Friday, April 10, 2009

DiNNeR PeRMaJ, AlUmNi & PeNaSiHaT

Semalam dekat puri pujangga telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Anak Johor, lebih kurang macam dinner la, majlis tu diserikan lagi dengan kehadiran alumni2 dan penasihat2 termasuklah Dato' Mohamad Razak, Tuan Hj Jamal Ali, Tuan Hj. Hanfiah Omar dan Dr. Salleh Amat, turut hadir sama Ustaz Syahrin Md Jamaluddin Pengerusi Alumni PERMAJ dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia. Jutaan Terima Kasih kepada semua alumni yang hadir dan memberi sokongan untuk majlis tu dan sekalung tahniah kepada semua exco yang terlibat dalam majlis ini secara langsung @ pun tidak langsung. Berikut merupakan gambar sekitar majlis, let's check it out!!~

Penasihat2 PERMAJ

Exco2 Lelaki PERMAJ

Lagi Exco Lelaki ( Sape lak yang bawa adik ni hmm..)

Dengan Lina


Dengan Zana Bendahari

PERMAJ FAMILIA!!!

Dengan Ustaz Syahrin

DengaN Fahmi SUA (Mamat muka ngantuk)

Dengan Epong ( Hmm.. cam makin putih je)

Saturday, April 4, 2009

MaLaM PeSoNa BiNTanG

Gambar dibawah merupakan gambar semasa Malam Pesona Bintang (Dinner KUO), tak banyak gambar boleh diambil sebab malam tu sibuk dengan menguruskan majlis agar berjalan lancar (wuahhh!! tak banyak gambar) sempat la juga snap beberapa gambar daripada kamera Lina a.k.a kechik. So berikut merupakan calon2 gambar terbaik hoho~

Warga PERMAJ di KUO (macam mana boleh sesat sorang huhu~)

KLCC berada di DECTAR UKM (jangan marah kechik hoho~)

Manusia rabun PERMAJ + Ungku Omar

Lagi manusia rabun hihi~

Macam mana boleh hampir sama tinggi ni? (hmm..musykil sekejap haha~)

Zharif ensem dengan Akmal Cute hahaha~ (Zharif tak jadi MC malam tu!)

Secara keseruluhan malam itu berjalan dengan baik sekali, aku boleh berbangga jugak la (bukan bangga diri) dengan hasil kerja aku walaupun ada sedikit masalah yang berlaku, namun dah jadi lumrah mana2 kita pergi mesti akan ada dugaan menanti, tahun depan dinner aku nak amik lebih banyak gambar sebagai balasan untuk tahun ini dan sebagai kenangan tahun akhir aku di universiti. Sebelum aku tinggalkan dewan dectar tu hati aku berdetik, dah 2 tahun aku abdikan diri aku untuk buat macam2 benda, urus macam2 program, untuk raih pelbagai pengalaman, dari pilihan raya, kvc, permaj, xtreme-c semuanya dah aku lalui, segala pengalaman yang aku kutip selama ini telah aku gunakan untuk menguruskan dinner kuo, ada suara yang mengatakan bintang ke dinner aritu? bagi aku ada bintangnya walaupun tak bersinar tapi cukup untuk menyinari dewan dectar malam tu, aku keluar dari dectar dengan penuh kepuasan, aku telah gunakan segala yang aku ada agar majlis malam itu berjalan lancar dari aspek teknikal. Alhamdulilah. Namun sempat aku berfikir sebelum balik, adakah aku perlu berhenti sekarang? @ teruskan apa yang telah aku mulakan sejak awal? @ dah sampai masa aku mendahulukan keperluan diri aku sendiri lebih dari keperluan orang lain? @ ada lagikah peluang untuk aku handle program pada masa depan? @ dah sampaikah masa untuk aku mengejar dia? persoalan yang masih belum aku jumpa jawapannya...
~PEACE, LOVE & RESPECT~

MeNGiNTaI LaNGiT

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

TaG By SuRiYa BluR

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?*

PeAcE, LoVe & ReSPeCT, sebab kita semua manusia inginkan keamanan, manusia memerlukan cinta sejati dan manusia ingin dihormati

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?*

Http//www.akmalbest.blogspot.com

sebab suka cakap best, orang cakap kalau cakap best lebih 40 kali so betul2 best, AKMAL BEST

3) Apakah method dalam penulisan blog anda?

Methodologi Penyelidikan hoho~ takde r, biasa suka menulis something yang bermakna dan berkongsi pengalaman dengan semua orang

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Tak perlu nak hapus sebab kadang kala blog boleh menjadi pendamping yang setia bila kita dalam kesunyian.

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?*

Suriya blur & perasan comel hoho~ tapi baik & boleh jadi pendengar yang setia

6) senaraikan calon yang akan di tag:

Syamin
Atyrah
Ijan

BiNtAnG Di SuRGa

Masih ku merasa angkuh
Terbang kenanganku jauh
Langit kan menangkapku
Walau kan terjatuh

Dan bila semua tercipta
Hanya untukku merasakan
Semua yang tercipta
Hampa hidup terasa

Lelah tatapku mencari
Arti untukku membagi
Menemani langkahku
Namun tak berarti

Dan bila semua tercipta
Tanpa harus ku merasakan
Cinta yang tersisa
Hampa hidup terasa

Bagai bintang di surga
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

Oh bintang di surga
Berikan cerita
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

Friday, April 3, 2009

MeMoRy MaC 2009 LaSt FoReVeR V 2.0

Salam, semalam aku dah post pasal version 1st memory mac last forever, ini sambungannya version 2.0 hoho~. Linguistik bidang yang aku amik kat ukm ni, course aku de 40 orang yang kebanyakkannya daripada negeri pantai timur, dan ada 11 orang lelaki termasuk aku. Namun aku jarang menghabiskan masa dengan dieorang maybe sebab aku sibuk berpersatuan kot or aku tak berapa masuk dengan dieorang tapi mac 2009 mengubah segalanya. semua orang tau bulan mac aku sangat buzy dengan permaj, dengan family day kuo semua sampai kelas aku sedikit terabai & assigment banyak tergantung, tetapi mereka sangat memahami aku, mereka tak pernah bising kalau aku lambat gabung esei dengan dieorang, mereka tak pernah bising kalau aku jarang datang untuk discussion tapi dioerang bising kalau aku tak datang kelas (thanx usop selalu perli aku kalau tak datang kelas). Tribute untuk nazri & eddy sebab faham situasi aku yang buzy dan selalu tolong ingatkan aku pasal assigment. Paling menyentuh hati dah 2 kali aku lambat pergi kuiz dan sekali lambat pergi exam tapi member2 aku ni sangat baik sebab sanggup call aku sampai dapat sebab tak nak aku terlepas semua tu. Tribute untuk jali sebab buat semua tu, thanx so much guyz.

Malam Pesona Bintang 2009 menutup tirai mac 2009 dengan jayanya. kerja untuk dinner lagi penat rupanya daripada kerja family day, yelah banyak benda teknikal yang nak di ambil kira lighting, peralatan, stage banyak la, tetapi ilmu yang aku dapat masa urus dinner amat bermakna, aku dah tau segala prosedur pasal dectar, dah tau lighting apa nak guna untuk certain majlis, paling best dapat guna walkie talkie malam tu, macam bodyguard pun ada sebab sepanjang masa pegang walkie talkie, yelah demi memastikan majlis malam tu berjalan dengan lancar. Alhamdulilah semuanya berakhir dengan gemilang sekali. Tetapi yang lebih bermakna sepanjang perjalanan nak ke dinner tu aku dibantu oleh ramai orang dari pelbagai unit, thanx a lot guyz & malam dinner membuktikan kami berjaya melaksanakannya dengan baik, tribute untuk safuan, teh, izzat, udzair, asrul, ubai, mejar, khairul kerana berjaya mengawal majlis dengan baik aspek teknikal. Aku amat bangga dengan korang dan terbit rasa gembira kat diri ni yang semua tu takkan jadi tanpa teknikal ( I love teknikal hoho~).

Mac 2009 takkan luput dari ingatan, sebab banyak memori dan kenangan yang akan tersemat disanubari ini, yang gembira, yang sedih, suka & duka, terlepasnya peluang yang hanya datang masa kat UKM (2 kali terlepas peluang tu). Namun aku takkan dapat mengharungi mac 2009 dengan baik tanpa sokongan dorongan seorang sahabat ni, sentiasa ada bila aku perlukan seseorang, yang dah masak dengan perangai aku, tak pernah merungut bila diberi tanggungjawab, bila aku tertekan tahu macam mana nak coolkan aku, orang terakhir yang aku jumpa & dia berjaya mengubah fikiran aku pada saat yang sangat2 akhir, tempat aku berkongsi cerita, tempat aku meluahkan rasa tidak puas hati aku, kalau aku sedang marah dia hanya akan diam, orang yang boleh buat aku ketawa dalam tekanan, Jasamu akan dikenang selamanya, thanx a lot sebab tolong aku mengharungi mac 2009 sama ada kau sedar @ tidak, friend forever, peace, love & respect.

Wednesday, April 1, 2009

MeMoRy MaC 2009 LaSt FoReVeR

Pertama jutaan kemaafan dipohon sebab dah lama tak update blog (macam minta maaf raya lak huhu~). Ini semua disebabkan kekangan masa bulan ini yang sangat mencengkam jiwa. Dalam bulan ini macam dah terjadi dalam hidup ini, yang manis, masam, suka, duka, gembira, sedih semua ada terangkum dalam memori mac 2009. Mac 2009 akan menjadi sejarah yang tersemat dalam sanubari. Banyak benda yang akhirnya aku berjaya settlekan dengan jayanya, ada juga cerita tentang kegagalan aku dalam membuat keputusan penting dalam hidup, betapa aku sedar persahabatan lebih penting daripada kuasa dan cita2, Menyedari diri ini masih cuai dalam membuat kerja hingga terlepas pandang benda remeh temeh ( betul cakap cikgu sekolah aku, aku ni careless kadang2 huhu~), mendapat pengalaman baru dalam menguruskan program (akhirnya aku master pasal dectar hoho~), kejayaan pra karnival sukan xtreme-c yang aku ilhamkan ( kredit buat hadi, mohsin, kuntum & the geng) dan banyak lagi.

Karnival varia-c KUO melabuhkan tirainya pada 15 Mac 2009 dengan jayanya, bagi aku tahun ini sangat mencabar sebab aku pegang teknikal (tahun lepas relax je sebab pegang sukan). Kadang2 rasa tertekan gak sebab bila peralatan tiada atau tak berfungsi aku akan dicari tapi best gak sebab aku memang suka kan tekanan bila berkerja baru de umphh... tribute buat team teknikal fitri, topek, assyariff, bob, lina kechik, yana, ain, siti, surayah, ramdzan, Q, yasmin, jannah dan semua dak2 ict yang membantu aku dalam setting tempat walaupun korang bukan unit aku (thanx safuan,izzat,teh,asrul,ubai,shahir, khairul, fauzan & sape2 yang aku xingat nama hoho~). Then special tribute & kredit for al hafis sebab banyak tolong & beri tunjuk ajar pasal teknikal dari xtreme-c hingga ke kvc, dari aku 1st year sampai dah nak masuk third year, tolong sukan lagi tahun lepas thanx a lot brother, jasamu dikenang selamanya & for udzair sebab berjaya melaksanakan tugas dengan baik sekali & tahan dengan perangai aku yang suka push orang bila bekerja walaupun kadang2 kau tak suka aku push2 orang tapi kau buat kerja dengan sangat cemerlang memang layak kau jadi jaksa (kalau dapat la). Then untuk semua jaksa kuo thanx a lot sebab beri kepercayaan dan peluang kepada diri ini untuk berada dalam team korang walaupun sekejap & kadang2 rasa macam orang asing, atleast aku rasa la juga jadi macam jaksa walaupun hanya sebulan setengah (ingat lagi fiza cakap aku jaksa teknikal hoho~). Buat kerja dengan korang memang sempoi & happening (kan best kalau join korang dari mula lagi) serius memang tak menyesal join family kvc kali ini. walaupun ada mulut2 yang mengatakan kvc kali ini hambar tapi bagi aku korang jaksa have done a good job chayok2. tribute for kak ain, subash, kak fadilah rowena, ekin, yus, fiza, amy, isha, visa, ansha, khai, am, dan ying ket, our mac memory last forever.

Karnival sukan xtreme merupakan dream aku sejak 1st year lagi & akhirnya berjaya dilaksanakan. Walaupun program yang dianjurkan saya ulangi program yang dianjurkan (ada kaitan dengan malam dinner semalam) bukan mengikut perancangan awal namun aku amat berpuas hati dengan kejayaan dicapai. Futsal piala ungku omar akan menjadi hak eksklusif xtreme-c & hanya xtreme-c saya ulangi hanya xtreme-c sahaja boleh menganjurkan program berkenaan. Tribute buat hadi, mohsin, kuntum, akmal jr, mas, zati, & amy kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik sekali, niat dihati memang nak mengetuai karnival tu tapi komitmen pada kvc harus didahulukan sebab tarikh program adalah sama. Thanx a lot guyz harap korang dapat belajar sesuatu ilmu daripada karnival berkenaan. Nantikan karnival sukan xtreme-c (gen-X) yang akan menemui anda lama lagi hoho.

Persahabatan merupakan benda yang paling penting dalam hidup ini, dah lama aku sedar benda ini tapi mac 2009 membuat aku lebih realize persahabatan lebih utama daripada kuasa & cita2. Memang dah perangai aku bila buat keputusan yang besar2 ini mesti tanya kawan2 aku dulu walaupun sebenarnya aku boleh ikut kepala sendiri. Lagi banyak pandangan lagi aku suka sebab boleh lihat segala kemungkinan dari segala sudut & ruang. tapi kalau banyak pandangan pun pening juga. Bila kawan2 terbaik aku menghalang aku mengejar cita2 & impian aku rasa agak terkilan mula2 dan sedih sebab sepatutnya dieorg support aku, kenapa & mengapa mereka menghalang, aku gagal menggunakan kewarasan aku untuk membuat keputusan sebab mesti teringat dieorang bila nak decide something, Akhirnya aku membuat keputusan yang sama seperti aku buat tahun lepas mendahulukan persahabatan lebih dari impian & cita2. Maybe akan ada penyesalan di kemudian hari tapi mesti ada hikmah di sebalik keputusan tersebut. Tribute & kredit khas untuk lina & suriya sebab menjadi pendengar yang setia sepanjang aku ditekan oleh orang2 lain. Aku tahu korang pun sebenarnya menghalang tapi atleast korang still memahami aku & support apa jua keputusan yang aku buat, memahami kehendak aku untuk mengejar cita2 dan impian, kalau orang tanya kenapa aku buat keputusan b_d_h tu, antara jawapan aku, aku buat demi korang. thanx guyz.

Sekian 1st version memory mac 2009 last forever, nantikan 2nd version yang akan menyusul. sekarang nak pergi present linguistik komunikasi dulu, peace, love & respect.