Wednesday, April 1, 2009

MeMoRy MaC 2009 LaSt FoReVeR

Pertama jutaan kemaafan dipohon sebab dah lama tak update blog (macam minta maaf raya lak huhu~). Ini semua disebabkan kekangan masa bulan ini yang sangat mencengkam jiwa. Dalam bulan ini macam dah terjadi dalam hidup ini, yang manis, masam, suka, duka, gembira, sedih semua ada terangkum dalam memori mac 2009. Mac 2009 akan menjadi sejarah yang tersemat dalam sanubari. Banyak benda yang akhirnya aku berjaya settlekan dengan jayanya, ada juga cerita tentang kegagalan aku dalam membuat keputusan penting dalam hidup, betapa aku sedar persahabatan lebih penting daripada kuasa dan cita2, Menyedari diri ini masih cuai dalam membuat kerja hingga terlepas pandang benda remeh temeh ( betul cakap cikgu sekolah aku, aku ni careless kadang2 huhu~), mendapat pengalaman baru dalam menguruskan program (akhirnya aku master pasal dectar hoho~), kejayaan pra karnival sukan xtreme-c yang aku ilhamkan ( kredit buat hadi, mohsin, kuntum & the geng) dan banyak lagi.

Karnival varia-c KUO melabuhkan tirainya pada 15 Mac 2009 dengan jayanya, bagi aku tahun ini sangat mencabar sebab aku pegang teknikal (tahun lepas relax je sebab pegang sukan). Kadang2 rasa tertekan gak sebab bila peralatan tiada atau tak berfungsi aku akan dicari tapi best gak sebab aku memang suka kan tekanan bila berkerja baru de umphh... tribute buat team teknikal fitri, topek, assyariff, bob, lina kechik, yana, ain, siti, surayah, ramdzan, Q, yasmin, jannah dan semua dak2 ict yang membantu aku dalam setting tempat walaupun korang bukan unit aku (thanx safuan,izzat,teh,asrul,ubai,shahir, khairul, fauzan & sape2 yang aku xingat nama hoho~). Then special tribute & kredit for al hafis sebab banyak tolong & beri tunjuk ajar pasal teknikal dari xtreme-c hingga ke kvc, dari aku 1st year sampai dah nak masuk third year, tolong sukan lagi tahun lepas thanx a lot brother, jasamu dikenang selamanya & for udzair sebab berjaya melaksanakan tugas dengan baik sekali & tahan dengan perangai aku yang suka push orang bila bekerja walaupun kadang2 kau tak suka aku push2 orang tapi kau buat kerja dengan sangat cemerlang memang layak kau jadi jaksa (kalau dapat la). Then untuk semua jaksa kuo thanx a lot sebab beri kepercayaan dan peluang kepada diri ini untuk berada dalam team korang walaupun sekejap & kadang2 rasa macam orang asing, atleast aku rasa la juga jadi macam jaksa walaupun hanya sebulan setengah (ingat lagi fiza cakap aku jaksa teknikal hoho~). Buat kerja dengan korang memang sempoi & happening (kan best kalau join korang dari mula lagi) serius memang tak menyesal join family kvc kali ini. walaupun ada mulut2 yang mengatakan kvc kali ini hambar tapi bagi aku korang jaksa have done a good job chayok2. tribute for kak ain, subash, kak fadilah rowena, ekin, yus, fiza, amy, isha, visa, ansha, khai, am, dan ying ket, our mac memory last forever.

Karnival sukan xtreme merupakan dream aku sejak 1st year lagi & akhirnya berjaya dilaksanakan. Walaupun program yang dianjurkan saya ulangi program yang dianjurkan (ada kaitan dengan malam dinner semalam) bukan mengikut perancangan awal namun aku amat berpuas hati dengan kejayaan dicapai. Futsal piala ungku omar akan menjadi hak eksklusif xtreme-c & hanya xtreme-c saya ulangi hanya xtreme-c sahaja boleh menganjurkan program berkenaan. Tribute buat hadi, mohsin, kuntum, akmal jr, mas, zati, & amy kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik sekali, niat dihati memang nak mengetuai karnival tu tapi komitmen pada kvc harus didahulukan sebab tarikh program adalah sama. Thanx a lot guyz harap korang dapat belajar sesuatu ilmu daripada karnival berkenaan. Nantikan karnival sukan xtreme-c (gen-X) yang akan menemui anda lama lagi hoho.

Persahabatan merupakan benda yang paling penting dalam hidup ini, dah lama aku sedar benda ini tapi mac 2009 membuat aku lebih realize persahabatan lebih utama daripada kuasa & cita2. Memang dah perangai aku bila buat keputusan yang besar2 ini mesti tanya kawan2 aku dulu walaupun sebenarnya aku boleh ikut kepala sendiri. Lagi banyak pandangan lagi aku suka sebab boleh lihat segala kemungkinan dari segala sudut & ruang. tapi kalau banyak pandangan pun pening juga. Bila kawan2 terbaik aku menghalang aku mengejar cita2 & impian aku rasa agak terkilan mula2 dan sedih sebab sepatutnya dieorg support aku, kenapa & mengapa mereka menghalang, aku gagal menggunakan kewarasan aku untuk membuat keputusan sebab mesti teringat dieorang bila nak decide something, Akhirnya aku membuat keputusan yang sama seperti aku buat tahun lepas mendahulukan persahabatan lebih dari impian & cita2. Maybe akan ada penyesalan di kemudian hari tapi mesti ada hikmah di sebalik keputusan tersebut. Tribute & kredit khas untuk lina & suriya sebab menjadi pendengar yang setia sepanjang aku ditekan oleh orang2 lain. Aku tahu korang pun sebenarnya menghalang tapi atleast korang still memahami aku & support apa jua keputusan yang aku buat, memahami kehendak aku untuk mengejar cita2 dan impian, kalau orang tanya kenapa aku buat keputusan b_d_h tu, antara jawapan aku, aku buat demi korang. thanx guyz.

Sekian 1st version memory mac 2009 last forever, nantikan 2nd version yang akan menyusul. sekarang nak pergi present linguistik komunikasi dulu, peace, love & respect.

3 comments:

irayani said...

aku suke part program yg d anjurkan 2..
huhu..
d ulangi..d anjurkan..
haha

shueqi_Sue said...

alaa.nk nangis plak.xder award utk aq ke sebgai pendengar setia..haks3

wénkt said...

tumpang lalu