Lagi 2 bulan aku akan bergelar pelajar final year a.k.a tahun akhir huhu~ Final year mean your last breath in UKM, your last sweet memory with all your friend and your last war to achieve Your goal. Selama 2 tahun kat UKM macam benda dah aku lalui, banyak pengalaman dah di capai dan banyak kejayaan dah di raih. Pelbagai ragam manusia dah aku jumpa, pelbagai rakan sudah aku kenali. Semua memberi kenangan indah dan memori istimewa yang takkan aku lupa. Berikut rangkuman memori istimewa aku di UKM episode 1:
Interaksi Kelab Xtreme-C KUO
Program pertama yang aku join dekat UKM ialah Program Interaksi Xtreme-C dekat Sg. Congkak. Program ini adalah program wajib bagi semua ahli baru kelab Xtreme-C Program ini sangat best sebab aku jadi peserta dan sebab program first aku, group aku masa ini ialah liyana & sarip, kat sini jugak la aku kenal dak2 xtreme yang lain hafis, ammar, wan, nazri, kak nik, sal, peanut, bella, mat lan, ali, lia dan ramai lagi yang kini masih bersama dengan kelab xtreme-c. Program ini takkan aku lupa sebab program ini yang membuat aku sayang kat xtreme-c dan mengenalkan aku pada xtreme-c. Thanx untuk Amir Fahmi sebab bawa aku masuk dalam Xtreme-C ~ esprit de corps~
Program Jalinan Ekspresi Takzim PERMAJ
Program kedua kat UKM ialah Program Jalinan Ekspresi Takzim iaitu interaksi 1st year untuk ahli2 baru PERMAJ. Program ini diadakan kat Gunung Datok, N9. Program ini best sebab aku jumpa member2 dari Johor (I Love Johor lalala~) dan kenal lagi ramai kawan2 kat UKM, group aku masa ini ialah muhaimin, ainie, mus, nok, yaya & aku sendiri la. Selain tu kat sini aku rapat dengan ijam (Ex Roomate), Zarip (Mr Presiden), Aca, dan ramai lagi. Kat sini juga bermula hubungan rapat aku dengan senior PERMAJ macam Epong, Yasmin, Razi, Fahemi, Fire, Apek, dan ramai lagi huhu~ Program ini takkan luput dari ingatan sebab program ini bawa aku dalam PERMAJ dan tunjukkan dekat aku apa itu program lalala~
Operasi Khidmat Masyarakat Sedili PERMAJ
Next Opkim Sedili huhu~ Program Kemasyarakatan pertama aku kat UKM dan Program pertama aku dengan PERMAJ selepas kembali ke dalam PERMAJ. Bukan lari ye tapi masa tu aku tengah gila dengan Kolej lagi, maklumlah nak stay kolej punye pasal hehe~ so jarang join program PERMAJ. Program ini juga aku jadi AJK Tugas2 Khas, bawah my boss Fahemi Arpah hehe~ banyak yang aku belajar dalam program ini seperti cara mintak bus, cara buat banner, dan macam lagi yang berkaitan dengan kerja buruh kasar hihi~ Aku dapat family angkat yang sangat best & sporting, hari2 makan sedap huhu~ Tugas aku on program sangat aku suka iaitu tangkap gambar & video program. Program ini akan kekal di hati sebab berjaya buat aku sayang kat PERMAJ dan buat aku semakin bersemangat untuk berprogram.
XPDC Gunung Besar Hantu Xtreme-C
XPDC Gunung Besar Hantu, aktiviti panjat gunung pertama untuk aku kat ukm, gunung ini sangat menguji jiwa dan raga, sebab treknye agak mencabar dan memenatkan. Korang bayangkan 6 jam panjat baru sampai base camp, lepak2, untuk sampai ke puncak memerlukan dalam 3 jam lagi. Alhamdulilah akhirnya aku & the geng berjaya sampai di puncak kejayaan hehe~ Macam2 aktiviti buat kat sini yang paling best berkayak & of coz panjat gunung tu sendiri, pemandangan juga sangat best contoh macam air terjun lata kijang, setelah penat berjalan turun dari gunung bila lihat pemandangan sebegitu penat semua hilang huhu~ Program ini takkan aku lupa sebab berjaya menimbulkan ukhwah antara kami ahli xtreme-C dan sebab aku jadi hero dalam program ini hehe~
Induksi Exco PERMAJ 2007/2008
Masa untuk pengalaman baru hehe~ Program Induksi Exco PERMAJ merupakan program pertama aku sebagai Exco PERMAJ sesi 2007/2008, Program ini telah diadakan di NPC Skudai. Masa ni aku group dengan Kak Jenap & Uja. Program ni aku tak brape gemar sikit sebab kami dilayan cam budak sekolah hehe~ dan yang paling perit kena jalan kaki dari NPC ke pantai lido, peh rasa nak tercabut lutut ni, tapi disebabkan kami exco berjalan bersama-sama so tak lah rasa penat sangat dan rasa happy sepanjang perjalanan. Kat program ini kami didedahkan dengan skill2 kepimpinan di samping mendapat tunjuk ajar daripada senior2 & alumni. Program ini takkan aku lupa sampai mati haha~ sebab kat sini hubungan kami 37 orang exco terbentuk dan akan kekal sampai bila2 walaupun bila dah tak jadi exco lagi. Kat program ini first time kak jenap marah aku hahaha~
Program Ukhwah Kasih PERMAJ
Program Ukhwah Kasih, program pertama PERMAJ sesi 2007/2008, tadi program exco ni baru betul program PERMAJ, program ini diketuai oleh Lina a.k.a kecik dan diadakan di PKAYIS Batu Pahat dan merupakan program bersama anak yatim, masa ini aku jadi fasi dengan suraya dan dapat group yang sangat happening. Mereka tak malu untuk bercerita sejarah hidup mereka dengan kami, kadang2 bila dengar cerita mereka betapa aku sangat beruntung masih mempunyai ibu dan ayah. Pelbagai aktiviti dah di lakukan sepanjang 3 hari kami berada di sana macam LDK, Xplorace, BBQ, Malam Persembahan dan macam2 lagi, Program ini juga bermula lah kegilaan warga PERMAJ dalam mengambil gambar, mesti ada yang nak interframe hehe~ Masa paling sedih ialah masa perpisahan hampir 80% anak2 yatim ini menitiskan air mata mengiringi kepulangan kami ke UKM masa ini hati aku dah sebak tapi still boleh control macho, idham air mata dah bergenang tapi tak nangis lagi, syafik pula dah banjir bus dek air matanye hehe~ Yang perempuan tak payah cerita dalam bus hampir semua melalak & mengeluarkan air mata huhu~ Nak2 Jannah lalala~ Program ini pun takkan aku lupa sebab banyak memberi erti hidup dan buat aku semakin sayang dengan PERMAJ dan sayang pada ukhwah kami yang terjalin, semoga akan kekal selama-lamanya.
Nantikan Kenangan Abadi Version 2.0, Peace, Love & Respect.