boleh lak dia blank tibe2 (kenapa tak blank lepas exam? hmm~). Dah lah duduk paling belakang & sempat lah dengar akak2 yang jaga exam ni bergosip huhu~. Lama jugak berfikir nak ingatkan fakta tu hampir setengah jam jugak memikirkannya, nak hentam pun tak ada idea kronik masa tu, orang di kiri & kanan aku serta depan telah makin memburukkan keadaan, orang sebelah kiri dah siap awal tapi tak nak keluar awal lak, tu tak kisah la tapi yang tak tahan dia boleh lak usha orang sekeliling dia, tengok2 orang dengan muka agak belagak sebab dah siap awal kan hmm~ aku terpaksa bersabar saat tu, orang sebelah kanan lagi best, tiba2 angkat tangan ingat nak pergi toilet, rupa2nya "kak nak buku jawapan". Oh tidak kenapa budak ni minta buku jawapan orang lain relax je 1 buku die boleh mintak lebih huhu. Tiba2 terperasan idham dah bangun nak keluar, sekali tengok jam dah 2 jam rupanya, memang dah plan nak keluar awal so aku telah memaksa otak aku untuk berfikir sedaya upaya dan akhirnya berjaya jugak menyelesaikan soalan terakhir tu. Moral of the story jangan baca fakta last minit nanti lupa huhu

"Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya, Kejayaan pasti menunggu kita" itu merupakan kata2 yang mula aku dengar masa kat sekolah dulu tapi tak pernah pun aku berpegang pada phrase tu. Bagi aku kalah menang gagal berjaya tu semua kitaran hidup manusia, ada yang mula2 berjaya lepas tu lingkup, ada juga yang mula2 gagal tapi kemudian berjaya, tak kurang juga yang mula berjaya, lepas tu gagal dan akhirnya berjaya kembali dan sebaliknya. Itu semua permainan hidup manusia dan kita kena lalui sama suka @ tidak. Aku dah banyak kali terlepas peluang dalam hidup dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar peluang, tapi aku tak nak lepaskan 1 peluang ini, sebab kalau aku lepaskan konfem menyesal seumur hidup, persoalannya adakah aku akan dapat peluang itu? Peace, Love & Respect~

Thursday, April 23, 2009

ClOcK Is TiCkInG ~4.50 a.m~

Ketika entry ini ditulis jam telah menunjukkan pukul 4.50 pagi, ketika orang lain sedang indah dibuai mimpi, berdengkur & melelehkan air liur basi, aku masih belum tidur sebab sibuk study untuk exam pagi ni pukul 8.30 pagi kat dectar (Sape suruh study last minit padan muka hehe~). Bukan study last minit ok tapi just revision saat2 akhir huhu. Dan buat pertama kalinya dalam sejarah aku kat UKM, ni lah first time aku tak tidur untuk exam, bukan tak nak tido tapi kalau tidur konfem terlajak sampai tengahari hehe~

Terasa sangat bosan malam ni, tak tau nak wat apa, nak makan tadi dah pergi makan, nak tidur tak boleh konfem tak bangun, So aku mula jalankan plan nak ganggu manusia2 di alam maya, mula ku jejak member2 yang belum membuta, roomate aku entah hilang kemane (tengah struggle gak kot tapi kat handphone hehe~). Idham masih study (baru nak ajak pergi mapley), Jali pula tengah layan tengok movie (esok exam sempat tengok movie lagi). Suriya yang tadinya ada juga telah lesap dari alam maya (tidur la tu), Keen yang berazam nak puasa facebook juga ku jejak, & Yang lain telah berada dalam alam mimpi sambil mengeluarkan bunyi yang pelik2

Tadi telah terjadi sedikit peristiwa yang mendebarkan, untuk dijadikan cerita buku untuk aku exam esok telah hilang tanpa dapat dikesan ketika berada dalam jagaan aku, puas digeledah satu bilik tapi still tak jumpa, muka mula gelisah, mulut mula tak reti diam, hati mula tak tenteram, jiwa mula merana, terdetik kat hati "macam mana nak exam ni buku takde", Syaitan mula menghasut "tidur je a'mal sampai petang esok, takyah pergi exam bukan luak pun markah". Gila ke apa syaitan ni ada ke hasut aku gitu huhu.

Tibe2 muncul idea bernas untuk meminjam buku kawan2 yang amik subjek ni, bilik pertama dirempuh bilik zharif & idham, akan tetapi dieorang tengah struggle jugak, kepala mula berpusing kat mana nak cari buku ni, tibe2 teringat cik lina "dia mesti dah abis study boleh pinjam buku" apa lagi handphone ku capai, message ku taip & send di tekan. Jawapan yang di terima, "ye en akmal boleh pinjam buku", muncul kelegaan kat hati ini, "fuh!! nasib baik ada buku kalau tak kantoi esok dalam dectar. Credit & tribute untuk cik Lina sebab bagi pinjam buku kalau tak fail aku exam esok, thanx ye huhu~ Moral of the story jangan study last minit nanti otak jadi mereng lalala~ Peace, Love & Respect.