Saturday, April 4, 2009

MaLaM PeSoNa BiNTanG

Gambar dibawah merupakan gambar semasa Malam Pesona Bintang (Dinner KUO), tak banyak gambar boleh diambil sebab malam tu sibuk dengan menguruskan majlis agar berjalan lancar (wuahhh!! tak banyak gambar) sempat la juga snap beberapa gambar daripada kamera Lina a.k.a kechik. So berikut merupakan calon2 gambar terbaik hoho~

Warga PERMAJ di KUO (macam mana boleh sesat sorang huhu~)

KLCC berada di DECTAR UKM (jangan marah kechik hoho~)

Manusia rabun PERMAJ + Ungku Omar

Lagi manusia rabun hihi~

Macam mana boleh hampir sama tinggi ni? (hmm..musykil sekejap haha~)

Zharif ensem dengan Akmal Cute hahaha~ (Zharif tak jadi MC malam tu!)

Secara keseruluhan malam itu berjalan dengan baik sekali, aku boleh berbangga jugak la (bukan bangga diri) dengan hasil kerja aku walaupun ada sedikit masalah yang berlaku, namun dah jadi lumrah mana2 kita pergi mesti akan ada dugaan menanti, tahun depan dinner aku nak amik lebih banyak gambar sebagai balasan untuk tahun ini dan sebagai kenangan tahun akhir aku di universiti. Sebelum aku tinggalkan dewan dectar tu hati aku berdetik, dah 2 tahun aku abdikan diri aku untuk buat macam2 benda, urus macam2 program, untuk raih pelbagai pengalaman, dari pilihan raya, kvc, permaj, xtreme-c semuanya dah aku lalui, segala pengalaman yang aku kutip selama ini telah aku gunakan untuk menguruskan dinner kuo, ada suara yang mengatakan bintang ke dinner aritu? bagi aku ada bintangnya walaupun tak bersinar tapi cukup untuk menyinari dewan dectar malam tu, aku keluar dari dectar dengan penuh kepuasan, aku telah gunakan segala yang aku ada agar majlis malam itu berjalan lancar dari aspek teknikal. Alhamdulilah. Namun sempat aku berfikir sebelum balik, adakah aku perlu berhenti sekarang? @ teruskan apa yang telah aku mulakan sejak awal? @ dah sampai masa aku mendahulukan keperluan diri aku sendiri lebih dari keperluan orang lain? @ ada lagikah peluang untuk aku handle program pada masa depan? @ dah sampaikah masa untuk aku mengejar dia? persoalan yang masih belum aku jumpa jawapannya...
~PEACE, LOVE & RESPECT~

No comments: