Salam, sekarang heboh tentang wabak H1N1 yang menyerang IPTA/S seluruh Malaysia. Setakat ini UITM, UUM, UPM yang terbaru sekali, Politeknik dan beberapa lagi institut yang ditutup gara2 wabak ini. KTSN juga telah tutup semalam angkara terdapat 50 orang mahasiswa daripada beribu-ribu warga KTSN yang DISYAKI dijangkiti penyakit ini. Persoalannya kenapa tidak kuarantin 50 orang itu sahaja tetapi menutup terus KTSN selama seminggu, dimanakah kerelevenannya. Begitu juga di UUM, universiti itu ditutup dan mahasiswa/i diarah pulang, jika pelajar yang pulang katakan lah pulang ke JB & pelajar itu ada H1N1 maka adakah 1 JB akan ditutup? tidakkan, hanya pelajar itu sahaja yang dikuarantin. Kenapa pihak Universiti tidak menggunakan cara itu, adakah mereka kemaruk sangat nak cuti dan menjadikan H1N1 sebagai senjata terhebat untuk bercuti huhu~
Aku ada terbaca 1 blog ini, cara dia menulis macam mengatakan KTSN itu beribu-ribu orang yang kena H1N1 sedangkan hanya 50 orang itu pun disyaki sahaja. Kenapa mentaliti mahasiswa itu sangat singkat, sebelum tulis kaji dulu maklumat yang diterima jangan main bedal je. Selain itu wabak ini juga boleh dijadikan mainan politik oleh sesetengah individu, hello saudara wabak ini ujian Allah pada kita supaya kita insaf & kembali ke jalan yang benar bukan dijadikan bahan untuk menyalahkan orang demi kepentingan politik, manusia2.
H1N1 memang mudah berjangkit tetapi boleh dicegah jika kita mengambil langkah yang sepatutnya supaya tidak dijangkiti penyakit ini. Sesetengah orang bila selsema & demam sahaja terus cakap H1N1, habis kalau 2 juta orang dekat Malaysia ini demam & selsema maka semua orang itu dijangkiti H1N1 macam tu ke? Itulah fungsinya saringan & kemudahan kesihatan yang beribu dekat Malaysia ni, jika rasa ada simptom H1N1 terus pergi buat saringan & jika keputusannya negatif maka tiada apa yang perlu dirisaukan, jika positif maka ambil lah langkah yang sepatutnya. Semoga UKM Bangi tidak ditutup kerana ia menyusahkan mahasiswa/i sahaja. Peace, LOve & Respect.