Saturday, April 18, 2009

PeNGeMBaRaaN USM

Minggu lepas 6 April 2009 aku & 14 orang family PERMAJ telah bertolak ke USM untuk memenuhi undangan makan malam daripada IKMAR USM, IKMAR ni kalau sesape tak tahu ialah merupakan organisasi anak Johor yang bertapak dekat sana, seronok rasanya jumpa ramai anak2 Johor daripada universiti yang berlainan. Masa majlis tu PERKASA UPM (anak Johor UPM) turut hadir memberi sokongan kepada majlis tu. Kami 3 organisasi ni sempat jugak la bertukar2 pendapat, idea bagi memantapkan lagi organisasi kami. Perjalanan yang mengambil masa 6 jam itu amat memenatkan, sepanjang perjalanan dihabiskan dengan tidur kecuali aku & hadi (budak ni boleh study dalam bus hoho~). Kami bertolak pukul 11 dan sampai di USM dalam pukul 5 petang, Selepas itu kami terus dibawa ke tempat penginapan kami. Majlis start pukul 8.30 tapi kami punya rajin sampai jam 7.00 ptg. So bagi menghilangkan rasa bosan kami sepakat untuk jalan2 di kompleks Bukit Jambul. Budak2 ni ada pulak yang sempat nak membeli belah, kata dieorang "bukan selalu mal pergi penang" layan kan aje budak2 ni.

So seperti yang dijanjikan majlis bermula jam 8.30 malam tapi lewat start setengah jam kerana menunggu ketibaan perasmi (biasalah semua program jarang punchtual lalala~). Malam tu seronok jugak sebab dapat tengok banyak persembahan Johor, zapin ada, kuda kepang ada & macam2 ada. Tapi malangnya malam itu aku makan dengan sangat sopan (kena makan meja vip daa). Aku melihat di belakang semua mahkluk2 PERMAJ ni makan dengan lahapnya kan best kalau dapat makan camtu hahaha~ Selepas habis majlis biasalah sesi bergambar (Budak PERMAJ memang gila gambar hihi~) & seterusnya kami dibawa ke Queensbay menikmati angin2 malam di samping melihat 1 perlawanan yang sangat hebat (hebat ke? cam haram je huhu~). Esoknya sebelum pulang kami sempat pergi ke Bukit Bendera (Tak sah datang penang kalau tak pergi), & sempat pekene nasi kandar' kat bandar penang. Kami bertolak balik ke UKM jam 12.00 tghari sebelum terjebak dengan kesesakan lalu lintas (Sorry suriya lambat sampai, USM jauh bukan macam pergi UM hehe~). Kami semua selamat tiba di UKM jam 7 malam. Jutaan terima kasih PERMAJ ucapkan kepada IKMAR sebab memberi layanan yang baik sepanjnag kami di sana. Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan. Berikut merupakan pengembaraan kami di USM. Peace, Love & Respect~

Aku.Meen.Mubin

5 Pahlawan Melayu

Dinner Time


Bersama warga UKM.USM.UPM

PERMAJ & IKMAR

PERMAJ Teritory

Jejaka Idaman


Ular hoho~

Nasi Kandar Penang

3 comments:

Anonymous said...

best3x xajak siot pg huhu!!!

AkMaL BeSt said...

akmal best la lalala~
cmne nk ajak nme pn xtau hoho~

Didi said...

ptut la x pg klas, g merayap ekh
kantoi!!!